Date : 30 ogos 2009
Day : Sunday
Band : 10 meter band
Antenna : 2 element yagi monoband
STATION : VK8NSB : RST 59 : UTC 0406 : QTH DARWIN, AUSTRALIA
Station dari Senai Utama, Johor iaitu 9W2NZI pun turut serta qso bersama dengan Stuart. Beliau menggunakan antenna 3 element yagi untuk 10 meter band. Tetapi signal yang diterima adalah 54 kadang kadang 55 kerana yagi 3 elementnya hanya diletakkan dihadapan laman rumahnya dan ketinggiannya pula hanya 20 kaki dari tanah.
Manakala antenna 2 element yagi encik Zaki pula 50 kaki dari tanah, dipasang atas bumbung base. Jadi ianya dapat memancar dengan baik kerana persekitarannya lapang dan tiada halangan. Gelombang radio dapat dikeluarkan sepenuhnya.
Propogation pada hari ini menunjukkan bacaan seperti berikut:
Jika mengikut data diatas, 10 meter band adalah tutup, atau band closed kerana bacaan flux hanya 68 sahaja dan langsung tiada bacaan sunspot. Ini bermakna tiada pemancaran dapat dilakukan dan contact. Tetapi mungkin nasib baik rasanya. Sebenarnya data diatas berdasarkan propogation negara US jadi memang la keadaannya berbeza.
ok, cuba lihat propogation dari Negeri Johor pula.
FOR PROPOGATION DETAIL, PLEASE CLICK HERE
Hmm...hmm sama jugak bacaannya, peta diatas ialah peta propogation khas untuk Negeri Johor dan rasanya boleh kut dijadikan panduan untuk seluruh Malaysia kerana Negara kita yang aman ini bukanya besar sangat. Bacaannya masih related dengan negeri negeri lain di Malaysia.
Hmm...apa yang saya nak rungkaikan disini ialah 10 meter band adalah band yang mencabar dan penuh dengan misteri. Apa yang penting ialah onkan rig anda dan dengar sendiri.
TNX STUART, VK8NSB FOR THE CONTACT !!!
SEE U DOWN THE LOG AND GUD DX ! DE 9W2ZAK 73