Saturday, July 1, 2017

Using SDRplay Module with the HDSDR + CW Skimmer + RBN Aggregator

Pada kali ini, saya mencuba pula menggunakan SDRplay Module sebagai resepi asas dalam menjadikan ia sebagai sebuah Listening Station yang bersedia untuk meletakkan callsign anda di dalam laman web cluster utama. Ianya secara tidak langsung membantu anda untuk menilai sendiri keupayaan antenna anda, keadaan terkini band, kemenjadian setup linear anda dan memberitahu dimana signal anda jatuh dan kekuatannya dalam hanya beberapa saat selepas anda memancar. Sehubungan dengan itu, marilah kita terokai apakah rahsia disebalik semua ini. Untuk itu, saya sarankan kalian semua bertenang dan tarik nafas dalam-dalam kerana selepas ini banyak perkara yang kita akan terokai bersama.

SDRplay Module

1. Install SDRplay Device Driver
Langkah pertama ialah install SDRplay device driver. Pastikan SDRplay tidak disambung ke usb terlebih dahulu. Driver ini boleh didapati dengan percuma dari laman web ini, iaitu http://www.sdrplay.com/downloads/

Kemudian download dan install file MIRICS DVB-T DEMODULATOR, file ini berada dibawah API/HARDWARE DRIVER - VERSION 2.10. Sila install file tersebut dengan mengikuti setiap langkahnya dengan betul. Untuk pastikan kejayaannya. Sila sambungkan kembali SDRplay ke USB port. Jika muncul window yang menyatakan Devic driver software installed succesfully, maknanya berjaya lah tu. 

ok, kita pergi ke step seterusnya.

2. INSTALL HDSDR - VERSION 2.76
HDSDR adalah third-party SDR radio interface, ianya digunakan untuk run SDRplay module bagi membolehkan kita menerima pelbagai signal dari pelbagai band dan mode. Untuk membolehkan SDRplay berfungsi, kita perlu install dua perkara secara asasnya, iaitu software HDSDR dan SDRplay plug-in iaitu SDRplay ExtIO. 

Tetapi itu jika kita hendak guna version lama, sekarang ini sudah keluar version baru iaitu siap built-in ExtIO didalamnya. Jadi mudahlah sikit kerja kita. Untuk mendapatkan file HDSDR yang siap dengan EvtIO plugin, sekali lagi kita pergi ke laman web ini, http://www.sdrplay.com/downloads/

Dari sana, sila download dan install file HDSDR-VERSION 2.76 (RSP1/RSP2) Includes driver/API/EXTIO plugin. Kemudian download dan install seperti biasa. Ikut sahaja arahan yang diberikan semasa proses install itu nanti.

3. INSTALL VIRTUAL COMP PORT.
Pertama sekali kita memerlukan Software Virtual Port. Tujuannya adalah untuk menghubungkan antara SDRplay dengan HSDR serta CW Skimmer. Untuk itu, saya menggunakan perisian VSP Manager. Perisian ini adalah percuma tetapi ianya perlu email dahulu kepada penciptanya iaitu Steve K5FR, alamat email Steve boleh didapati dari QRZ.com. Nanti Steve akan berikan link untuk download VSP Manager ini. Sebaik sahaja selesai download dan install. Kini masa untuk setup, disini saya cadangkan agar kita buat port yang jauh sikit dari port yang lain agar tidak bertindih, jadi saya buatkan port 10 dan port 11. dan klik Create Pair. Maka siaplah. Lihat gambar di bawah.

VSP Manager
4. INSTALL VIRTUAL AUDIO
Kemudian kita perlu download pula software Virtual Audio, virtual audio amat diperlukan untuk salurkan audio dari SDRplay ke HDSDR secara virtual atau maya. Selain itu, Virtual audio ini juga digunakan untuk piping atau salurkan audio HDSDR ke CWSkimmer. Untuk itu, kita perlu download software virtual audio ini. Saya menggunakan software Virtual Audio Cable. Anda boleh dapatkan ia dari link ini. http://www.vb-audio.com/Cable/index.htm#DownloadCable 

Download dan install VB-Audio Virtual Cable dan selepas itu jangan lupa jadikan CABLE Output pada tab Recording di audio propeties sebagai Default Device untuk membolehkan ianya berfungsi. 

5. HDSDR SETUP
Sekarang mari kita hidupkan SDRplay untuk membolehkan ianya berfungsi.  Open HDSDR anda itu. Kita setting satu per satu. Kita buatkan mengikut turutan.

a) Klik Soundcard [F5], kemudian pilih CABLE Input (VB-audio Virtual C) dan klik ok.

b) Klik Bandwith [F6], kemudian pilih Output audio 192000 dan input 2000000

c) Klik Options [F7], Dalam options ini, sila buat seperti di bawah.

        1) klik Select Input dan pilih SDRplay RSP

        2) klik Output Channel Mode for RX dan pilih  IF as I (Left) / Q (Right)

        3) klik CAT to HDSDR dan pilih Port ( pilih port 10 ), pilih Baudrate (bps) 9600, dan                               tick activated

Maka siap sudah pada bahagian setup HDSDR, sebelum hidupkan ia, sila semak dulu setup SDRplay, untuk itu klik butang ExtIO, dan paparan ini akan muncul. Sila ikut sahaja setting dalam paparan tersebut.


Seperti dalam rajah diatas, window tersebut akan muncul sebaik sahaja kita klik pada butang ExtIO pada HDSDR. Berikut adalah perinciannya

1. Pada ruangan LNA, jangan tick LNA EN.

2. Pada ruangan Mixer, dalam kes saya, didapati freqnya tidak drift. Untuk pastikan ianya drift atau tidak, saya menjadikan freq aprs, iaitu 144.390mhz sebagai rujukan. Nampaknya SDRplay ini mantap. Tidak perlu ubah dan ianya stabil.

3. Pada ruangan IF Amplifier, IF Mode pilih Zero IF, manakala IF Bandwidth saya pilih 1.536MHz. Sebenarnya SDRplay ini berkeupayaan sehingga 8mhz, tetapi oleh kerana portion CW ini kecil, iaitu sekitar 1Mhz lebih (termasuk sekali RTTY/PSK dan Beacon) maka tidak perlulah kita setkan hingga 8mhz. membazir itu namanya. Gunakan setakat yang perlu sahaja ok.

4. Pada ruangan ADC, saya setkan Sample Rate 2.00, Decimation None, dan Setpoint 30. (sebenarnya ianya default)

5. Pada ruangan IF Gain Control, saya tick Enable Tuner AGC. dan klik Exit.

6. Install CW Skimmer
Download CW Skimmer pada link ini. http://www.dxatlas.com/cwskimmer/ sebaik sahaja selesai. open cw skimmer dan klik Setting, paparan ini akan muncul dan sila ikut setup dalam gambar di bawah.

Radio

Audio
CAT >>> klik configure, pada RIG 1, sila ikut setup dibawah. dan klik ok.

  • Misc. >>> pada bahagian ini, tidak ubah apa-apa, biarkan standard.
  • Operator >>> Isikan setiap butiran tersebut mengikut station masing-masing seperti Callsign, First Name, QTH dan Grid Square.
  • Telnet >>> tick enable Telnet Server dan setkan port 7300. Bahagian lain biarkan sahaja.
  • Calls >>>> pada bahagian Callsign Validation, tick Normal. Manakala pada Callsign Colors Reflect, tick Validation Result.
Maka siaplah setting CW Skimmer. Ok sekarang kita setup RBN Aggerator pula.

7. RBN Aggerator

Pertama sekali kita perlu ke laman web RBN, iaitu http://www.reversebeacon.net/ klik link yang saya bagi tersebut. Kemudian terus ke downloads dan di bawah downloads akan nampak 3 bahagian iaitu 
Aggregator, patt3ch.lst dan running multiple skimmers.

          Download aggregator dan patt3ch.lst
  1. Bagi patt3ch.lst, ianya lain sedikit, apabila kita klik download ianya akan muncul pada website dan bukannya turun seketul dalam bentuk file. Jadi apa yang kita perlu lakukan adalah copy semua data patt3h.lst itu dan letak pada note pad dan save atau rename sebagai patt3ch.lst. Buatkan satu file dan namakan file tersebut dan letakkan patt3ch.lst di dalamnya.
  2. Buka aggregator dan setup mengikut gambar dibawah. Anda hanya perlu tukar callsign sahaja. yang yang lain sila ikut. Kita hanya setup pada bahagian Connection dan Patt3CH.lst sahaja, yang lain abaikan.
          a)   Conections

                
      
           b)  Patt3CH.lst

                      

Bagi file Patt3CH.lst, klik browse dan cari balik file Patt3CH.lst yang kita buat pada awal tadi dan selepas itu klik Check For New Patt3CH.lst

maka siaplah semua kelengkapan kita untuk menangkap signal beacon dan di masukkan ke dalam server RBN. Jika kita berjaya connect dengan server, callsign kita akan kelihatan pada website RBN, lihat gambar bawah.


dan pada aggregator pula, jika cw skimmer kita bekerja dengan baik. Maka ia akan muncul pada Skimmer Status. Pada Skimmer Status, setiap signal yang berjaya dicopy sempurna akan dihantar terus ke server RBN dan di paparkan dalam website RBN.

Skimmer Status

Bagi data yang lepas ke server RBN, ianya akan dipaparkan didalam website http://www.reversebeacon.net  dan data yang kita spot itu sebenarnya amat berguna sekali kepada semua ham radio operator di seluruh dunia. Tindakan kecil kita iaitu sebenarnya amat besar sekali impaknya kepada dunia radio amatur. Impaknya mencakupi segala perancangan, kajian dan pemerhatian keadaan band oleh warga radio amatur dari seluruh dunia. Data yang kita plot dan spotkan itu sebenarnya amat berguna dan penting sekali dalam usaha mereka meramal dan menjalankan aktiviti radio amatur mereka dari segenap pelusuk dunia. Ini adalah kerana data tersebut adalah REAL-TIME dan RBN sebenarnya tidak pernah menipu. Ayat ini saya petik daripada kata sahabat saya iaitu Nazmi 9M2MDX. 73 Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

hasil daripada SDRplay


Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...