modifikasi mcx - pl259 |
Proses modifikasi ini sebenarnya adalah yang kali kedua, yang pertama sebenarnya hilang. Entah...aku pun tak pasti mana dia pergi, dua hari aku mencari. Tak jumpa-jumpa, jadi aku ambil keputusan untuk buat satu lagi. Lama juga proses membuatnya. Mula jam 8.30 malam hingga pukul 10.30 baru siap. 2 jam lebih masa diambil untuk proses solder sahaja. Mata aku sudah tidak seperti dahulu. Baru aku sedar, aku rupanya rabun dekat. Bercinta untuk solder...sebab bergelut dengan mata yang kurang nampak. Banyak kesilapan berlaku dan proses resolder sentiasa berulang. Lepas ni, akan pergi tempah cermin mata.
Projek aku sebenarnya pada malam ini adalah untuk monitor acarsdec dalam mode full message format, iaitu ( o2 )
./acarsdec -o2 -v -p -22 -g 400 -r 0 131.450 131.550 131.475 131.725 131.825 131.850
oleh kerana acarsdec 3.4 ini mampu untuk decode 6 channel sekaligus, maka sebab itu aku masukkan enam freq terus iaitu 131.450, 131.550, 131.475, 131.825, 131.725, 131.850. Saja nak tengok, bagaimana jadinya.
Antenna yang digunakan pula adalah QFH, antenna yang resonant pada fre 137mhz. Sebenarnya ini adalah ant yang dibuat semasa projek NOAA haritu. Oleh kerana NOAA sudah sukses, maka kawan gunakan ia untuk acars pula. Projek selepas ini, nak buat QFH khas untuk freq ACARS.
Selepas beberapa minit monitor, ianya terus tangkap beberapa signal. Ada tiga mesej berjaya dipintas, lihat gambar dibawah.
Satu permulaan yang baik. Jadi... aku akan biarkan ia pada malam ini sehingga pagi esok. Esok pagi kita tengok macam mana hasilnya..berapakah jumlah mesej yang berjaya dipintas. Jika bernasib baik, akan dapat mesej yang baik serta berguna kandungannya. 73