Sunday, April 23, 2017

Worked with TC571SAV, callsign istimewa untuk memperingati kelahiran Nabi Muhammad (SAW)


TC571SAV to Commemorate the Birth of Prophet Muhammed (SAV)

Malam tadi semasa DX, kawan dihubungi oleh sebuah station dari Turki, selepas kawan semak di QRZ.com, ternyata ianya adalah sebuah callsign istimewa. Istimewa kerana di dalam callsign tersebut ada maksudnya iaitu 571. Seperti mana yang kita maklum 571 itu merujuk kepada tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW, iaitu 20 April 571 Masihi bersamaan dengan 12 Rabiul Awal Tahun Gajah


TC571SAV adalah sebuah callsign istemewa untuk memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang di uruskan oleh Abdul Kadir TA3AER yang bertapak di Balikesir, Turki. Signal kedua-dua station itu kuat dan berjaya menindan barisan callsign-callsign semasa kawan pile-up malam tadi. Semoga Abdul Kadir TA3AER sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh ALLAH SWT. 73 zaki




TA3AER

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...