Pada posting kali ini, saya ingin berbicara mengenai sebuah VHF/UHF transceiver keluaran syarikat Fujian Nanan Quan Yi Electronics Co., Pada kali ini, saya ingin berbicara tentang model QYT-KT-8900D. Model ini pada masa kini mendapat perhatian yang menggalakkan daripada peminat band 2m dan juga 70cm. Ini adalah kerana keupayaannya yang boleh Dual Band iaitu VHF dan UHF dan yang paling menarik sekali ialah keupayaannya untuk standby empat freq sekaligus. Nak lebih ranggi lagi, disebut Quad-standy serta mempunyai paparan jenis LCD dan boleh ditukar kepada 9 warna mengikut selera anda, iaitu Black, White, Red, Blue, Green, Yellow, Indigo, Purple dan Gray. Wow!!!
QYT-8900D ini mempunyai keupayaan memancar pada 20w dan boleh dinaikkan ke 25w maksimun. Ianya juga mempunyai port untuk external speaker. Namun oleh kerana audionya yang kuat, saya rasa external speaker tidak perlu kut. Audionya kedengaran agak treble sikit, namun itu bukanlah satu masalah kerana ketajaman audionya itu sebenarnya banyak membantu kita mendengar dengan lebih baik jika si kecil ini dipasangkan di dalam kereta atau lori atau bas atau sebagainya. Freq bagi band 2m ialah 136mhz hingga 174mhz, manakala bagi band 70cm plak, ianya bermula dari 400mhz hingga 480mhz. Paparan hadapan transceiver comel ini amat menarik sekali, dimana apabila kita hidupkan ia (knob sebelah kiri) Perkataan Welcome KT-8900D akan kelihatan. Manakala apabila dimatikan, paparan Goodbye akan menjelma sebelum ianya terus padam.
Butang FM yang berada di sebelah kanan itu pula akan membawa kita terus ke freq Radio FM Tempatan seperti HotFM dan sebagainya. Tetapi yang menariknya, paparan 4 freq yang kita sedang monitor tadi masih ada dibahagian atasnya. Rig ini juga mempunyai keupayaan untuk diprogramkan melalui komputer. Pada bahagian belakangnya, ada disediakan port untuk Data. Untuk memastikan yang rig ini sentiasa sejuk, kipas juga disediakan pada bahagian belakangnya.
Oleh kerana kuasa pemancarannya sekitar 20w hingga 25w. Jadi disini saya sarankan rakan-rakan semua sediakan power supply yang mempunyai nilai amp yang tinggi. Audio TXnya pula adalah baik, dimana audio saya jelas kedengaran dan tiada distortion. Untuk memory pula, kita boleh simpan maksimun 200 memory. Jadi... makna kata (gaya orang Perlis cakap) kita boleh simpan semua freq Simplex Channel dan juga semua freq repeater di seluruh Malaysia. Lupa nak bagitau, rig ini ada dua pilihan bahasa, iaitu bahasa inggeris dan juga bahasa Chinese. Apabila anda membeli transceiver ini, anda akan dibekalkan dengan senarai peralatan berikut:
1 x Microphone
1 x Car Power Cable
1 x Clip untuk Mic
1 x Mounting Braket
1 x bungkus skru
1 x buku manual dalam bahasa inggeris
Jadi secara keseluruhannya. Saya amat berpuashati dan tertarik dengan transceiver ini dan sememangnya ianya akan kekal berada dalam mobile kawan kerana ianya kecil, mudah untuk install dimana celah sekalipun, audionya yang baik, boleh monitor 4 freq sekaligus, jadi boleh moni 4 repeater sekaligus. Sudah pasti urusan untuk lompat ke repeater-repeater yang akan jadi lebih mudah serta menambahkan lagi keceriaan perjalanan kita dengan paparan yang berwarna-warni itu.
73 9M2ZAK Zaki, Kulai, Johor