Ragchew ini adalah satu lagi aktiviti yang menarik dalam radio amatur. Dimana dengan aktiviti ini, kita dapat mengenali dengan lebih rapat lagi rakan-rakan kita dari seluruh dunia. Bertukar-tukar pendapat, berbincang mengenai antenna yang digunakan, berbicara mengenai setting atau menolong rakan setting radio dan audio mereka.
Aktiviti ini sebenarnya amat bagus sekali. Namun kita perlu ingat, keadaan band juga perlu diambil kira. Tidak semua masa adalah sesuai untuk ragchew, ada masa dan ketikanya juga.
Jadi persoalannya disini ialah.... bagaimana kita hendak tahu yang station itu bersedia untuk bersembang atau tidak?
Apakah masa yang terbaik untuk kita ragchew dan band apakah yang sesuai?
Masa yang sesuai untuk aktiviti ini adalah sekitar hari Isnin hingga Jumaat. Dimana pada sekitar hari tersebut, keadaan band tidak sibuk dengan aktiviti contest. Jika kita lihat jadual contest, hampir setiap minggu akan ada aktiviti contest dan yang pastinya...band akan sesak.
Namun, jika kita terlalu sibuk dengan urusan dan kerja pada sekitar hari tersebut, kita jangan risau...kita masih lagi boleh menikmati aktiviti ragchew ini dengan menyusun beberapa strategi ini, antaranya ialah...
- Jika pada hujung minggu tersebut ada contest, maka kita boleh pindah ke WARC band kerana contest tidak dibenarkan pada band ini.
-Kadangkala, ada contest yang hanya pertandingkan satu mode sahaja. Jadi jika pada hari itu ada contest dalam mode CW, maka kita pergi bersembanglah pada mode phone, dan jika contest itu berlangsung pada mode phone...kita ragchew-lah pada mode cw.
Masa yang terbaik untuk ragchew adalah ketika band membuka dengan cantik. Membuka dengan cantik ini membawa maksud yang band itu mencatat kadar noise yang rendah, iaitu sekitar S0 ke S2, tidak berlaku fenomena skip, iaitu kita mendengar dua-dua atau semua station sekaligus serta tidak QSB, iaitu signal tidak tenggelam timbul.
Disamping itu juga, pastikan kita memancar dengan kuasa yang mencukupi agar rakan kita dapat terima signal kita dengan sempurna.
Ragchew tidak sesuai bagi station yang QRP dan Mobila, ini adalah kerana...bagi QRP station, ianya adalah lebih kepada esperimen dan begitu juga dengan mobile station.
Masa yang tidak sesuai untuk aktiviti ragchew adalah ketika matahari terbit dan juga matahari terbenam. Pada ketika ini, band berubah dengan drastik sekali dan membuka dengan luas. Maka ianya sesuai untuk aktiviti DX.
Untuk menikmati aktiviti ragchew dengan lebih sempurna. Pastikan anda sudah pun menguasai sepenuhnya transceiver anda, tahu menggunakan filter, tahu bagaimana untuk mengurangkan noise dan QRM serta memahami setiap fungsi yang disediakan oleh pengeluar radio anda. Dengan ini,aktiviti ragchew anda akan lebih berkesan.
Katakan pada malam itu, anda ingin ke udara tetapi bukannya untuk DX. Anda ingin bersantai-santai di depan radio sambil menikmati sebungkus kuaci dan kopi O panas. Maka bagaimanakah caranya kita hendak mengenal pasti station yang CQ itu bersedia untuk ragchew atau sekadar CQ DX? Untuk itu....terdapat beberapa kriteria yang membolehkan kita tahu apa objektif CQ-nya.
Cara yang pertama ialah dengan mendengar cara dia CQ. Selalunya orang yang ingin mencari rakan untuk diajak bersembang akan CQ dengan nada yang santai dan relax serta memancar dengan kuasa yang agak besar supaya orang dapat copy signalnya dengan baik dan tidak mahu menyusahkan orang untuk copy signalnya.
Cara yang kedua ialah dengan meneliti ayat CQ-nya. Kadangkala ada station yang ubah ayat CQ dengan menyebut lebih spesifik seperti CQ VK, contohnya seperti berikut.
CQ VK CQ VK this is 9M2KDX calling CQ and listening.
Maknanya disini, 9m2kdx sedang mencari stesen dari Australia untuk diajak bersembang. Mungkin 9M2KDX pada masa itu ingin mencari kenalan dari sana.
Jika kedengaran ada station yang CQ DX, maka fahamlah kita yang dia pada masa itu sedang melakukan aktiviti pemburuan iaitu sedang memburu DXCC. Kita juga boleh masuk...cukup sekadar bertukar rst say hai sudahlah... jangan ganggu dia, biarkan dia teruskan aktiviti pemburuannya.
CQ DX ini selalunya ada objektif....seperti ingin mendapatkan dxcc dari seluruh dunia. Bagi seorang Dxer, beliau akan menetapkan masa aktiviti DX beliau. Contohnya...dia akan CQ DX dari pukul 8pagi hingga 10pagi kerana pada masa itu...band membuka ke Amerika Utara.
Aktiviti ragchew ini sebenarnya memberi kita banyak info dan input yang berguna. Contohnya, perkara yang berkaitan dengan teknikal. Kita boleh bertukar-tukar pendapat dan pengalaman berkaitan dengan antenna seperti apakah antenna yang kita gunakan itu, bagaimana memasangnya....bagaimana prestasinya. Lebih manis lagi jika antenna itu adalah homebrew. Kita boleh berkongsi ilmu pengetahuan berkaitan antenna yang kita buat itu dan ilmu yang bermanfaat akan memberi kebaikan kepada semua.
Aktiviti ragchew ini juga sebenarnya memberi kelebihan kepada SWL, dimana mereka ini boleh menjadi pendengar dan secara tidak langsung dapat juga input daripada perbualan antara dua station itu. Banyak input sebenarnya apabila dua atau lebih station yang berbincang mengenai sesuatu topik.
Baiklah...saya sudahi posting saya pada setakat ini sahaja dahulu. Semoga paparan kali ini memberi manfaat dan pencerahan yang seterangnya berkaitan dengan aktiviti ragchew ini. 73