Saturday, September 17, 2016

9M2ZAK/P/QRP Kuala Perlis, Perlis


Kesempatan cuti pertengahan penggal kedua persekolahan memberi peluang kepada saya untuk mencuba antenna 7 - 30mhz End Fed Half Wave Coupler 9M2EDU. Antenna ini buatan sepenuhnya seorang rakan radio amatur dari China iaitu BH3SAP. Jadi saya gunakan kesempatan ini untuk menguji sejauh mana prestasi antenna ini. EFHW ini datang sekali dengan 3 set wayar. iaitu wayar untuk band 40m dan band 20m serta wayar counterpoise. Jadi agak mudahlah bagi saya untuk setup antenna ini.

untuk operasi QRP pulak, saya menggunakan dua transceiver iaitu mcHF dan Yaesu FT817. Dimana kedua-dua transceiver ini mempuyai kuasa pemancaran 5watt. mcHF ini adalah jenis SDR iaitu Software Defined Radio yang direka oleh Chris M0NKA. Rupanya seakan-akan atau ala-ala KX3 cuma kelebihannya adalah dari segi displaynya sahaja iaitu ada spectrum scope yang realtime. Fuhhh...realtime spectrum. Memang cantik dan sejuk mata memandang.

mcHF dan FT817 serta EFHW BH3SAP
Manakala bagi End Fed pula, kawan gunakan batang buluh untuk jadikan ia sebagai vertical. manakala counterpoise kawan lepaskan sahaja turun ke bawah. Wayar pada batang buluh tersebut kawan lilit dari hujung ke hujung dengan jarak antara wayar ( gap) adalah 6 inci. Pada mulanya kawan lilit dengan jarak yang sangat rapat iaitu 2 inci, tetapi apabila dicuba. SWR-nya melambung dan tidak dapat diturunkan. Kemudian saya buka semula lilitan tersebut dan buat lilitan baru. Kali ini pada jarak 6 inci. Hasilnya...ada hasilnya. Bacaan swr terus ok tetapi tidaklah 1.1 jadi untuk dapatkan 1.1, kawan bermain pula dengan counterpoise

band 17m
Lupa pula nak beritahu....panjang wayar yang saya gunakan itu adalah 7.8m iaitu halfwave bagi band 17m. Manakala untuk counterpoise pula adalah 3.2m. Kedudukan wayar counterpoise memain peranan dan mempengaruhi bacaan swr. malah kedudukan kotak EFHW juga mempengaruhi bacaan. Saya dapati...apabila ditegakkan kotak tersebut. Bacaan SWR ada turun sedikit. Wayar counterpoise saya biarkan ia jatuh ke bawah dan meleret sikit di atas tanah. Bacaan SWR pada ketika itu adalah sekitar 1.6. Kemudian saya pusing dengan cermat tombol Capacitor dan Inductance pada EFHW tersebut dan hasilnya kawan berjaya dapat 1.1 bacaan SWR. Gabungan Capacitor dan Inductor tersebut membuatkan ant buluh tersebut resonant pada freq 18.070mhz

sebelah kiri tombol capacitor manakala kanan adalah inductor
Maka selesailah sudah operasi setup ant EFHW BH3SAP. Kawan sengaja memilih band 17m kerana pada ketika ini, band 17m membuka dengan cantik dan stabil hampir pada sepanjang masa. Malah ianya membuka dari pelbagai arah. Kebarangkalian untuk sukses pada band ini amat tinggi. Sebab itulah boleh dikatakan hampir semua DXpedition menggunakan dan menjadikan band ini sebagai band utama mereka selain daripada band tradisional iaitu 40m-20m-15m-10m. Dan bab yang paling best sekali ialah...kadar noise. Band ini jika pada masa ia cantik, kadar noise-nya amat rendah sekali. Jadi memang sesuai untuk operasi QRP dan portable station seperti saya untuk menguji peralatan radio dan bereksperimen dengan antenna.

qrv 18.070.00 mhz
Saya mulakan aktiviti dxing dengan menggunakan mcHF. Rig ini berfungsi dengan baik. dimana kuasa pemancaran 5 watt-nya itu keluar sepenuhnya. dengan keupayaan DSPnya. Kawan berjaya mengurangkan QRM yang ada kalanya datang dan kadangkala mencanak naik. Namun apa yang kawan sedari ialah...apabila DSP nya diaktifkan. Signal yang lemah langsung tenggelam. Tetapi apabila DSP tidak diaktifkan...ianya muncul kembali. Jadi kawan mengambil keputusan untuk kutip station yang kuat-kuat sahaja. Selepas sejam beraksi dengannya. Ianya menjadi sangat panas, jadi kawan tukar pula dengan FT817. FT817 pula cemerlang sekali. Tiada masalah. Kawan boleh copy sepenuhnya weak signal. Rupanya rakan yang QRP dari tadi sebenarnya tidak patah semangat dan sentiasa berusaha untuk cuba QSO dengan kawan. Tahniah RA4ATZ kerana tidak berputus asa untuk cuba QSO dengan kawan.

Kawan berselang-seli setiap sejam bertukar rig antara mcHF dan FT817. Masing-masing ada kekuatannya. FT817 dapat copy weak signal dengan baik sekali. RXnya begitu sensitif. Manakala bagi mcHF pula... keupayaan RX agak terbatas. Ada kalanya kawan terpaksa bergelut dengan AGC untuk cuba menangkap weak signal dan adakalanya DSP dimatikan untuk copy sepenuhnya callsign yang check ini. Apa yang kawan sedar....mcHF menjadi sangat panas selepas beberapa jam beraksi tanpa henti. Mungkin kerana bodynya yang compact dan tiada kipas untuk alirkan haba yang terhasil dari RF transistor.

Lagi satu kawan lupa nak beritahu... semasa kawan gunakan mode CW. Kawan tap wayar GND pada body mcHF untuk membolehkan mode CW beroperasi seperti biasa. Jika tiada GND, mode CW tidak dapat berfungsi dengan baik. 

Hasilnya... kawan berjaya mengutip sebanyak 582 QSOs dari antenna EFHW BH3SAP dengan 5 watt daripada rig mcHF dan FT817 selama 3 hari iaitu dari hari Isnin, Selasa dan Rabu pada setiap malamnya. Secara kesimpulannya... antenna EFHW BH3SAP sesuai dijadikan portable ant dan mcHF juga sesuai dijadikan portable transceiver dikala kita berjauhan dengan shack kesayangan kita. 73 de 9m2zak/p/qrp 

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...