Monday, September 26, 2016

202 QSOs in 1 hour


Hari ini, badan terasa agak ok. Peluh mulai keluar sejak pagi tadi. Sengaja kawan tidak hidupkan penghawa dingin dalam bilik ditempat kerja kerana ingin merasai peluh dengan semulajadi. Akhirnya...badan terasa segar walaupun ada sedikit bau...tetapi bau semulajadi. Biarlah ahli alam sekitar meratah badan kawan dengan pelbagai bakteria yang menyebabkan bau badan ini kerana objektif kawan adalah untuk menyejukkan badan dengan cara semulajadi. Sudah beberapa hari demam on - off demam susah nak kebah. 

Kesempatan ini, kawan gunakan untuk cuba membaiki rekod kutipan QSO dalam Morse Runner. Sebelum ini kawan hanya berjaya kutip dalam 190 dan sekitarnya. Namun selepas banyak kali buat latihan, akhirnya kawan berjaya juga mengeluarkan setiap station dalam timbunan pileup itu. Kawan setkan aktiviti 9, bermakna akan ada 9 station yang akan masuk serentak. Tujuannya adalah untuk membiasakan diri dengan keadaan pileup dan huru-hara semasa big pileup. Sebenarnya jika kita fokuskan 100% kepada timbunan callsign tersebut, nanti secara semulajadi kita akan dengar dengan jelas salah satu callsign diantara mereka yang pileup tersebut. 

Saya tahu apa masalahnya...masalahnya adalah nak fokus...untuk mendapatkan fokus 100% tulen. Saya matikan terus telefon bimbit dan kemaskan meja komputer saya supaya ianya nampak tersusun dan tenang. Apa saja barang yang boleh mencuri perhatian...saya simpan dalam laci. Audio headphone disetkan agak lantang supaya saya tidak dengar audio dari kawasan sekeliling. Memang dalam masa sejam itu...diri saya sebenarnya sudah tiada. Jiwa dan raga saya sudah berada dalam Morse Runner. Bersedia menanti callsign yang mendatang untuk dicopy dan di-logkan. 

Sebenarnya tiada secret resepi atau secret teknik dalam mengharungi big pileup ini. Yang penting adalah latihan. Kena selalu berlatih dan istiqamah dalam latihan. Tetapkan target kita, contohnya... "aku nak cuba copy station dalam pileup sebanyak yang mungkin" pada mulanya memang agak sukar. Namun...tetapkan pendirian dan jangan mengalah...katakan dalam hati yang aku boleh... Otak kita ini sebenarnya amat unik sekali. Jika kena dengan latihan dan teknik yang betul. Kita mampu buat apa sahaja dengan otak kita ini. Jangan lupa... komputer dan smart phone juga dicipta oleh otak manusia... jadi siapa yang sebenarnya hebat?

Sekarang...target baru pulak kawan nak sasarkan... iaitu 1000 QSO dalam masa 5 jam. 100% copy dan tiada kesalahan. Gulp!!!! 73.

Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...