Malam tadi, semasa leka dan asyik melayan FB. Tiba-tiba kawan terpandang satu post dari web cluster. Berlaku contact antara YB-land dengan Eropah. Kemudian terdetik dalam sanubari kawan...band 80m buka nih rasanya. Kemudian kawan pun terus keluar dan menghidupkan pesawat dan menuju ke Eropah. Memang benar... kedengaran 80m begitu aktif dengan aktiviti dxing. Hampir setiap khz diduduki. Selepas beberapa minit merayau-rayau sekitar band. Akhirnya ada juga freq yang tidak diduduki. 3509.00mhz adalah kosong. Walaupun kedengaran dengan jelas stesen-stesen yang berada disebelah. Kawan tidak hiraukan mereka. Langkah untuk mengatasinya adalah dengan mengecilkan filter. Setelah mencapai 600hz, akhirnya qrm tadi sudah tidak kedengaran lagi. Maka kawan pun memulakan perjalanan kawan menuju ke eropah.
Kawan berkata sedemikian adalah kerana...semasa proses SWL'ing. Kedengaran banyak stesen dari eropah yang sedang CQ. Boleh aja untuk check in ke dalam CQ mereka tetapi demi untuk menguji antenna kawan. Kawan memilih untuk CQ, sebab dengan CQ...kita boleh satu sejauh mana keupayaan system antenna kita memancar dan didengari oleh rakan di luar sana semasa mereka memusing tombol VFO. CQ kawan tidak lama...hanya beberapa CQ sahaja panggilan kawan terus disahut dan ianya adalah dari Eropah. Kemudian selepas itu, kawan terus dihujani panggilan dari eropah yang meminta callsign mereka dilogkan di Kulai, Johor. Hasil malam tadi......
R3VO - LZ2TB - RN1QA - RA7T - Jf8QNF - R6IAC - ZL2IFB - RW4DD - YC1ME - OH2WI - SM0BYD - LY2BAW - UD4F - IZ8FFA
Kemudian tetiba noise band 80m terus mencanak naik. Maka fahamlah kawan...maknanya tadi berlaku pembukaan singkat propogation band 80m ke eropah. Kawan sungguh bernasib baik. Short Opening to EU bab kata orang puteh. Jadi mata sudah berat badan sudah lepak...maka kawan akhiri kembara kawan dan terus masuk ke kamar tidur.... 73 Zaki