Monday, June 24, 2013

Dari Kulaijaya ke Benua Amerika Selatan

Hari ini, 24 June 2013 masuk hari kedua kawan mencuba untuk memasuki benua Amerika Selatan. Pada hari pertama iaitu pada 23 June 2013, kawan juga mencubanya. Tetapi ianya tidak membawa sebarang hasil dari Benua Amerika. Maksud kawan, contact dari sana. Contact dari negara lain memang ada semasa kawan cuba CQ ke arah Benua Amerika Selatan tu, memandangkan CQ kawan ini merentasi benua, maka ianya disahut juga oleh rakan-rakan dari negara lain seperti Jepun dan Hong Kong. Eksperiment ini agak berlainan sedikit kerana kawan inginkan cabaran, jadi kawan memilih untuk masuk ke Amerika Selatan melalui jarak jauh ( Long Path). Pada 23 June 2013, kawan hanya mendapat 7 Contact sahaja iaitu:
  1. JN4HTR
  2. JQ1YIW
  3. JG1MVY
  4. JF1NFU
  5. JH1NYN
  6. UA1IJ
  7. VR2UW
Melalui Long Path ( 30 hingga 70 darjah Utara) , signal yang dipancarkan dari Kulaijaya ini akan melalui beberapa negara lain seperti Filipina, Cambodia, Vietnam, Taipei, China, Jepun, Korea Selatan, Asiatic Russia dan Amerika Utara. Jadi secara tidak langsung, stesen-stesen dari negara - negara yang disebutkan tadi itu akan mendengar jika keadaan band mengizinkan. Selalunya stesen yang menyambut panggilan CQ dari kawan ialah Jepun dan China. Berdasarkan pengamatan selama ini, jika stesen Jepun masuk ke dalam CQ kita, maka peluang untuk kita dapat mencapai negara dari Benua Amerika ini amat tipis. Tetapi, jika stesen dari Korea Selatan atau Korea Utara masuk, maka peluang untuk masuk ke Benua Amerika itu ada. Kenapa? persoalan itu masih lagi kawan belum dapat menjawabnya tetapi fakta ini adalah berdasarkan kepada pengalaman kawan selama ini. Namun jika bernasib baik, kita akan terserempak dengan stesen dari benua ini secara tidak sengaja.

Pada hari ini (24 June), dalam percubaan yang kedua, kawan hanya mendapat 6 contact sahaja dan seperti biasa, ianya datang dari negara Matahari terbit iaitu Jepun. Antara hasil pada petang ini ialah :
  1. JE5WJM
  2. JA3LIL
  3. JA7GUT
  4. JA8FFM
  5. JA2KOG
  6. JS1BKR 
 
Setiap stesen yang check in itu kawan layan seperti biasa kerana kawan berpegang kepada prinsip dan etika radio amatur. Melayani setiap stesen secara sama rata dan tidak double standard. Janganlah kita buat-buat tidak dengar jika stesen yang cuba masuk itu bukan stesen pilihan kita. Mereka pun manusia seperti kita juga dan mempunyai hati dan perasaan. Fikir - fikirkanlah kawan....

Sebagai seorang Dxer, kita sebenarnya mempunyai beberapa etika yang perlu dijadikan pegangan. Disini kawan akan gariskan beberapa perkara utama yang boleh kita ikuti. Semua perkara pokok ini kawan tulis dan hasilkan sendiri berdasarkan kepada pengamatan dan pengalaman setahun jagung kawan dalam arena ini. Jika rakan-rakan diluar sana ada ingin membuat penambahan atau penambahbaikan, tidak cukup tapak tangan, nyiru kawan tadahkan, sumbangan idea dari anda semua amat dialu-alukan. Baiklah, antaranya ialah:
  1. Aktiviti Dxing ini seharusnya dianggap sebagai suatu cabang sukan ( Radio Sport) dan bukan sekadar hobi semata-mata. Inilah sebenarnya perkara yang ingin kawan utarakan dalam setiap penulisan kawan. Setiap peminat Dxing seharusnya menanamkan konsep ini dalam pemikiran mereka, dengan mengandaikan aktiviti DX ini sebagai satu aktiviti sukan, soal bosan dan jemu jika tidak berjaya mendapat contact tidak akan timbul apabila mereka beraksi diudara.
  2. Elakkan dari melakukan Tune pada frequency yang telah diduduki, Mungkin amat sukar untuk kita mengatasinya kerana perkara ini tidak boleh dikawal dan kadangkala ianya berlaku secara spontan. Satu lagi kebiasaan buruk yang selalu dilakukan adalah dengan tidak melakukan prosedur bertanya dahulu, seperti QRL? QRL? bagi CW dan menyebut are Frequency in used? Bayangkan perasaan seseorang itu jika frequency diduduki semasa dia sedang menerima atau melayan tetamu? tentu marah bukan?
  3. Lengkapkan diri dengan pengetahuan dan teknik DX serta mematuhi segala langkah keselamatan ketika mengendalikan transceiver /amplifier/tuner anda. Ingat!!! aktiviti radio sport ini menggunakan tenaga elektrik dan kadangkala bermain dengan kuasa sehingga menjangkau ribuan watt, jadi pastikan bahawa GND atau sistem elektrik di rumah anda itu selamat dan betul.
  4. Hormati hak rakan-rakan yang lain, Jika anda melihat atau mendengar rakan-rakan lain pileup di suatu frequency, anda tidak perlu ganggu frequency itu dengan lepak dan CQ berdekatan dengannya sehingga menyukarkan stesen terbabit untuk COPY. Biarlah dia dengan CQnya kerana itu adalah rezekinya, rezeki untuk kita pula pasti ada kerana ALLAH itu MAHA ADIL dan BIJAKSANA.
  5. Hormati harta dan milik orang lain. Jika kita ada meminjam peralatan rakan-rakan kita, jagalah seperti harta kita sendiri. Ada ketikanya terkandung nilai sentimental pada peralatan itu kerana mereka bersusah payah untuk mendapatkannya. Malah peralatan radio amatur ini mahal harganya jadi jika sesuatu masalah berlaku, maka pasti berkerut air muka rakan kita menahannya.
  6. Kembangkan ilmu dan pengetahuan DX. Jangan lokek dengan ilmu yang kita ada. Segala bahan yang saya coretkan dalam blog ini sebenarnya bertujuan untuk menyampaikan segala pengetahuan dan perkongsian pengalaman yang saya miliki kepada pembaca, walaupun ada ketikanya ianya terhenti seketika. Menulis ini, bukannya boleh disuruh-suruh, ianya datang sendiri secara tiba-tiba. Saya rasa rakan-rakan penulis yang lain mengertinya.
Nilai - nilai etika yang kawan coretkan tadi mungkin amat berbeza sekali dengan nilai-nilai yang ada dalam internet dan sebagai. Namun yang pastinya, ianya lahir dari keikhlasan kawan dalam menyelusuri aktiviti Radio Sport ini. Seperti kata pepatah " berjalan seribu batu bermula dari langkah pertama" maka anggaplah 6 perkara yang kawan gariskan ini sebagai langkah pertama kita dalam memartabatkan aktiviti Radio Sport ini.

P/s asalnya nak menulis tentang Benua Amerika, tetapi sudah terbabas ke topik lain...hmm...inilah akibatnya jika jari mula menulis...73 9m2zak.

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...