Hari ini Rabu, 26 June 2013 aktiviti pemburuan diteruskan mengikut jadual. Pada petang tadi sekitar jam 6.50 petang waktu tempatan, kawan memilih band 20m untuk cuba masuk ke Benua Amerika. Berdasarkan perbezaan masa, Brazil pada waktu itu berada pada pukul 7.00 pagi. Antenna dihalakan ke arah 30 degree Utara dimana jika menghala ke arah ini, Brazil atau benua Amerika Selatan akan masuk melalui Long Path. Pada experiment kali ini, kawan memilih band 20m kerana pembukaannya yang stabil serta keadaan low noisenya.
Spot oleh DX Cluster |
Sepanjang aktiviti DX, signal kawan kedengaran kuat di kepulauan Hawaii, USA dimana bacaan yang tertinggi dicatatkan adalah 12dB oleh stesen KH6LC. Kemudian semakin lama semakin rendah selepas 30 minit tetapi catatan yang terendah hanya 7dB sahaja. 7dB boleh dikatakan amat kuat dan selesa juga dan boleh dibaca. Namun objektif DX tidak juga mencapai sasaran, Jika diteliti betul-betul, signal dari Kulaijaya hanya berlegar-legar antara Utah, USA ( WA7LNW), Hawaii ( KH6LC) dan Jepun. Manakala stesen yang check in pun semuanya datang dari negara Matahari Terbit iaitu Jepun. Pada petang tadi kawan berjaya menangkap 14 stesen dari Jepun dan semua memberikan signal report 599. Berikut adalah senarai callsign yang berjaya diperoleh pada petang tadi:
JA1FCC JR2VWD JR7ASO JA6JNF JG1USO JA6GKC JA9ILH JR1WCT JE1HPM JA0CIU JA2ATE JG3HKK JR1KAG JA7GUT
Namun kawan tidak berasa gundah atau kecewa, sebaliknya menganggap ini sebagai satu cabaran yang perlu diharungi. Untuk mendapat sesuatu yang kita idamkan bukanlah senang, kesabaran dan ketekunan amat diperlukan. Semua ini berkaitan dengan kebetulan - nasib - keadaan propogasi - waktu yang sesuai. Kawan akan senantiasa berusaha untuk mencari vintage point bagi benua amerika selatan ini dan akan mendokumentasikannya untuk rujukan rakan - rakan sekalian dikemudian hari. Sesungguhnya kawan percaya, jika kita terus mencuba dan mencuba, kejayaan pasti akan menghidu kita. Kawan mengambil iktibar dari penciptaan lampu atau mentol yang dihasilkan oleh Thomas Alva Edison. Untuk mendapatkan bahan yang sesuai untuk dijadikan filamen dalam mentol ciptaannya itu, beliau telah mencuba berpuluh ribu sampel sehinggalah beliau berjaya menghidupkan mentol ciptaannya itu. Moral dari kisah tersebut, sesiapa yang berusaha dengan tanpa jemu dan bosan, kejayaan pasti akan menjadi miliknya. 73 9m2zak.