Tuesday, April 2, 2013

CQ World-Wide WPX Contest 2013

Misi Memburu Gelaran Juara



Berakhir sudah cabaran 48 jam CQWW WPX SSB 2013. Contest ulung ini sememangnya amat dinanti-nantikan oleh semua pengamal radio amatur dari seluruh dunia. Ini adalah kerana...dalam masa 48 jam ini, mereka semua akan ke udara dan bertemu selepas sekian lama tidak ke udara, memandangkan ini adalah satu peluang, maka kesempatan ini digunakan sepenuhnya.


       Cabaran contest kali ini berbeza sikit daripada sebelum-sebelumnya. Perbezaannya adalah dari segi penyertaan. Syukur alhamdulillah, kali ini...Malaysia menghantar begitu ramai sekali penyertaan. Yang manisnya, penyertaan daripada pelbagai kelas dan kategori. Sememangnya begitu cemerlang sekali. Tahniah diucapkan kepada mereka:


setakat jam 2.00 petang tadi, seramai 20 stesen telah menghantar Cabrillo Log mereka. Sejarah telah tercipta, rekod telah dihasilkan dan pelbagai memori pahit manis telah diukirkan...syabas diucapkan. Difahamkan ada juga yang pertama kali menyertai contest ini. Tahniah kepada stesen dari Tapah, saudara Arip 9w2rip dan saudara Azha 9w2bsx, stesen dari Kulaijaya kerana berani dan kental dalam mengharungi cabaran ini.

 
10m Monoband Delta Loop homebrew by Azha 9w2bsx

Difahamkan....saudara Azha bertungkus-lumus menyiapkan Delta Loopnya khas untuk contest ini. Syukur...dengan penuh ketekunan, Delta Loopnya berjaya dinaikkan pada petang Ahad tersebut dan terus memanaskan antennanya dengan menyertai contest ini. Walaupun dengan berkuasa rendah, beliau akhirnya berjaya jugak menamatkan cabaran ini dengan jayanya. 

Azha 9w2bsx in action
Semangat contest ini, datang dan meresap ke dalam jiwa suci beliau selepas datang melawat stesen saya. Mungkin beliau teruja selepas melihat betapa seronoknya kami ( 9w2zjb Mat Tanglong) dan saya melayan pile up semasa contest tersebut. 

Mat Tanglong 9W2ZJB


Mat Tanglong 9w2zjb pula begitu meminati Radio Amatur ini. Minat beliau amat mendalam sekali. Hampir setiap contest beliau akan berkunjung ke base saya untuk merasai dan menikmati kemeriahan contest ini. Asal ada kelapangan...beliau akan terpajak di depan base kawan untuk mendalami ilmu radio ini. Diharapkan semangat ini akan terus berkobar di dalam sanubari beliau demi kecemerlangan Radio Amatur Malaysia ini.

9M2SM Multi Operator dari Arau, Perlis

9m2sm
Tumpuan contest kali ini dihalakan kepada 9m2sm. iaitu stesen Multi Operator dari Arau, Perlis. Pada tahun ini, pasukan 9M2SM yang diketuai oleh Hairie 9m2get, Oja 9m2out, Salehan 9w2sbd dan Own 9w2sbl telah bersiap sedia untuk contest ini. Pasukan 9m2sm semestinya menjadi perhatian kerana kemantapan ahli pasukannya. Dimana kewibawaan mereka telah terbukti pada tahun lepas. Pada tahun ini, 9M2SM yang telah menerima latihan dan motivasi yang mencukupi serta menyimpan hasrat besar untuk memecah rekod pada tahun lepas iaitu 1302 mata. Rekod yang dicipta pada tahun 2012 ini datangnya dari band 15m. Pada tahun 2012, 9M2SM hanya bersaing pada band 15m sahaja iaitu dalam kategori Single Band tapi untuk contest 2013, langkah yang lebih besar diambil, mereka bertanding dalam kategori All band selari dengan kemantapan ahli pasukannya.

9m2sm op by 9w2sbd in action
Namun pada kali ini, mereka ingin memecah rekod terdahulu, dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, sasaran mereka pada tahun ini adalah 1 juta mata. Semestinya hasrat besar ini telah disusuli dengan strategi yang mantap dan sistematik. Strategi sistematik tersebut telah disusun dari peringkat sebelum dan awal contest hinggalah ke peringkat akhir CQ. 

rehat yang cukup amat diperlukan
Waktu rehat yang mencukupi dan latihan yang bersungguh-sungguh menjadi tonggak utama pasukan gagah mereka untuk kembali merampas kejuaraan. Apabila berada dalam arena ini, fokus yang lebih dan keyakinan yang tinggi sangat penting untuk dititikberatkan dalam kalangan ahli pasukan mereka.

Pengurus 9M2SM, Hairie 9M2GET
Harapan pengurus 9M2SM, Hairie 9M2GET sangat besar untuk mengharumkan nama negara Malaysia di mata dunia. Beliau juga berharap agar ahli pasukan 9M2SM melakukan yang terbaik dan dapat memberikan saingan yang unggul kepada stesen-stesen Big Gun yang lain. Pada tahun ini, beliau telah mempertaruhkan 3 lagi operator iaitu 9M2OUT, 9W2SBD dan 9M2SBL untuk menggalas misi penting ini. Semoga kejayaan menghidu pasukan ini sejajar dengan kesungguhan mereka.


 

9W2VVH Single Operator Single Band 10m Low

Arie 9w2vvh in action
Setelah muncul juara dalam kategori Single Band 10m pada tahun 2012 dengan mencatat 129 596 mata, 254 QSOs dan 212 WPX, Cikgu Arie 9W2VVH dari Sungai Besar, Selangor ini akan berusaha mengekalkan kejuaraannya. Namun secara tidak rasmi, dalam contest tahun ini, beliau telah berjaya mengutip 165 910 mata, 302 QSOs dan 235 WPX. Jadi secara tidak rasminya beliau telah mengungguli carta Single Band bagi band 10 meter. Ini bermakna di atas kertas, beliau telah berjaya memecah rekod peribadi beliau dan dengan catatan ini, kawan yakin...beliau akan dapat mengekalkan kejuaraannya. Tahniah diucapkan kepada Cikgu Arie di atas kejayaannya. Segala penat lelah dan pengorbanan masa dan tenaga anda akhirnya dapat dibayar jugak. Apabila kita tidak mengenal erti putus asa, maka beginilah akan jadinya. Tahniah sekali lagi kawan ucapkan dari Kulaijaya.

9M2UST Single Operator Single Band 40 meter Low Power

Callsign : 9M2UST
Nama : Mohamad Ilyas Ismail
Kategori : SOSB 40M Low

Beliau berasa amat gembira dan berbangga kerana menyertai dan melengkapkan cabaran contest ini walaupun dalam keadaan yang mencabar. Segala halangan dan cabaran yang beliau hadapi telah berjaya diatasi demi contest ini, sekaligus dapat mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Beliau mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan kerana memberi sokongan dan tidak jemu memberikan tunjuk ajar sepanjang beliau terjebak dalam arena ini. Latihan yang berterusan serta semangat yang membara ini ternyata membantu beliau untuk mengekalkan stamina beliau untuk mengungguli kategori ini. Tahniah diucapkan kepada Pak Ustaz kita, 9M2UST kerana berjaya menamatkan cabaran dalam Kategori Single Operator Single Band 40 Meter.

Tahukah Anda?

To be eligible for an award, a Single Operator station must show a minimum of 4 hours of operation. Multi-operator stations must operate a minimum of 8 hours.( CQWPX Rules)

Pahit akan manis jua akhirnya...

Dalam kesibukan Contest CQWPX 2013, terselit juga pelbagai ragam dan aksi yang menjadi perhatian lensa kamera. Bukan mudah untuk berhadapan dengan jadual contest yang padat ini kerana ia menuntut kepada kekuatan fizikal dan mental para peserta selama 48 jam. Debaran terus dirasakan kerana masing-masing memikul tanggungjawab dan amanah dalam misi membawa pulang lebih banyak mata. Walau bagaimanapun, perjuangan perlu diteruskan kerana pemegang lesen Radio Amatur yang hebat tidak akan berundur sebelum berdepan dengan cabaran. Teruskan usaha rakan-rakan sekalian! setiap kepayahan dan kesukaran yang dilalui itu pasti akan manis akhirnya... best 73 de 9m2zak.

9w2sbd Salehan at 9m2get's shack as 9m2sm operator.

Minuman utama contest

Mat Tanglong 9W2ZJB
9w2edu/m

9w2nmx
9w2sbl in action

9M2TPT
9w2www
9m2sj op by 9w2hwr
9m4sg op 9m2esm

9m4sg in action
9M4SG
9M4SG

9m4sg

9M2UST
Retrospeksi...
" Jika kau fikirkan kau boleh, kau hampir boleh melakukan, jika kau fikirkan ragu-ragu usahamu tidak menentu"

3 comments:

9W2SBD said...

terbaik....

Zaki Bin Din said...

sama - sama bang Salehan, artikel ini ditujukan khas kepada semua warga radio amatur Malaysia yang bertungkus lumus dalam CQWPX contest ni...semoga semangat ini kekal hendaknya...

AZURA 9W2VVQ said...

Tahniah kepada semua peserta contest MaLaysia

Web DX Cluster - 9M2PJU

kredit kepada 9m2pju kerana membangunkan Web DX Cluster. Sekali lagi tahniah dan ucapan terima kasih di anugerahkan kepada piju. Semoga pij...