Setelah berjaya
mengenepikan pelbagai rintangan dengan berbekalkan semangat tidak mudah
menyerah kalah, kawan akhirnya
berjaya juga menyertai contest berprestij ini, CQ Manchester Mineira DX Contest yang diadakan setahun sekali anjuran kelab CWJF yang berpusat di Brazil ini.
cuaca kurang baik di Kulaijaya |
Walaupun dihimpit masalah cuaca yang tidak menentu dan kekurangan masa, namun kawan tetap
berazam untuk memberikan saingan yang sengit kepada semua stesen - stesen yang mengambil bahagian. Persaingan sihat ini perlu diteruskan demi kelangsungan radio amatur Malaysia agar tidak dipandang rendah oleh negara-negara lain. Kali ini kawan menyertai contest ini dengan menggunakan sebuah transceiver usang, transceiver keluaran tahun 1980-an ini diberi tanggungjawab untuk menghadapi cabaran contest ini. Dengan kuasa maksimun 80 watt pada mode CW dan 100 watt pada SSB, kawan yakin... Yaesu FT-77 ini mampu memikul tanggungjawab ini. Ini adalah kerana kawan ingin memberi ruang kepada rakan pasukannya, Kenwood TS-2000 untuk melepaskan lelahnya setelah hampir setahun beraksi tanpa cuti. Lagipun FT-77 ini sudah lama sangat berada di bangku simpanan, masanya sudah sampai baginya untuk beliau menabur bakti mengorak langkah menjejaki DX station yang bertaburan disekeliling dunia yang fana ini. Kawan tidak memandang rendah kemampuannya, kemampuannya sudah terbukti. Sebelum kehadiran adik angkatnya itu (TS2K), kotak kelabu inilah yang selalu menemani kawan meneroka gelombang elektromagnet ini, walaupun kadangkala ianya selalu drift tetapi pencapaiannya amat membanggakan. Dengan bantuannya, kawan telah berjaya :
Hall of Fame |
- 1st Place Low Power SSB Single Operator All Band CQWPX 2011
- 1st Place Low Power CW Single Operator 20 Meters CQWPX 2011
- 1st Place Low Power CW Single Operator All Band CQWW DX Contest 2011
- 1st Place Low Power SSB Single Operator All Band Oceania DX Contest 2011
- 1st Place Low Power CW Single Operator All Band Oceania DX Contest 2011
- 1st Place Low Power CW single Operator All Band Scandinavian Activity Contest 2010
- 1st Place Low Power CW Single Operator All Band Ukrainian DX Contest 2010
Yaesu FT - 77 |
Semasa kawan sedang asyik menulis diblog ini, tepat jam 1.50 petang, keadaan cuaca di Kulaijaya sudah kembali tenang. Tiada lagi bunyi guruh dan tiada lagi hujan yang bercucuran. Benarlah kata orang tua, pabila ada ribut, pasti akan ada tenang. Keadaan begitu tenang sekali di Jalan Tiong 2, walaupun nama jalan ini Jalan Tiong, namun kicauan gagak juga yang kedengaran. Keadaan begitu sepi sekali, mungkin ramai penghuni sekitar sini sedang berehat selepas makan tengahari dan mungkin juga ada yang keluar menziarahi rakan taulan sempena cuti hujung minggu ini. Berbalik kepada CQ Manchester Mineira DX Contest ini, kawan memulakan cabarannya pada jam 3.45 pagi malam tadi. Contest ini sebenarnya bermula pada jam 8.00 malam waktu tempatan dan berakhir pada jam 8.00 pagi pada hari Isnin ini. Ini bermakna, kawan masih lagi ada masa untuk membaiki pencapaian pada tahun lepas dimana pada tahun lepas kawan hanya mendapat 42 QSOs dengan 2070 mata. Persiapan rapi sudah pun dilakukan untuk meneruskan cabaran ini, dan alam pula seolah-olah memberi laluan kepada kawan untuk terus berjuang.
Rekod 2012 |
Difahamkan juga, kawan tidak keseorangan dalam mengharungi cabaran contest ini. 9M2UST Ustaz Ilyas dari UTM Skudai Johor turut serta menyertai cabaran ini. Kawan dimaklumkan bahawa yang beliau bersaing dalam kategori CW Single Operator 40 meter Low Power. Syabas dan tahniah kawan ucapkan kerana berani dan bersemangat mengharungi cabaran ini. Baiklah rakan-rakan sekalian, sampai disini sajalah dulu catatan kawan untuk hari ini, selepas ini kawan akan ke udara menyertai rakan-rakan lain di seluruh dunia mengharungi cabaran CQ MM ini.
Diharapkan agar contest ini berjalan dengan lancar hendaknya, kawan akan menyambung perjuangan kawan sebagai Single Operator Low Power All Band CW sehingga mana kawan termampu. Target kawan hanyalah satu, ingin memecahkan rekod 2012, jumpa dan jumpa lagi... 73 dari Kulaijaya, Zaki 9m2zak. Assalamualaikum
Diharapkan agar contest ini berjalan dengan lancar hendaknya, kawan akan menyambung perjuangan kawan sebagai Single Operator Low Power All Band CW sehingga mana kawan termampu. Target kawan hanyalah satu, ingin memecahkan rekod 2012, jumpa dan jumpa lagi... 73 dari Kulaijaya, Zaki 9m2zak. Assalamualaikum