Buat pertama kalinya dalam sejarah, Malaysian Amateur Radio League MARL akan menganjurkan The 2013 Malaysia VHF Contest dan pada sepanjang 2 minggu ini, banyak pula sejarah tercipta. 9M2SM dengan sejarah ulung mereka dan kali ini giliran MARL pula. Penganjuran The 2013 Malaysia VHF Contest ini kawan rasa perlu diteruskan tahun demi tahun kerana dengan cara inilah sahaja kita dapat mempelbagaikan aktiviti Radio Sport tanahair selain daripada aktiviti Fox Hunting dan acara 2 meter net.
Ini adalah kerana, aktiviti contest ini dapat mendekatkan dan memesrakan hubungan kalangan pemegang callsign dengan hobi ini serta dapat memelihara populariti radio amatur daripada lenyap ditelan zaman digital ini. Walaupun kita sekarang berada di zaman touch screen namun kesenian tool gadjet-gadjet analog ini perlu juga dipelihara untuk tatapan anak-anak cucu kita nanti. Penganjuran contest ini boleh memberi kesedaran kepada generasi sekarang akan betapa pentingnya peranan gelombang radio ini dalam kehidupan masyarakat kita, lebih-lebih lagi apabila berlakunya kecemasan luar jangka dan majlis-majlis besar. Apa yang diperhatikan, alat komunikasi seperti handy dan mobile rig ini secara tidak langsung menjadi tulang belakang bagi menjamin kelancaran sesuatu event.
Menurut saudara Mohd Iqbal 9M2BAL, beliau berpendapat penggunaan dan pengaruh radio amatur amat luas di kalangan masyarakat melepasi negeri-negeri dari Perlis sampai ke Sabah. Radio amatur ataupun dalam bahasa lain disebut Ham Radio bukan sahaja popular di Malaysia malahan juga di seluruh dunia. Dengan itu, penganjuran contest ini dapat mengeratkan dan memesrakan lagi tali persahabatan di kalangan pemegang lesen radio amatur secara amnya.
Keindahan SOP, menyebabkan komunikasi ini 2 hala ini begitu merdu didengar, kesempurnaan penyebutan Q-Code dan tatacara komunikasi ini menyebabkan Radio Amatur ini begitu memikat jika dibandingkan dengan yang lain. Kita haruslah terus menyokong segala usaha-usaha ke arah memartabatkan hobi ini seperti penganjuran THE 2013 MALAYSIA VHF CONTEST ini, terutamanya dikalangan pemegang - pemegang lesen yang rata-ratanya baru mendapat tiket mereka. Hobi yang saintifik ini perlu dipelihara agar tidak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan, saya percaya, dengan cara ini akan terpupuk minat generasi muda terhadap hobi yang hebat ini.
Sehubungan dengan itu, marilah kita sama-sama memeriahkan lagi ruang udara tanahair dengan menyertai contest yang julung - julung kali diadakan ini. Segala permasalahan bolehlah menghubungi terus saudara Mohd Iqbal melalui link facebook ini, https://www.facebook.com/groups/radioamaturmalaysia/. Bagi yang berminat, anda boleh terus download undang-undang contest pada pautan ini.
Contoh Log Malaysia VHF Contest. |
MARL
No 21 Jalan Besi 1
Taman Seri Puteri,
81300 Skudai, Johor Bharu
West Malaysia
Good Luck in your contest, 73 de 9m2zak