Sunday, May 27, 2012

CQ World - Wide WPX Contest : 9M2ZAK


Berakhir sudah CQWW-WPX Contest CW pada tahun ini. Dalam contest kali ini, penyertaan dari negara Malaysia agak meriah juga, antaranya 9M2SM, 9M2MT, 9M2TO, 9M2ZAK, 9M6XRO, 9M2JKL, 9M2/JE1SCJ, 9M2BDX, 9M6YBG dan sebagainya. Kenapa sebagainya, mungkin ada juga stesen yang lain menyertainya cuma tidak kedengaran di corong telinga aku sahaja.


Walaubagaimanapun, aku ucapkan tahniah kepada semua stesen yang menyertai contest ini kerana memberi persaingan sengit dan membawa nama negara Malaysia ke persada dunia. Dalam CQWW-WPX 2012 kali ini, rekod peribadi aku telah berjaya dipecahkan, dipecahkan oleh aku sendiri, iaitu pada tahun 2011, aku berjaya mengutip 1710 mata, dikutip dari band 20m, manakala pada tahun ini, 2012 - aku berjaya mengutip 86193 mata dan ianya dikutip dari band 40m - 20m - 15m - 10m. Peningkatan sebanyak 6983 mata. Itu pun selepas 12 jam ke udara. Hari Ahad penuh dengan jemputan.


Jika hendak dibandingkan dengan stesen - stesen yang lain, berapa sangatlah kutipan mata aku ini. Aku percaya, rakan - rakan lain seperti dari kepulauan Borneo sana tentu cemerlang dengan ratusan ribu pungutan mata mereka. Namun aku tetap berbangga dengan pencapaian aku ini kerana bukan mudah untuk menyertai contest ini, ianya penuh dengan cabaran dan dugaan. Perlu bersaing dengan stesen -stesen yang  empat angka kuasa pemancaran mereka, perlu sabar dalam memanggil cq dicelah - celah bot besar, perlu rajin angkat kaki jika ditindan oleh BIG GUN dan perlu sabar jika dibuli oleh HIGH POWER stesen.


Dalam contest kali ini, aku berjaya bekerja dengan 159 WPX ( 225 QSOs) dengan 54 ( 40m), 57 (20m), 77(15m) dan 12(10m). Jumlah DXCC yang terkumpul pula adalah 134 DXCC. 134 DXCC dalam masa 12 jam. Boleh tahan, sebab itulah aku suka menyertai contest, peluang untuk kutip dxcc cerah sekali kerana hampir seluruh dunia menyertainya. Aku juga berjaya bekerja dengan 5 benua dalam contest ini, Berjaya mengutip call dari benua AS, EU, NA, OC, dan SA.


Keadaan band pulak pada minggu ini amat baik sekali, terutama band 15m dan 40m. Begitu stabil sekali dan tahan lama. Manakala band 20m dan 10m mengalami prestasi flip flop, turun naik prestasinya. Hasilnya, band 15m dan 40m menjadi penuh sesak, hampir setiap khz diduduki. Stesen kecil macam kita ini langsung tidak ada peluang



Namun itu dianggap sebagai cabaran, cabaran dalam CQWW-WPX-CW Contest. Jumpa lagi pada tahun hadapan. 73 9m2zak Kulaijaya

No comments:

Testing aprs yaesu FT2DR