Monday, May 7, 2012

My New DXCC : 3A2LF and 7X3WPL

                                                          7X3WPL MY NEW  DXCC #203

                                                        3A2LF my new DXCC #202

Selepas habis layan, History Channel mata tak dapat lelap pulak. Masih lagi dalam keadaan segar bugar. Memandangkan keadaan band 15m cantik malam ni, aku mengambil keputusan untuk DXing, dengan harapan mata ini akan terlelap ketika asyik menikmati irama cw tu nanti...

Yagi masih lagi dihalakan ke arah 280 darjah. Biarlah dia ke arah tu. lagi pun aku tidak mengharap apa-apa pada malam ni. Hanya untuk melepaskan boring sahaja...

Boleh tahan juga 15m malam ni. Hampir kesemua fre diduduki. Jadi aku naik ke atas, dxing di 21003.3. Tak sampai seminit panggilan aku dijawab. semakin lama semakin banyak pula check in. rata - rata dari negara EU. ada juga yang datang dari Asia.

Akhirnya keadaan menjadi pile up, berduyun-duyun nak masuk...tapi dalam kekalutan tu, terdengar juga callsign yang agak pelik. Maka laluan diminta kepada yang lain supaya memberi laluan kepada callsign 3A2...Memang betul..3A2LF 599 599 dari Monaco masuk ke Kulaijaya. Tahniah diucapkan kepada diri sendiri...kemudian selang beberapa minit kedengaran pula callsign yang tak biasa didengar..ambik kau lagi..
7X3WPL 599 599 juga masuk dari Algeria ke Kulaijaya. Syukur kepada allah kerana memberi aku 2 DXCC baru pada malam yang sejuk ni. Aktiviti dx diteruskan lagi..dengan harapan akan ada yang baru check in...tetapi takde...namun aku tetap melayan rakan - rakan dari EU dan Asia check in dalam dx aku.Memberi mereka peluang merasa bekerja dengan negara kecil Malaysia ini....

hasil malam tadi...dapat 46 station yang rata-ratanya dari EU...

SM6CUK  UT4FM  Z3PY  UT6EC  SP3GCL  IK2TYP  4L1MA  OM3SX  IK2GRA 

RN1A  OM8LA  OK2BUT  SP6CES  7X3WPL  OH6NVT  OH2BN  SP5IR   IK3JLS

SP7ATA  RW3AO  3A2LF  IT9XUA  DJ5EJ  F4ENK  IK1IYU  UW5SW  OK2LA

IZ3MGN  F5RU  EA1EYN  EA3AV  UW2XW  UA4LFR  SP3AMZ  IK7NXU  OK1AHJ

UR5HMF  F4GFP  DJ3DX  YU7YZ  RU6LC  DJ2IA  EA5KU  SP9NLI  DL3LSM  PA0BW

73, 9M2ZAK



Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...