Friday, April 13, 2012

9m0L my new DXCC...

Jam sudah menunjukkan pukul 12.37 pagi. Mata pula masih segar lagi. Selepas puas menonton National Geographic, naik ke atas menuju ke radio shack aku. Pada masa itu kedengaran 9m2ody, 9m2zc sedang giat qso dengan V85dx di 7140. Seronok melayan mereka qso sebab kualiti audio mereka begitu mantap dan enak sekali, Tapi tidak merancang untuk join qso mereka kerana topik yang mereka bincangkan itu diluar kemampuan aku. Jadi hanya mendengar sahaja, itupun tidak lama. selepas ternampak kelibat 9M0L di cluster. Maka tumpuan aku beralih pula kepada DX station ini.

9M0L ini sudah beberapa hari melakukan DX Expedition di Spratly Island ini. Aku dah memantau lama dah stesen ni. Tetapi begitu sukar sekali untuk masuk kerana ia pile up yang teramat kuat sekali. Sehinggakan nak celah sikit pun tidak boleh. Seluruh dunia menumpu terhadapnya. Paling kuat sekali adalah stesen dari Jepun. Dari kualiti audionya, dianggarkan 1000 watt dalam tangan punya geng sushi ni transmit. Kita yang 50 watt ni hanya makan asap sahajalah..tu pun jika ada asap yang tinggal. Rasanya takde asap pun..



Tapi tak mengapa, kata orang tua-tua ni memang ada kebenarannya. Jika kita sabar, kita pasti akan mendapat habuannya. dua hari aku mencuba, mencuba dan mencuba untuk masuk dalam cq mereka. Ternyata amat sukar sekali, sukar kerana dihimpit, ditindan, dilanyak dan ditepis oleh stesen- stesen yang memancar dengan 1kw ini.

Kemudian aku baru teringat petua mencelah pile up yang diperturunkan kepada aku oleh rakan kita dari German. Petua ini aku peroleh semasa beliau menginap semalam di rumah aku. Jadi kesempatan ini aku gunakan sepenuhnya. Menuntut ilmu radio ini darinya. Tapi aku tak nyatakan apakah teknik yang aku gunakan untuk mencelah pile up ini dalam blog ini kerana ianya eksklusif. Terima kasih Hans, 9m2qq atas ilmu yang diturunkan itu. Mujarab.

Malam tadi kedengaran 9M0L di 40 meter. Seperti biasa, kedengaran mereka sibuk melayan pile up yang berduyun - duyun tiba. Kesian pun ada juga kepada stesen yang tak dapat contact dan bangga pun ada jugak sebab callsign dari Malaysia tanahair tercinta ni pile up.

Setelah HRD logbook telah tersedia dan bersedia untuk di logkan. aku pun menghulurkan callsign aku. Ternyata ianya berhasil. Teknik itu berkesan! 9M0L dapat mendengar aku dikala ribuan callsign berebut-rebut dengan kuasa tertinggi mereka untuk dapatkan contact dari 9m0L ini.

9M0L : 9m2zak ur 5nn 5nn bk
9M2ZAK : RRR TU 9M0L UR 5NN 5NN TU
9M0L : 9M2ZAK TU
9M2ZAK : 9M0L TU GL E E


semasa blog ini ditulis, 9M0L masih lagi sibuk melayan Pile up yang tak putus - putus tiba di 7011 mhz. Terima kasih diucapkan kepada 9M0L atas QSOnya dan DXCC pada malam ini.
Semoga kalian sukses dengan DX expedition kalian di Spratly Island.

73, 9m2zak

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...