Sunday, February 19, 2012

ARRL CW DX 2012




Pada hari minggu yang lepas, ARRL CW DX Contest telah berlangsung dengan jayanya. Contest ini adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh ARRL.



Contest ini berlangsung selama 48 jam iaitu bermula dari pukul 8.00 pagi ( Sabtu ) hingga 8.00 pagi Isnin. Contest ini terbuka kepada semua warga Hams di seluruh dunia untuk menyertainya.



Tujuan utama contest ini diadakan adalah untuk mendedahkan pengetahuan dan pengalaman kepada station dari Amerika Utara iaitu W/VE dalam memahami Propogasi, meningkatkan kemahiran mengendalikan radio dan cw serta mewujudkan persaingan sihat dalam mengejar jumlah contact dengan station dari Amerika Utara.

Objektifnya pula adalah seperti berikut:
  • Station Amerika Utara dapat bekerja dengan station dari seluruh dunia melalui band 160m, 80m, 40m, 20m, 15m, dan 10m.
  • Manakala station dari seluruh dunia pula dapat bekerja dengan station dari seluruh Amerika Utara ( 48 negeri seluruh Amerika)

Pada 3-4 Mac ini, Contest ini akan berlangsung sekali lagi, tetapi dalam mode Phone SSB pulak. Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk menyertainya bolehlah bersedia dari sekarang dengan peralatan yang secukupnya.

Seperti yang dimaklumkan tadi, band yang dibenarkan adalah seperti berikut:

  • 160m, 80m, 40m, 20m, 15m dan 10m
  • Band 12m, 17m, 30m, dan 60m TIDAK DIBENARKAN

Selesai sahaja contest, log anda boleh dihantar terus ke alamat emel berikut:

DXCW@arrl.org pada atau sebelum 20 Mac 2012 dan semestinya dalam format Cabrillo.

Plaque akan dianugerahkan kepada pemenang berikut :

Bagi station dari Amerika Utara:

  1. Single Operator, All Band QRP
  2. Single Operator, All Band Low Power
  3. Single Operator, All-Band High Power
  4. Single Operator, Single Band (160-10 Meters)
  5. Single Operator Unlimited, High Power
  6. Single Operator Unlimited, Low Power
  7. Multioperator, Single Transmitter, High Power
  8. Multioperator, Single Transmitter, Low Power
  9. Multioperator, Two Transmitter
  10. Multioperator, Multi Transmitter

Bagi DX Station:

  1. Single Operator, All-Band QRP
  2. Single Operator, All Band Low Power
  3. Single Operator, All-Band High Power
  4. Single Operator, Single Band (160-10 Meters)
  5. Single Operator Unlimited, High Power
  6. Single Operator Unlimited, Low Power
  7. Multioperator, Single Transmitter, High Power
  8. Multioperator, Single Transmitter, Low Power
  9. Multioperator, Two Transmitter
  10. Multioperator, Multi Transmitter

Sijil pula akan dianugerahkan kepada :

  1. Top Single Operator, All Band entries (QRP, Low Power and High Power) from each DXCC entity and ARRL/RAC Section.
  2. Top single-band entries in each ARRL/RAC section and each DXCC entity.
  3. Top Single Operator Unlimited, High Power and Single Operator, Low Power entries in each ARRL/RAC section and each DXCC entity.
  4. Top Multioperator entries (Single High Power, Single Low Power, Two and Multi-Transmitter) in each DXCC entity, US call area and in Canada.
  5. DX entrants making more than 500 QSOs on either mode will receive certificates.

Jika berdasarkan peraturan di atas, ini bermakna aku tidak dapat sijillah dari ARRL kerana jumlah QSOs aku hanya 69 QSO sahaja. Tidak mengapa, tahun depan boleh cuba lagi....

de 9m2zak

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...