Monday, February 27, 2012

QRP : Low Power Operating

Banyak telah ditulis mengenai operasi QRP ini, dan banyak juga dipaparkan di youtube dan website dari seluruh dunia mengenai aktiviti yang mencabar ini. QRP atau Low Power Operating juga dikenali sebagai Flea Power bagi sesetengah orang yang mengikutinya.



Kenapa hendak QRP? sedangkan pada masa kini berlambak di pasaran rig yang mempunyai kuasa yang tinggi dan berkeupayaan tinggi. Jawapan kepada soalan ini adalah sama juga dengan soalan Kenapa perlu memancing ? kan banyak ikan dipasar.

Semuanya adalah kerana cabaran, mendapat contact dengan kuasa 50 watt adalah tidak sama kepuasannya dengan mendapat contact dengan kuasa 5 watt. Kemahiran dan kesabaran diuji dalam konteks ini. Individu yang berjaya mendapat contact dengan 5 watt adalah individu yang berkemahiran dan mempunyai skill tersendiri dalam menangani QRM dan QRN untuk mencapai objektifnya. Kesabaran yang tinggi juga diperlukan kerana QRP menuntut semua ini dari peminatnya...

QRP adalah operasi yang menggunakan kuasa 5 watt ke bawah bagi mode CW dan 10 watt bagi phone mode. Dalam aktiviti QRP, kualiti antenna tidak menjadi masalah sangat. Apa-apa jenis antenna anda boleh gunakan, Asalkan anda TX 5 watt ke bawah, anda dikira sebagai QRPer. Jika anda TX kurang dari 1 watt, ianya di panggil milliwatting operasi. QRP juga adalah aktiviti yang popular dalam dunia HF dan secara keseluruhannya, ianya dilakukan dalam mode CW kerana keberkesanannya.

Untuk memulakan aktiviti QRP, pastikan frequency yang hendak digunakan itu kosong dan tidak ada orang. Contohnya, jika kita hendak QRP di 28.485, pastikan frequency 28.480 dan 28.490 itu juga tiada orang kerana takut nanti signal kita akan tenggelam oleh signal yang kuat dari sebelah.

Kita juga tidak perlu menyebut CQ QRP ketika dxing, tetapi jika kita ingin memanggil rakan yang QRP juga, maka sesuailah menyebut CQ QRP.

Selain itu, kita juga tidak perlu menyebut atau menghantar /QRP di akhir callsign kita untuk menyatakan yang kita sedang QRP kerana ianya nanti akan mengelirukan rakan-rakan kerana kuasa pemancaran kita lemah. Di sebelah station penerima mungkin mempunyai banyak QRM, adalah lebih mudah untuk diterima callsign kita jika kita hanya menyebut prefix dan suffix callsign kita sahaja. Selepas itu barulah nyatakan yang kita dalam keadaan QRP dalam perbualan selanjutnya.

Berikut disertakan senarai Frequency bagi operasi QRP.



Sekian sahaja buat kali ini, insyallah jika ada kelapangan kita akan berjumpa lagi.

Do more with less

9m2zak

Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...