Pada 23 haribulan Februari, 2007 yang lalu, Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC)  iaitu badan yang mengawalselia segala aktiviti radio amateur di Amerika  Syarikat telah mengambil langkah untuk mengkaji cadangan untuk  memansuhkan Mode CW dalam peperiksaan radio amatur mereka iaitu  dengan  membuat beberapa kajian secara terperinci mengenai penggunaan mode cw  dalam aktiviti Ham Radio.
Hasil kajian tersebut mendapati bahawa  mode cw diterima dengan baik sekali oleh peminat radio amatur, dan fakta  ini berdasarkan kepada peningkatan permohonan lesen penuh dan jumlah  penyertaan dalam contest yang melibatkan mode cw.
" Ianya amat  ketara sekali, terutamanya apabila contest diadakan, dalam kebanyakkan  contest, mode cw menjadi pilihan utama dan jumlah pungutan QSO adalah  lebih tinggi berbanding dengan mode - mode yang lain. Pada  tahun 2006 sebanyak 4500 log telah dihantar semasa contest CQWWDX dan  ianya meningkat kepada 6500 log pada tahun 2011. Sememangnya ianya  menakjubkan..." Rich W2VU
Begitu juga dengan penggunaan DX  cluster, 60% stesen yang dipaparkan di laman web dxcluster adalah dari  frequency cw, manakala yang selebihnya adalah phone dan digital.
Begitu  juga dengan DX ekspedisi, dalam aktiviti ini mode cw juga mendapat  tempat dihati para ekspedisi kerana keupayaannya untuk bekerja dalam apa  jua keadaan . Anda tidak perlu risau, anda pasti akan mendapat contact  dengan mode ini, walaupun hanya dengan bateri jam dinding anda.
Secara  kesimpulannya, mode cw tidak akan dimansuhkan di Amerika Syarikat dan  masih lagi mendapat tempat dihati para peminatnya, Seperti hobi Radio  Amatur juga, ianya masih lagi dipraktikkan dan mempunyai jutaan  pengikutnya diseluruh dunia walaupun pada masa kini kita boleh bercakap  dengan rakan di Africa hanya dengan menekan butang sahaja....
"radio  amateurs have not used CW because there was a test. CW has been used  because it has been, and continues to be, a very useful mode of wireless  communication.” KCØCCR 
73, 9m2zak
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (Al'Alaq: 1-5)
Install M5Stick-Launcher for Lilygo T-Deck
Step 1 : Pergi ke github ini, https://github.com/bmorcelli/M5Stick-Launcher/ kemudian klik pada release yang terkini, ada sebelah kanan s...
 
- 
Johor : 118.150 Subang : 118.200 Penang : 121.100 Terengganu ...
- 
Langkah pertama yang perlu dan wajib anda lakukan adalah dengan mendapatkan DMR ID. DMR ID DMR ID pula lebih tepat dirujuk sebagai penge...
- 
Step 1 : Pergi ke github ini, https://github.com/bmorcelli/M5Stick-Launcher/ kemudian klik pada release yang terkini, ada sebelah kanan s...
 
 
 
