Tuesday, June 7, 2011

bearcat 210xl


Bearcat 210xl on local 2 meter

Scanner ini aku peroleh dari Ebay beberapa tahun yang lepas, sudah lupa tahun berapa, tapi rasanya dalam tahun 2007, harga dalam 9 dollar. Hari ini entah mengapa aku cuba menghidupkannya kembali. Ianya hanya memerlukan kekuatan 12 volts DC sahaja. Jadi aku pun pergi ke kedai barangan terpakai dekat Kulai Besar untuk mencari adapter yang sesuai dengannya. Jumpa...sana aku jumpa satu adapter untuk apa entah tapi belakangnya tertulis output 12 volts. Sesuai nih...maka tanpa berlengah lagi aku jumpa itu Laupan..Laupan..berapa ini...hmm..hmm...3 linggit..3 linggit haa...wokey..wa angkat...



Scanner ini boleh beroperasi pada frekuensi 30 mhz hingga 50 mhz, 144 mhz hingga 174 mhz dan 421 mhz hingga 512 mhz. Tapi yang tak bestnya ialah semua dalam FM mode sahaja. Kalau ada mode yang lain kan best, contohnya ssb, lsb, am, cw dan psk31, rtty, dan sstv. Melampau dah ni. Kalau mau itu semua, lebih baik bikin sendiri itu radio.

Lagi satu kelemahannya ialah ia tiada memory, jadi bila anda dah penat-penat scan. tutup sahaja radio. memory itu sudah hilang. Jadi kena buat balik macam semalam. Tapi yang bestnya pulak, ia ada fungsi target scanning, dimana kita boleh set kat mana kita mau scan. Contohnya 145.500 hingga 146.500 Jadi dia akan main area tu sahaja. tak pergi ke mana-mana.

Lagi satu dia ada direct dial. Kalau kita ingat frekuensi apa yang kita nak moni, kita boleh terus tekan dekat keypad tu. lagi cepat dan pantas.

Antenna pula adalah antenna telescopic tapi kat belakangnya ada juga lubang untuk antenna lain. Aku perasaan yang port untuk antenna luar ini sama seperti port antenna FM radio kereta. Kena keluar lagi...




pergi ke kedai aksesori kereta dan cari jack utuk antenna radio FM kereta biasa. Berlambak habaq hang!!! berapa ini.... 3 linggit...hmm...ok..wa angkat...



Balik dan cuba sambung dengan rg 58 yang tersedia dengan Diamond F23H. Fuhh...mantap...cun..masih lagi hidup dan boleh beroperasi macam biasa.


Jadi aku plan nak gunakan ia sebagai radio untuk monitor sambil-sambil makan goreng pisang dan cendawan goreng di kala sore hari.

Selamat bercuti.... 9m2zak

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...