Tuesday, January 18, 2011

Kuat juga.....

Kuat juga signal noise sejak 3-4 hari ni. Terutama bagi band 40m - 20m. Tak tahulah apa bacaannya kalau disebelah petang sebab aku hanya monitor sekitar jam 11.00 mlm ke atas. Maklumlah bila dah mula lombong garam ni, dia punya bz lain macam sikit....biasa la awal-awal tahun.
Tapi bila moni kat 40m signal yang masuk dia lain macam sikit macam tahun lepas. Maksud aku pada sekitar Nov dan Dis. Malam tadi signal noise mencapai s9 dan pernah stabil kat s9....ulang balik..stabil kat s9. biar betul...kalau macam ni nak dengar apa? tak tahu ianya hanya berlaku di qth aku sahaja. Kena renungkan faktor-faktor lain. Mungkin ada orang atau jiran sebelah menyebelah aku menggunakan blender? mungkinkah ada gangguan statik yang dari PC aku? ataupun dari power supply. Mungkin juga dari microwave jiran? Kesemua element-element aku teliti dan teliti dan yang pastinya bukan dari sumber tersebut.
Aktifkan NB pada rig......tiada perubahan....aktifkan RF ATT...ada perubahan...ia turun sampai S3 tapi sebenarnya ia mengurangkan kekuatan signal sahaja...bukan menyelesaikan masalah...pusing ke band 80m....pun sama....pusing ke band 30m pun sama jugak...kemudian patah balik ke 40m...tiba-tiba kedengaran stesen dari Hungry sedang cq...hmm...ada signal masuk...cuba hulur sekali....dan terus dia respon...HA8RM 599 signal dia...sama kuat dengan signal noise tadi. kemudian pusing lagi tombol..jumpa plak stesen dari Slovenia S53MM 599 jugak.
Kesimpulannya malam tadi band memang tutup atau dead sekitar 11.00mlm hingga 12.00 mlm. Patut bang ody takde kat cluster, begitu jugak orang Arau...hehe..suis off itu rig, cabut coax, cabut plug dan terus tidur...

de 9m2zak

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...