Saturday, January 1, 2011

New Year Dx Expedition : Desaru 31/12/ 2010


Jumaat, 31 Ogos 2010. Hari-hari terakhir pada tahun ini aku tamatkannya dengan mengadakan aktiviti dxing di pantai Desaru, Kota Tinggi. Projek ini sebenarnya diilhamkan oleh Danial. Mengikut perancangan, kami sebenarnya akan mengadakan dxing xpdc ini pada awal Disember lalu, Tetapi oleh kerana ada tugasan lain yang lebih utama, maka ianya terpaksa ditunda.


on the way to Desaru

Perjalanan sejauh 120 km dari Kulaijaya ke Desaru melalui jalan lama, Kulai - Kota Tinggi, HighWay Senai - Desaru belum siap lagi, baru siap sampai Pasir Gudang sahaja, sabar menanti pembinaannya...lain kali cepat sikit sampai Desaru...Welcome to the Hotel Californiaaaa...nampak tak antenna Double T kat dalam video di atas, sebelah kiri tu...yang terjojol keluar tu...kalau tak percaya cuba replay balik itu video...hehe


9w2dal Danial aka DAL

Segala perancangan dirancang dengan dengan rapi dari segi penginapan, bekalan makanan, tenaga elektrik, kawalan keselamatan serta kemudahan infrastruktur yang diambil kira sebelum memulakan perjalanan. Hanya satu jam setengah sahaja perjalanan dari Kulaijaya ke Kota Tinggi melalui jalan Kota Tinggi - Kulaijaya.


Mee Maggi Ayam Menu Wajib

bekalan makanan dan minuman sepanjang xpdc, seperti biasa - cepat - mudah - sedap - Mee Maggi. Minuman kali ini adalah Nescafe 3 in 1. Chef kali ini adalah chef jemputan dari Saleng, dan tukang perabih pulak seorang cikgu dari Kulaijaya....

Jemput makan....hehe..


station setup by Danial

Anda boleh nampak antenna Double T yang belum lagi dipasang ada atas meja di belakang Danial, Mula-mula memang tak nak pasang antenna tu. Tapi apabila dah pasang, ia terus menunjukkan kehebatannya...syabas bey teh...

sumber tenaga utama, sumbangan HKE. Generator ini telah banyak membantu kami dalam xpdc ini walaupun kadangkala ianya memberi gangguan dari qrm dan statik tapi kami abaikannya memandangkan kepentingannya disini. Terima saya ucapkan pada Gen Set ini. Minyak pun tak kuat...





Pengangkutan diuruskan oleh Danial dimana kami menggunakan jentera ini untuk meredah hutan dan semak samun untuk sampai ke port ini. Lokasi Dx kali ini agak terselindung dan jauh dari kawasan tumpuan orang ramai dan iainya terletak agak terpencil dan sunyi sekali. Sesekali terdengar juga kicauan burung yang bersama-sama dengan bunyi deruan ombak yang tidak pernah jemu dan puas memukul dan membadai pantai....





Antenna yang digunakan kali ini ialah Dal ButterNut Vertical. Antenna ini beroperasi dengan baik sekali pada band 40m. Kadangkala kami push juga ke 20m hehe..tapi ianya berjaya.


Double T antenna (Prototaip)

Disamping itu juga, Danial juga sedang cuba menghasilkan antenna terbaru ini. Double T antenna, antenna jenis ini menggunakan konsep kapasitan untuk proses matchingnya. Apa yang menariknya....ianya berjaya dan yang paling puitis sekali pula, Double T ini mendapat bacaan SWR yang stabil dari fre 14.000 hingga 14.400....iaitu sekitar 1:2 - 1:3 . Menitis air mata kami berdua bila mengenangkannya. Kenapa kami menangis...sebab pada awalnya kami hanya memandang rendah pada keupayaannya,( boleh tengok nanti dalam video kat mana antenna ini kami letak....) dan tugas utama kami bagi kepada Dal ButterNut Vertical untuk menjalankan DX, tetapi apabila kami beralih kepada Double T. Persembahannya sama hebat dengan Vertical dan ianya ada kelebihan dari segi receiving. Gain on receiving....all the way swr...





yang mana satu pilihan kalbu....sama hebat sama cantik dan menawan......



Danial aka DAL on CW, our portable setup, rain and wind proof

apabila menggunakan vertical, sudah maklum dimana kelebihannya....tentulah di cw mode. Kali ini kedua-dua antenna ini menunjukkan taring masing-masing. Antenna vertical ButterNut telah pile up di 40m band. Dimana stesen-stesen dari eropah sana berebut-rebut untuk check-in in our cq..manakala Double T pula sukses di 20m band melayan stesen-stesen dari Japan sana. Fantastic dan bombastik ini antenna. Berbaloi dengan usaha kami bersengkang mata dari petang hingga ke pagi..


9m2zak and 9w2dal

Jumpa lagi pada keluaran yang akan datang, Sempena tahun baru ini, Kami ingin mengucapkan Happy New Year 2011 to all our friend around the world.



73 de 9m2zak/9w2dal

Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...