Thursday, December 2, 2010

My new antenna : DalBeam 3 bander Yagi 20/15/10m

Ini adalah antenna terbaru yang dihasilkan oleh Danial, 9w2dal. Ia merangkumi 3 band utama iaitu 20m, 15m dan 10m. Kaedah matching yang digunakan ialah open sleeve dan ia juga menggunakan current balun.
Proses untuk menghasilkan antenna ini begitu rumit sekali terutamanya pada band 15m. Pada band tersebut begitu sukar sekali untuk mendapatkan bacaan swr yang cantik terutamanya pada fre ssb mode.
Tetapi dengan daya usaha yang berterusan dari Danial, akhirnya beliau berjaya juga mendapatkan swr yang dikehendaki dan lebih memahami perangai 15m. Band ini amat degil sedikit.



Ini adalah antenna pertama bagi Danial dalam kategori 3 band dan yang paling istimewa sekali ialah antenna ini kecil dan padat. Teristimewa pulak ia langsung tidak memerlukan TUNER kerana semua frenya berada dalam zon selesa. iaitu bacaan swr yang boleh diterima oleh radio dan selamat untuk beroperasi.


No need tuner, Impian semua warga Ham seluruh dunia.

Tahniah diucapkan kepada anda Danial. Ianya amat berbaloi sekali dengan hasil kerja keras anda selama ini dan aku pulak berasa amat bertuah sekali berjiran dengan anda. Baling belacan pun sampai.....Antenna ini pada masa ini sedang dalam proses pemantauan untuk melihat bagaimana prestasinya dalam pelbagai keadaan cuaca seperti hujan, panas dan sebagainya.

Ini adalah bacaan SWRnya.

BAND 20M

SWR

14.000

1:2

14.050

1:2

14.100

1:1

14.150

1:1

14.200

1:1

14.250

1:1

14.300

1:1

14.350

1:1

BAND 15M

SWR

21.000

3:5

21.050

2:5

21.100

2:2

21.150

2:0

21.200

1:7

21.250

1:5

21.300

1:2

21.350

1:1

21.400

1:1

21.450

1:1



BAND 10M

SWR

28.000

3:0

28.050

3:0

28.100

2:8

28.150

2:5

28.200

2:0

28.250

2:0

28.300

1:7

28.350

1:5

28.400

1:3

28.450

1:2

28.500

1:1

28.550

1:1

28.600

1:2

Sekalung jutaan terima kasih kepada 9w2dal kerana berjaya menghasilkan 3 bander ini. Kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki antenna jenis ini boleh terus hubungi Danial atau layari Blog 9w2dal.blogspot.com atau boleh hubungi saya. Semoga impain anda boleh menjadi kenyataan.

You are the man.....

de 9m2zak, 73


1 comment:

ramlan said...

eh.... mcm kenal je umah ni... cm dh biasa g je... he heh heh heh heeee

Kita semakin matang...

SEMBILAN TANDA SESEORANG ITU SUDAH MATANG DALAM KEHIDUPAN 1. Kita berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah di...