Sunday, December 12, 2010

knocking on heavens : 12 Disember 2010



Cuaca boleh dikatakan panas terik juga pada hari ini. dari pagi hingga petang panas terik. Sedikit hujan pada sebelah petangnya, tapi ia macam lalu sahaja.... Sebenarnya perancangan pada hujung minggu ini adalah untuk cq di bahagian barat dan timur alam ini. Tetapi apabila dihalakan yagi pada kedudukan tersebut, Kadar kebisingan amat tinggi sekali, pernah mencecah s7 dan stabil pada s4-s5. Boleh tahan jugak bunyi qrm tu...
Akhirnya selepas pusing-pusing itu rotator...kembali juga ke utara. Apabila dihalakan ke utara kadar kebisingan band terus menurun, dari s4-s7 tadi terus senyap s0-s1. Bunyi cacing atau band signature amat kuat sekali sehingga menenggelamkan pancaran rakan-rakan yang cuba masuk ke cq aku. Dah jadi macam qsb. Tapi sebenarnya bukan qsb cuma ditindan oleh bunyi cacing sahaja. Speed pada hari ini sekitar 19-20 wpm sahaja. Sengaja ketuk dalam kelajuan tersebut kerana ingin menikmati iramanya...begitu mengasyikan dan senang sekali jiwa pabila mendengarnya....
Sedang asyik lena dibuai ditdit dan dahdah...kedengaran pula loceng terbang...ada rakan dari Simpang Rengam, Kluang mahu mari...Ok jugak..lama tak jumpa... 9w2bpd - cikgu Din. Saja - saja dia datang base aku nak lepak petang-petang hari sambil santai depan radio... Petang tadi aku dxing sambil dibantu olehnya dalam apa yang patut. Nak timba pengalaman katanya...Bagus jugak, sekurang-kurangnya dapat jugak tengok bagaimana orang dxing kat cw. Beruntung sama sekali...sebab masa aku zaman 9w2 dulu...mana ada peluang nak tengok benda-benda macam nie..ketuk lagi dan terus ketuk lagi......hasil ketuk ke langit hari ini....

dxer
StationFlagsStart TimeBandModeRST s/r
9M2ZAK 5K3B Colombia 2010-12-12 16:5940mCW 599 599
9M2ZAK XWPA Laos 2010-12-12 16:4440mCW 599 599
9M2ZAK RU3MJ European Russia 2010-12-12 16:3840mCW 599 599
9M2ZAK ZS1WA South Africa 2010-12-12 16:1220mCW 599 599
9M2ZAK VK8NSB Australia 2010-12-12 09:5715mCW 599 599
9M2ZAK VK2AET Australia 2010-12-12 09:4815mCW 559 559
9M2ZAK UA0LX Asiatic Russia 2010-12-12 09:1220mCW 599 599
9M2ZAK JH2KIL Japan 2010-12-12 08:2820mCW 559 559
9M2ZAK RV0CD Asiatic Russia 2010-12-12 08:1920mCW 599 599
9M2ZAK JA4JBZ Japan 2010-12-12 08:1620mCW 599 599
9M2ZAK JA7EDZ Japan 2010-12-12 08:1320mCW 599 599
9M2ZAK JA3GMS Japan 2010-12-12 08:0520mCW 599 599
9M2ZAK JA2KOG Japan 2010-12-12 08:0220mCW 599 599
9M2ZAK RA0FD Asiatic Russia 2010-12-12 08:0020mCW 599 599
9M2ZAK JR3HZW Japan 2010-12-12 07:5720mCW 599 599
9M2ZAK RW0UM Asiatic Russia 2010-12-12 07:5120mCW 599 599
9M2ZAK YB2HM Indonesia 2010-12-12 07:4120mCW 599 599
9M2ZAK JA1FCC Japan 2010-12-12 07:2820mCW 599 599
9M2ZAK 7K2MGX Japan 2010-12-12 07:2420mCW 599 599
9M2ZAK HL2HO South Korea 2010-12-12 07:1520mCW 599 599
9M2ZAK JE2QIZ Japan 2010-12-12 07:1420mCW 599 599
9M2ZAK JG3CKF/1 Japan 2010-12-12 07:0720mCW 579 559
9M2ZAK JR8NOD Japan 2010-12-12 07:0520mCW 599 599
9M2ZAK JO3XCI Japan 2010-12-12 06:5515mCW 599 599
9M2ZAK BX100 Taiwan 2010-12-12 06:4415mCW 599 599
9M2ZAK JG1RSO Japan 2010-12-12 06:3915mCW 599 599
9M2ZAK JR6HQ Japan 2010-12-12 05:2315mCW 599 599
9M2ZAK YB2EUZ Indonesia 2010-12-12 03:0540mCW 599 599

Antenna yang digunakan ialah DAL 6 element 20/15/10 m Band Yagi. Manakala bagi band 40m pulak aku gunakan Baby G5RV. Semenjak 6 ele ni naik, G5RV ni macam merajuk pulak. Kalau dulu dia dapat cover all band, 10,12,15,20,30,dan 40m. Tapi kali ni dia hanya cover 40m. Band-band lain semua outsss!!!! Pelik jugak.... Adakah kerana ada gangguan dari element2 yagi tersebut yang membuatkan bacaan swr melambung? adakah kerana ianya dekat dengan yagi dan membuatkan bacaan swr melambung? atau adakah dia cemburu dengan rakan barunya itu??...Hmm....apapun kalau ada masa dan cuaca mengizinkan aku akan naik ke atas semula dan percubaan yang pertama ialah untuk ubah lokasinya...untuk melihat perubahannya... jauhkan ia dari yagi supaya mereka tidak bergaduh lagi...


kedudukan g5rv

Kalau diamati betul-betul...ia memang rapat dengan yagi tersebut. Maka tidak hairanlah kalau mereka selalu bergaduh. Kata orang tua-tua, yagi tersebut dah jadi macam element untuk g5rv dan g5rv sebaliknya...sama-sama berkait antara satu sama lain.... Pening kepala jugak bila memikir kat mana aku mau taruk itu g5... dah le sekarang band 40m tengah dok galak sekarang....

No comments:

WRTC : World Radiosport Team Championship

WRTC World Radiosport Team Championship adalah satu lagi cabang dalam aktiviti radio amatur selain daripada aktiviti satellite, dxing...