Wednesday, October 23, 2019

JOTA 2019 : 9M4SJJJ

Seperti biasa, acara tahunan saya selain daripada Lighthouse, JOTA jugak adalah salah satu daripadanya. JOTA kali ini dibuat di SK Sri Tebrau, Johor Bharu. Station Master adalah saya, station manager adalah Jaya 9w2bug dan station coordinator adalah Adi 9w2ggz.Seramai 266 murid dari sekitar JB menyertainya dan diringi oleh seramai 71 orang guru dari pelbagai sekolah sekitar JB. Pada JOTA kali ini, saya ingin keluar dari kepompong kebiasaan iatu perhubungan secara HF. Kali ini saya akan mencuba pula mode DMR dan melihat keberhasilannya. 
Penggunaan mode DMR 100%

Apa yang saya dapati mode DMR ini begitu efisien sekali bagi kanak-kanak terutama bagi mereka yang pertama kali on-air. Ini adalah kerana : 
  1.  Tiada langsung noise yang biasanya datang dari HF. Noise ini sebenarnya sedikit sebanyak ganggu dan turunkan mode kanak-kanak untuk terus mendekati radio kerana "bising".
  2. Tiada kejutan peralatan, sebelum mereka sampai station saya, mereka perlu melalui beberapa station lagi seperti station simplex vhf, station phonetic dan sebagainya. Dimana mereka telah didedahkan dengan walkie talkie semasa di station tersebut dan apabila sampai ke station saya, mereka tidak kekok dan janggal memegang handy DMR ini kerana sudah biasa dan pernah menggunakannya kerana bentuk dan fungsi mekanikal sama. Jadi keyakinan ada disitu. Saya hanya perlu berikan handy kepada mereka dan mereka tahu apa yang perlu dilakukan.
  3. Panggilan CQ yang tidak terlalu lama dan mendapat respond dari negara-negara luar. Mereka amat teruja dan gembira sekali apabila walkie talkie yang mereka pegang itu dijawab oleh rakan seperjuangan mereka dari UK, Israel, Eropah, USA, Hong Kong, Filipine, dan banyak lagi.
  4. Perbualan dan pertukaran maklumat berlangsung dalam keadaan tenang dan aman sekali kerana kualiti audio digital dan kejelasannya sedikit sebanyak menarik minat mereka untuk terus lekat di situ. Proses pertukaran maklumat antara benua berjalan dengan penuh keceriaan.
Pada awalnya, saya sebenarnya ingin menyediakan 2 station DMR supaya tidak berlaku kesesakan atau Q yang terlalu lama, tetapi itulah... kita hanya mampu merancang, berlaku sedikit masalah teknikal dan hanya satu set DMR saja yang dapat disediakan. Saya menggunakan sepenuhnya Jumbospot dan walkie talkie DMR jenama Anytone model AT-D868UV. 

Perancangan asal
Mengikut perancangan, station 1 DMR akan Run dengan menggunakan walkie talkie DMR Anytone manakala station 2 DMR akan run menggunakan walkie talkie DMR TYT. Namun berlaku sedikit kecelakaan dan masalah teknikal, Jumbospot #2 tidak dapat diselamatkan. Sebelum itu, saya berhempas pulas membanting tenaga dan masa untuknya. Pelbagai cara dan kaedah serta trick digunakan untuknya namun beliau masih berdegil. Maka pelan B digunakan iaitu run satu sahaja.

Jumbospot #1 dan #2
Masa sudah semakin suntuk, saya perlu tidur untuk JOTA dan memandangkan jam sudah menunjukkan jam 1 pagi, maka keputusan tersebut digunakan. Jumbospot #2 tidak digunakan manakala raspberry pi3 yang sepatutnya digunakan untuk station DMR #2 saya guna semula sebagai alat untuk monitor pi-star agar paparan dashboard pi-star saya menjadi lebih luas dan tidaklah nanti berlaku penumpuan dan kesesakan kerana masing-masing menumpu kepada monitor yang sama.


aktiviti JOTA DMR berjalan lancar
 syukur... semuanya berjalan dengan lancar sekali. Perkara yang menjadi kerunsingan saya tidak terjadi pada hari JOTA tersebut. Tiada QRM, tidak CQ terlalu lama, hanya satu dua CQ, semua dijawab sempurna. Aktiviti berlaku dalam suasana keriangan sebab tiada lagi bunyi bising HF. Masing-masing dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada apa yang station di luar negara sana ingin sampaikan. Secara amalinya, station eksperimen DMR JOTA SK Sri Tebrau berjalan dengan selancarnya. Jika dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur serta ditakdirkan lagi, pada tahun hadapan, kami akan menggunakan sepenuhnya Raspi sebagai media utama. Itupun jika saya dijemput lagilah... 73 dari 9M2ZAK @ AG7ME.
 
Gambar ehsan dari 9M2TPT



Thursday, August 15, 2019

DSDPlus Fastlane setup

start "" /AboveNormal "FMP24-VC.bat"
TIMEOUT 2
start "" /AboveNormal "DSD-VC.bat"
TIMEOUT 2
start FMP24-CC.bat
TIMEOUT 2
start DSD-CC.bat
------------

FMP24-VC.bat (-i1 adalah numbor dongle)(-Pxx.x adalah ppm correction) (-gxx.x adalah rf gain)
------------
FMP24 -i1 -o20002 -Pxx.x -rv -gxx.x
------------

DSD-VC.bat (-o1 adalah sound output device)
------------
DSDPlus -F1 -f1 -rv -o1 -i20002 -OM NUL
------------

FMP24-CC.bat (-fxxx.xxxxx adalah CC frequency)
------------
FMP24 -i2 -o20003 -fxxx.xxxxx -b9.5 -Pxx.x -gxx.x
------------

DSD-CC.bat
------------
DSDPlus -F2 -e -f1 -i20003 -rc -OM NUL
------------

Monday, July 8, 2019

Percubaan 6 station seminit

Jika dilihat pada gambar di atas, station yang ke-6 diberi NIL, tetapi sebenarnya ianya adalah betul. Cuma masa sahaja yang tidak mencukupi. Masa yang tidak cukup kerana saya set 1 minit, rasanya jika saya set 2 minit pasti ianya akan jadi ok sebab minit yang ke -2 itu perisian akan mengesahkannya. Jadi, pengajaran disini ialah set-kan 2 minit supaya perisian dapat sahkan pada minit seterusnya JIKA station itu datang pada hujung-hujung minit.

                                                                                                                                        73 AG7ME

Friday, June 28, 2019

Pelabuhan Tanjung Pelepas : Communication

Channel 1 – PTP emergencies/Standby  
Channel 83 – PCC (Port Control Centre) to ships, piloting 
Channel 64 – Port Operations, Tugs, Pilots 
Channel 16 - Calling, Distress and Safety
Channel 6 - Ship to Ship 


Wednesday, May 1, 2019

Motorola MTP850s : Wildcard TG

Motorola MTP850s ada fungsi open TG, dimana kita boleh call mana-mana Tetra Radio. Pada CPS Terminal, pergi ke DMO Individuals dan uncheck function DMO Individual Call Presence Check. Kemudian taip pada keypad MPT850s 16777215 dan tekan PTT. Kini anda dah boleh berkomunikasi dengan mana-mana Tetra Radio.

                                                                                                                         kredit kepada 2E1GXT

Sunday, April 28, 2019

Motorola MTP850s programing procedure

Motorola MTP 850s
1. Install and run the CPS
2. Remove battery from the terminal
3. Put back the battery to the terminal
4. Connect the programming cable to the bottom of the terminal
5. Keep pressed keys [1] +[9] and power on (At this point the terminal's 
    display remains off)
6. Connect the USB side of the programming cable to your PC
7. Windows PC recognizes and installs terminal and terminal's display after
     few seconds starts to flash
8. Then you go back to the CPS and you do what you want to do

Motorola MTP850s

kredit to Kondoros

Wednesday, April 17, 2019

Grecom PSR-600 Advanced GLOB Menu

Press PGM
Press FUNC
Press F3 (GLOB)
Scroll down to the 4th option from the bottom (RadioIDAlert) and set that to Yes.
Press F1 (Save)
Press SCAN

Bila KA9Q Tiba-Tiba “Hang” Walaupun Service Masih Active — Cara Saya Buat Auto-Recovery Untuk Radiosonde Auto-RX

  Cara saya buat auto-recovery untuk Radiosonde Auto-RX + KA9Q + Airspy Mini Beberapa hari selepas setup Radiosonde Auto-RX 1.9.0 + KA9Q + A...