Seperti
 biasa, acara tahunan saya selain daripada Lighthouse, JOTA jugak adalah
 salah satu daripadanya. JOTA kali ini dibuat di SK Sri Tebrau, Johor 
Bharu. Station Master adalah saya, station manager adalah Jaya 9w2bug 
dan station coordinator adalah Adi 9w2ggz.Seramai 266 murid dari sekitar
 JB menyertainya dan diringi oleh seramai 71 orang guru dari pelbagai 
sekolah sekitar JB. Pada JOTA kali ini, saya ingin keluar dari kepompong
 kebiasaan iatu perhubungan secara HF. Kali ini saya akan mencuba pula 
mode DMR dan melihat keberhasilannya. 
|  | ||
| Penggunaan mode DMR 100% | 
Apa
 yang saya dapati mode DMR ini begitu efisien sekali bagi kanak-kanak 
terutama bagi mereka yang pertama kali on-air. Ini adalah kerana : 
- Tiada langsung noise yang biasanya datang dari HF. Noise ini sebenarnya sedikit sebanyak ganggu dan turunkan mode kanak-kanak untuk terus mendekati radio kerana "bising".
- Tiada kejutan peralatan, sebelum mereka sampai station saya, mereka perlu melalui beberapa station lagi seperti station simplex vhf, station phonetic dan sebagainya. Dimana mereka telah didedahkan dengan walkie talkie semasa di station tersebut dan apabila sampai ke station saya, mereka tidak kekok dan janggal memegang handy DMR ini kerana sudah biasa dan pernah menggunakannya kerana bentuk dan fungsi mekanikal sama. Jadi keyakinan ada disitu. Saya hanya perlu berikan handy kepada mereka dan mereka tahu apa yang perlu dilakukan.
- Panggilan CQ yang tidak terlalu lama dan mendapat respond dari negara-negara luar. Mereka amat teruja dan gembira sekali apabila walkie talkie yang mereka pegang itu dijawab oleh rakan seperjuangan mereka dari UK, Israel, Eropah, USA, Hong Kong, Filipine, dan banyak lagi.
- Perbualan dan pertukaran maklumat berlangsung dalam keadaan tenang dan aman sekali kerana kualiti audio digital dan kejelasannya sedikit sebanyak menarik minat mereka untuk terus lekat di situ. Proses pertukaran maklumat antara benua berjalan dengan penuh keceriaan.
Pada
 awalnya, saya sebenarnya ingin menyediakan 2 station DMR supaya tidak 
berlaku kesesakan atau Q yang terlalu lama, tetapi itulah... kita hanya 
mampu merancang, berlaku sedikit masalah teknikal dan hanya satu set DMR
 saja yang dapat disediakan. Saya menggunakan sepenuhnya Jumbospot dan 
walkie talkie DMR jenama Anytone model AT-D868UV. 
|  | 
| Perancangan asal | 
|  | 
| Jumbospot #1 dan #2 | 
Masa
 sudah semakin suntuk, saya perlu tidur untuk JOTA dan memandangkan jam 
sudah menunjukkan jam 1 pagi, maka keputusan tersebut digunakan. 
Jumbospot #2 tidak digunakan manakala raspberry pi3 yang sepatutnya 
digunakan untuk station DMR #2 saya guna semula sebagai alat untuk 
monitor pi-star agar paparan dashboard pi-star saya menjadi lebih luas 
dan tidaklah nanti berlaku penumpuan dan kesesakan kerana masing-masing 
menumpu kepada monitor yang sama.
|  | 
| aktiviti JOTA DMR berjalan lancar | 
 syukur...
 semuanya berjalan dengan lancar sekali. Perkara yang menjadi 
kerunsingan saya tidak terjadi pada hari JOTA tersebut. Tiada QRM, tidak
 CQ terlalu lama, hanya satu dua CQ, semua dijawab sempurna. Aktiviti 
berlaku dalam suasana keriangan sebab tiada lagi bunyi bising HF. 
Masing-masing dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada apa yang station 
di luar negara sana ingin sampaikan. Secara amalinya, station eksperimen
 DMR JOTA SK Sri Tebrau berjalan dengan selancarnya. Jika dimurahkan 
rezeki dan dipanjangkan umur serta ditakdirkan lagi, pada tahun hadapan,
 kami akan menggunakan sepenuhnya Raspi sebagai media utama. Itupun jika
 saya dijemput lagilah... 73 dari 9M2ZAK @ AG7ME.
  |  | 
| Gambar ehsan dari 9M2TPT | 
 
 
 
 
 


 
 
 
 
