"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (Al'Alaq: 1-5)
Monday, May 25, 2015
Monday, May 4, 2015
Dalbeam Tribander Yagi (20m-15m-10m) : Full servis.
Pada hari Sabtu yang lalu, bersamaan dengan 2 May 2015, kawan dengan Zalfan 9W2ZJB berkesempatan untuk menurunkan antenna Yagi kawan iaitu Dalbeam Tribander Beam yang telah dibina pada tahun 2009 yang lalu. Ini bermakna antenna tersebut telah berada di atas selama 6 tahun dan telah menghadapi dan mengharungi pelbagai keadaan cuaca seperti hujan, panas, ribut dan juga kilat. Sebenarnya tribander ini adalah antenna eksperiment bagi band 20m-15m-10m. Sebelum ini, Daniel dan kawan selalu menjalankan eksperiment antenna jenis monoband sahaja, iaitu 20m monoband, 15m monoband dan 10m monoband yagi.
Memandangkan kami tinggal di kawasan bandar, maka masalah ruang amatlah dirasai. Jika hendak pasang ketiga-tiga monoband tersebut. Tentulah akan mengalami sedikit kesukaran, kesukaran bergelut dengan ruang dan juga jelingan jiran sebelah menyebelah. 3 band pada satu yagi adalah pilihan terbaik bagi mengatasi masalah tersebut.
Tribander ini sebenarnya adalah Multi-monoband Yagi. Jadi performancenya juga sama seperti kita menggunakan 3 monoband yagi pada satu pole atau tower. Tetapi bagi konsep yagi ini, 3 band pada satu boom, dimana matching pada band 20m. Untuk itu, balun 1:1 digunakan.
Cabaran yang paling besar dan getir sekali ialah pada feed line, walaupun ianya 3 band, tetapi ia menggunakan single feed line untuk 3 antenna. Walaupun nampak macam 6 element, tetapi sebenarnya ianya adalah 2 element bagi setiap band. Konsep Forward Stagger diguna pakai dalam antenna ini. Reflektor bagi band 15m diletakkan pada hadapan reflektor band 20m supaya reflektor band 20m tidak mengganggu reflector band 15m. Manakala reflektor band 10m pula di letakkan dihadapan band 15m bertujuan untuk tidak mengganggu band 15m.
Yagi ini tidak menggunakan trap, jadi apabila ia tidak menggunakan trap, maka kecekapannya juga akan semakin baik sebab tiada istilah loss dalam pemancarannya. Selain itu, kita juga akan mendapat bonus beberapa band lagi. Bonus yang kawan maksudkan itu ialah band 17m dan 12m. Walaupun tiada element untuk band tersebut untuk memacunya, tetapi keajaiban telah berlaku. Band 17m dan 12m boleh ditune pada tribander ini. Untuk itu, antenna tuner diperlukan.
Semua element pada antenna ini sebenarnya adalah insulated. Untuk itu, paip PVC putih digunakan sebagai insulator antara element dan boom. Manakala pada Driver element-nya pula, Balun 1:1 digunakan. Jika tiada balun, RF Choke juga boleh digunakan. Kenapa RF Choke atau Balun 1:1 perlu digunakan? RF Choke atau Balun perlu digunakan untuk choke off antenna current. Jika anda bercadang untuk beroperasi pada kuasa pemancaran yang besar, kawan cadangkan supaya rakan-rakan sekalian menggunakan balun yang boleh handle 1000watt ke atas. Mana tahu, pada masa-masa akan datang, anda beralih pula ke BIG GUN pula.
bagi yang ingin mencuba antenna ini, diatas kawan bekalkan diagram untuk kawan-kawan mencubanya. Masa yang diperlukan untuk memasang antenna ini tidaklah lama, hanya 3 jam sahaja siap dengan pemasangan pole. tetapi kalau hendak dipasang pada tower, mungkin masa yang lama diperlukan. Kelebihan antenna ini ialah daya ketahanannya. Selama 6 tahun beliau berada diatas sana, ianya langsung tidak memberi apa-apa masalah. Kes kawan pada hari itu pun, bukanlah berpunca dari antenna, tetapi ianya berpunca dari coax. Coax kawan telah bocor atau luka. Punca luka - coax bergesel dengan guide wayar semasa proses rotate antenna. Akibatnya, band 15m tidak dapat tune. pelik...coax luka sahaja, band 15m out. Tapi itulah dia...radio amatur. Kita akan senantiasa berhadapan dengan pelbagai perkara yang baru dan sentiasa belajar untuk lebih memahaminya.
| luka parah |
Setelah siap semuanya. Ternyata ianya tidak menghampakan. Berikut adalah keputusan SWR antenna tersebut.
Band 10M
- 28220 = 1:1
- 28270 = 1:1
- 28320 = 1:1
- 28370 = 1:1
- 28400 = 1:2
- 28450 = 1:3
- 28500 = 1:3
- 28500 = 1:5
Band 15m
- 21100 = 1:1
- 21150 = 1:1
- 21200 = 1:1
- 21250 = 1.1
- 21300 = 1:1
- 14000 = 1:1
- 14050 = 1:1
- 14090 = 1:1
- 14150 = 1:2
- 14200 = 1:2
- 14250 = 1:3
- 14300 = 1:3
- 14350 = 1.3
Band 20m = 93 QSOs
Band 15m = 107 QSOs
Band 10m = 37 QSOs
DXCC = 61
Selepas habis menulis blog ini, kawan nak mencuba lagi untuk melihat prestasinya macam mana, sebab hari ini seharian hujan, jadi nak tengok bagaimana balun 1:1 tu bertindak dalam keadaan sejuk pula.
Baiklah, sampai disini saja penulisan kawan. Semoga kita berjumpa lagi pada post-post yang akan datang.
73 Zaki
Thursday, April 30, 2015
9M2SM : 2013 World Wide Dx Contest
| 9m2sm : Asean Winner CQWW CW 2013 |
Syukur alhamdulillah...itulah ayat yang pertama sekali kawan ucapkan apabila 9M2GET Hairie, mengirimkan gambar ini pada wall facebook beliau. 9M2SM telah berjaya menjadi juara dalam kawasan Asean bagi kategori Multi-Operator Single Transmitter dalam CQWW CW 2013 yang lalu. Post mengenai aktiviti kami semasa contest tersebut telah kawan post dalam blog ini beberapa tahun yang lalu. Sila click pada link di bawah untuk membacanya :
Namun sungguh tidak disangka, ALLAH SWT telah mengurniakan kami plaque ini sebagai ganjaran kepada kami setelah 48 jam tanpa-henti berhempas pulas bersengkang mata dan berkorban masa dan tenaga bagi merealisasikan impian anak kampung ini beraksi dan memberi sedikit persaingan serta cabaran kepada super stesen-stesen dari negara maju di luar sana. Apa yang kawan nampak disebalik sekeping papan ini ialah nilai dan tanda persahabatan yang terjalin serta semangat setiakawan dan kerjasama yang terhasil diantara krew 9M2SM ini. Nilai-nilai positif tersebut berjaya dipupuk secara tidak langsung dengan aktiviti radio sport ini. Inilah kelebihan dan kekuatan yang ada pada aktiviti Radio Sport ini. Tidak hairanlah mengapa aktiviti contest ini dinanti-nanti dan ditunggu-tunggu oleh segenap pemegang lesen yang bertaburan di seluruh dunia ini. Kuasa ikatan dan saktinya begitu kuat sekali. Adakah ini effect akibat selalu terdedah kepada gelombang RF? anda tidak perlu menjawabnya kerana persoalan itu adalah persoalan untuk diri kawan sendiri. 73 Zaki
Band of the Brothers
Namun sungguh tidak disangka, ALLAH SWT telah mengurniakan kami plaque ini sebagai ganjaran kepada kami setelah 48 jam tanpa-henti berhempas pulas bersengkang mata dan berkorban masa dan tenaga bagi merealisasikan impian anak kampung ini beraksi dan memberi sedikit persaingan serta cabaran kepada super stesen-stesen dari negara maju di luar sana. Apa yang kawan nampak disebalik sekeping papan ini ialah nilai dan tanda persahabatan yang terjalin serta semangat setiakawan dan kerjasama yang terhasil diantara krew 9M2SM ini. Nilai-nilai positif tersebut berjaya dipupuk secara tidak langsung dengan aktiviti radio sport ini. Inilah kelebihan dan kekuatan yang ada pada aktiviti Radio Sport ini. Tidak hairanlah mengapa aktiviti contest ini dinanti-nanti dan ditunggu-tunggu oleh segenap pemegang lesen yang bertaburan di seluruh dunia ini. Kuasa ikatan dan saktinya begitu kuat sekali. Adakah ini effect akibat selalu terdedah kepada gelombang RF? anda tidak perlu menjawabnya kerana persoalan itu adalah persoalan untuk diri kawan sendiri. 73 Zaki
Band of the Brothers
- HAIRIL ANUAR ABDUL HAMID-9M2GET
- NOR HANIZAR NAHAR-9M2OUT
- SALLEHAN BIN DIN - 9W2SBD
- MOHAMAD SAFIRUL SAAD - 9W2SBL
- SYED AZIMIN - 9M2SYA
- ZAKI BIN DIN - 9M2ZAK
- AZLAN AZIZ - 9M2AGC
- MOHD RIZAL - 9M2RDX
- AFIQ AZELAN - 9W2AHU
- MOHD NOH KARSITI - 9W2MNW
- WEERUT SRHIDHARA - 9W2RUT
QSL Card : Sedia untuk masuk tong merah
Hari ini, kawan sempat mencuri masa menguruskan QSL kad yang diterima pada hari ini. Memandangkan esok cuti, jadi kesempatan ini kawan gunakan dengan sepenuhnya. Terdapat 35 sampul kesemuanya yang kawan terima pada hari ini. Tanggungjawab perlu diselesaikan, amanah yang diberi mesti dilaksanakan. Apakah amanahnya? amanahnya ialah membalas kembali kad-kad tersebut kerana rakan-rakan kita dari seluruh dunia itu bersusah-payah menghantar kad tersebut kepada kita dengan menyertakan sekali sampul surat dan duit beca untuk memudahkan kita membalasnya. Itulah yang kawan maksudkan dengan amanah itu tadi....
![]() |
| ready to post |
Antara QSL kad yang kawan terima ialah :
- VE7BV - Dwight Morrow, Canada
- UA9AGX - Slava Aleshkov, Russia
- JF2JFP, Yasuda, Japan
- JE1COB, Ikuo Nasu, Japan
- SP5ICQ, Wes, Poland
- YB1AQH, Lia, Indonesia
- F5HY, Rives, France
- JA7FFY, Akifumi, Japan
- JA7DDK, Chiaki Omiya, Japan
- JA8DFQ, Uo. Japan
- KM7Q, Bob Crispin, USA
- K5ZOL, Bob Irish, Texas USA
- GI4DOH, Richard Northern Ireland
- W6GAF Ken Kramer La Mesa, USA
- YD1DTE Nurhadi, Jawa Barat, Indonesia
- YO8BDQ Mihuja Romania
- JJ1VKF Taka Japan
- VA7ZT Don, Canada
- BM6GJL Bill Taiwan
- JR4QED Naka Japan
- OK1FIK Czech Republic
- JJ1QLT Japan
- JA6KUY Kumamoto Japan
- JH8TFZ Hokkaido Japan
- OM4RF Puchov, Slovakia
- N0VVV Vermont USA
- YD7BHK Pontianak Indonesia
- JJ1RZQ Tokyo Japan
- K9DY Steven Indiana USA
- JH4PUS Hiroshima Japan
- BV3TO Taiwan
- BM6GJL Taiwan
- JK1MZT Kanagawa Jepun
- EI8JX Dr Axel Ireland
- G0RPA Dorset, England
Sekian dan demikian. 73
Monday, April 20, 2015
Memilih HF transceiver yang terbaik
Terdapat banyak pilihan HF transceiver di pasaran. Bermula dari RM19XX hinggalah ke RM24XXX. Jadi kita sebagai peminat tegar hobi ini perlulah berkira-kira untuk membuat pilihan yang terbaik Agar mendapat kepuasan yang maksimun dengan nilai yang dikeluarkan.
Pada masa kini, teknologi yang ada pada setiap HF transceiver semakin bertambah. Ada diantaranya memiliki keupayaan untuk TX/RX dari 500khz hinggalah ke 1.2GHz dengan keupayaan DSP (Digital Signal Processing). Memiliki keupayaan filter yang boleh diubah-ubah khz-nya dan keupayaan AGC yang efektif serta pantas. Antenna Tuner yang built-in, dan keupayaan komunikasi satelite. Malah sudah menjadi trend kepada para pengeluar pada masa kini iaitu mengubah skrin utama transceiver dari dot matrik ke paparan LCD yang berwarna-warni. Terbaru dipasaran...touch skrin pula diperkenalkan dan banyak lagi pelbagai fungsi tambahan diperkenalkan oleh pengeluar.
Bagaimanapun...HF transceiver yang ditawarkan di pasaran pada ketika ini ada pelbagai pilihan model, jenama, saiz, spesifikasi dan harga. Jadi, kita sebagai pembeli yang bijak jangan terus membelinya kerana dipengaruhi oleh trend atau pendapat kawan-kawan. Sebaliknya, kita perlu fikirkan dahulu beberapa penting supaya transceiver yang akan dibeli itu memenuhi keperluan dan bajet poket kita. Perkara yang pertama yang perlu dititikberatkan ialah:
Jika anda baru atau ingin berjinak-jinak dengan dunia HF ini. disarankan agar anda mendapatkan transceiver dengan spesikasi biasa dan tidak terlalu mahal. Contoh HF transceiver yang dikatakan itu ialah:
- Icom 718
- Yaesu FT-450
- Alinco DX-77T
Carilah transceiver tidak memiliki saiz yang besar dan mudah untuk dibawa serta diletakkan di dalam beg. Terdapat pelbagai pilihan yang ada dipasaran untuk transceiver jenis ini. Antaranya ialah:
- Kenwood TS 480HX/TS 480SAT
- Yaesu FT 817 dan FT 857D
- Elecraft KX1, KX2 atau KX3
Jika anda sudah sampai ke tahap ini. Maka disarankan agar anda upgrade transceiver anda tersebut. Transceiver yang dibeli semasa baru berjinak-jinak dalam dunia HF itu boleh dijadikan back-up transceiver. Kini, carilah sebuah transceiver yang mempunyai keupayaan yang berikut agar proses pemburuan DXCC anda itu berjalan dengan lancar tanpa mengalami sebarang masalah. Antara kriteria yang perlu di ambil perhatian ialah:
- Mempunyai filter ( SSB dan CW) amat berguna semasa contest.
- Mempunyai DSP ( Digital Signal Processing) diperlukan ketika signal noise terlalu tinggi
- Port RS-232 ( untuk sambungan ke komputer-memudahkan proses logging dan kawalan freq/mode)
- Keupayaan untuk SPLIT ( diperlukan semasa memburu DXCC, kebanyakkan rare station guna split)
- Keupayaan RX ant - diperlukan untuk low band, terutama band 80-160m
- Cover band 160m-80m-40m-30m-20m-17m-15m-12m-10m- 6m ( hampir semua DXpedition beroperasi pada jaringan band tersebut)
- Built-in antenna tuner.
- Berkeupayaan untuk auto-CQ
- Yaesu : FT991 / FTDX 1200 / FT 950 / FTDX 3000/ FTDX 2000
- Icom : IC 7200 / IC 7410 / IC 7600 / IC 7700 / IC 7851
- Kenwood : TS590 / TS 2000 / TS 990S
- Elecraft : K2, K3
Terpulanglah kepada selera dan kemampuan diri masing-masing untuk memilih HF transceiver yang mana satu bergantung kepada kemampuan masing-masing. Buat perbandingan harga dan spesifikasi untuk mendapatkan nilai yang terbaik. Terdapat sesetengah pengeluar tidak fokus kepada design atau kosmetik transceiver tersebut, tetapi mempunyai spesifikasi yang lebih canggih berbanding dengan pengeluar-pengeluar yang lain. Selain itu, pastikan harga yang dibayar itu merangkumi dan tidak melebihi bajet yang kita rancangkan sebab sekali kita terbelinya tiada istilah refund atau trade-in untuk masa depan. Gunalah ia selagi ia tidak memberikan kita sakit kepala kerana peminat hobi ini boleh dikira dengan jari sebenarnya. Susah senang kita yang tanggung sendiri. 73 Zaki.
Friday, April 17, 2015
80 meter band report : Linear Loaded Half Wave Dipole
Semalam dan kelmarin kawan CQ di band 80m. Tujuannya adalah untuk lebih memahami perangai band tersebut. Band ini kawan masih kurang pungutan DXCC-nya. Sebelum ini kawan memang selalu QRV di 80m, tetapi pada masa itu kawan hanya menggunakan vertical sahaja. Prestasinya agak hambar kerana setiap kali kawan ingin check in mana-mana stesen yang kedengaran. Kawan dapati ianya begitu sukar sekali. Tambahan pula, signal noise yang mencanak tinggi, pernah tercatat di QTH kawan, signal noise sehingga S-9 / S-10 dan ianya stabil.
Setelah berminggu-minggu membuat kajian di google dan meneliti semua perkara mengenai band 80m ini disetiap laman web. Kawan dapati Linear Loaded Half Wave amat sesuai untuk QTH kawan. Ini adalah kerana antenna wayar ini tidaklah panjang sangat. Hanya 32m sahaja jumlah keseluruhannya. Maknanya sebelah 16m.
Kerja-kerja pembuatan antenna ini mengambil masa kira-kira 2 hari. Iaitu pada hari pertama, kawan siapkan 16 batang PVC paip yang telah dipotong setiap 12 cm. 16 batang PVC ini berfungsi sebagai capasitive hat, dimana kawan jarakkan setiap satunya itu dengan 1 meter. Pada setiap hujung batang PVC itu, dibuat lubang untuk memasukkan wayar itu nanti. Wayar yang kawan gunakan pula adalah wayar hitam yang biasa digunakan untuk wiring lampu di rumah.
![]() |
| PVC yang siap dipotong |
Selepas itu, wayar pula dipotong mengikut ukuran yang telah ditetapkan. sila lihat rajah dibawah ini.
Kemudian kerja-kerja memasukkan PVC dimulakan. Kawan memasukkan 8 PVC bagi setiap sebelah dipole dan meletakkan PVC tersebut selang satu meter diantara satu sama lain. Tujuannya adalah untuk menstabilkan wayar apabila ianya ditegangkan. Kawasan yang luas serta panjang diperlukan untuk proses pemasangan PVC ini kerana takut berlaku sebarang kesulitan seperti wayar kusut atau tersalah pengiraan wayar. tersalah potong wayar, bermakna rugilah kita pada hari itu, walaupun masih boleh disambung namun ianya tidaklah sama dengan rasa puasnya bagi antenna yang sempurna sifatnya.
![]() |
| batang PVC yang siap dimasukkan. |
Setelah semuanya selesai. Bacaan SWR diambil sebelum antenna ini dipasang ke atas bumbung base kawan. Bacaan ini diambil pada ketinggian 20 kaki sahaja dari paras bumi dan dilakukan di padang bola sepak. Hasilnya adalah seperti berikut:
- Freq : 3.440 = SWR 1.5
- Freq : 3.450 = SWR 1.3
- Freq : 3.460 = SWR 1.2
- Freq : 3.470 = SWR 1.2
- Freq : 3.490 = SWR 1.1
- Freq : 3.480 = SWR 1.1
- Freq : 3.500 = SWR 1.1
- Freq : 3.510 = SWR 1.1
- Freq : 3.520 = SWR 1.1
- Freq : 3.530 = SWR 1.1
- Freq : 3.540 = SWR 1.1
- Freq : 3.550 = SWR 1.1
- Freq : 3.560 = SWR 1.1
- Freq : 3.570 = SWR 1.1
- Freq : 3.580 = SWR 1.2
- Freq : 3.590 = SWR 1.3
- Freq : 3.600 = SWR 1.5
- Freq : 3.610 = SWR 1.6
- Freq : 3.620 = SWR 1.8
- Freq : 3.630 = SWR 2.0
Ini bermakna dipole ini cemerlang pada CW. Pada phone iaitu 3.6 - 3.8 SWR dia mencanak naik. Kawan tidak risau akan perkara tersebut kerana antenna tuner boleh digunakan untuk Phone. Lagipun kawan memang gemar akan CW, jadi dengan bacaan yang dicatatkan itu, ianya umpama bulan jatuh ke riba bagi kawan. Tiada masalah bagi kawan....
Pada petang 15 April 2015, jam 5.00 petang. Kawan bersama Zaha 9W2BSX melakukan kerja-kerja menaikkan antenna ini. Proses memasang antenna tidak mengambil masa yang lama, hanya 27 minit sahaja diperlukan. Pengiraan masa itu berdasarkan jam dinding di ruang tamu base kawan.
Antenna ini dipasang secara inverted V dan mengadap eropah serta Australia, atau mengadap Australia serta Eropah. mana-mana pun boleh. Balun 1:1 pula diikat pada pole yagi. Sila lihat gambar dibawah.
![]() |
| Inverted V Linear Loaded Dipole |
Kemudian, bacaan SWR diambil semula. Syukur...bacaannya masih sama seperti bacaan di padang bola sepak itu kelmarin. Pada freq 3.5 hingga 3.56 antenna tuner tidak diperlukan. Pada masa itu, kedengaran beberapa stesen dari jiran tetangga sedang QSO. Audio mereka pula begitu baik sekali. Malam nanti kita akan cuba memancar pula.
Pada malamnya, kawan memantau di band 80m. baru sahaja kawan memusing VFO, terus kedengaran satu stesen sedang CQ. Audionya begitu jelas dan kuat. Rupanya Pak Halim Dani YB2TJV dari Jakarta, rakan FB sedang giat CQ di sini pulak. Macam tahu-tahu saja yang kawan sedang test antenna. Peluang ini kawan tidak lepaskannya. Hanya sekali hulur sahaja, Pak Halim Dani terus dapat copy pancaran daripada Kulaijaya. RST yang beliau berikan adalah 599, Kawan sungguh teruja dengan signal report tersebut. Ini bermakna ianya berfungsi. Jadi untuk memastikan keberkesanannya lagi, kawan CQ pulak. Kali ini kawan cuba memanggil di 3.510mhz. Tidak lama selepas itu, panggilan kawan disahut pulak oleh Doc Jack, HS1FVL dari Bangkok, Thailand. Signal report yang diberikan juga 599. Manakala kualiti signal yang masuk ke Kulaijaya juga 599. Sudah bermakna bagi kawan pada malam tersebut. Selepas itu, band kedengaran semakin bising dan bising sehingga S-11 bacaannya. Jadi kawan mengambil keputusan untuk berhenti CQ, lagipun meggi belum dijamah lagi ni.
![]() |
| eQSL dari Pak Halim Dani |
Malam 16 April 2015. Kawan menyambung kembali eksperiment Linear Loaded kawan. Kawan masih CQ di freq yang sama. Tujuannya adalah untuk melihat sejauh mana ant wire ini boleh pergi. Target kawan mestilah sampai ke Eropah sana, atau pun menjejakkan kaki ke Amerika Utara. Jadi sehubungan dengan itu, amali perlu diteruskan.
Setelah meneliti keadaan band, signal noise pada malam tersebut agak rendah, sekitar S-1 dan S-3 sahaja. Cantik juga nih...baik aku ambil peluang ini untuk CQ sebelum Signal Noise menggila. Freq 3.510 masih lagi menjadi pilihan. Entah kenapa kawan suka benar akan nombor ini 3510. Mungkin serasi atau mungkin kebetulan. Tak kisahlah..janji SWR cantik.
Kawan memulakan CQ, agak lama juga panggilan kawan tidak dijawab. Perasaan bosan hampir muncul, tetapi kawan gagahi juga dan mengatasi masalah tersebut. Jika kawan kalah dengan hasutan diri sendiri, maka sia-sia sajalah usaha kawan selama ini. Jadi kawan kuatkan semangat kawan. Panggilan CQ diteruskan demi kebaikan bersama. Jika amali ini tidak diteruskan, bagaimana kita hendak tahu hasilnya.
Tiba-tiba XV4Y terus masuk dengan rakusnya. Seolah-olah seekor ikan Barracuda 40 kilogram menyambar umpan RAPALA kawan dan meronta-meronta untuk dilepaskan. Sungguh laju WPM beliau, kawan tarik nafas dalam - dalam dan cuba sekali lagi untuk menghadapi pancaran dari Vietnam itu sekali lagi. Terima kasih kawan ucapkan kepada Devos XV4Y dari Vietnam atas signal reportnya. 599 beliau berikan kepada kawan. Yang penting disini, pancaran kawan semakin menjauh. Itu yang kawan ingin saksikan sebenarnya.
![]() |
| Devos XV4Y |
Kemudian selepas itu, signal noise kembali mencanak naik dan stabil pada S-9. Apakah ini perangainya? ada masa ia membuka dengan cantik dan secara tiba-tiba dengan tanpa sebarang amaran, QRM tinggi boleh melanda dengan rakusnya. Kawan masih dalam mode sedang study perangai 80m. Tidak mengapa, segala aktiviti dan bacaan noise ini kawan catitkan dan jadikan panduan untuk masa-masa akan datang.
Malam ini, amali akan diteruskan lagi.... 73 Zaki
Friday, April 3, 2015
JIDX 2015 : Mencari band pilihan...atau all band...
Pada 11 April 2015 ini akan berlangsungnya satu lagi contest yang besar iaitu JIDX. Japan International Dx Contest. JIDX ini amat ditunggu-tunggu oleh semua peminat aktiviti radio sport kerana negara Jepun adalah sebuah negara yang begitu aktif serta memiliki pemegang lesen radio amatur yang ramai. Menurut statistik IARU (2000), negara Jepun memiliki 1.3 juta pemegang lesen yang sah. Ini bermakna hampir separuh daripada jumlah pemegang lesen didunia ini adalah datangnya dari negara matahari terbit itu. Kenyataan ini berdasarkan kepada jumlah keseluruhan pemegang lesen di dunia ini adalah 3 juta, sumber IARU 2000. Jadi sudah pastilah JIDX ini akan mendapat sambutan yang besar kerana sebaik sahaja antenna dihalakan ke sana, kawan pasti...panggilan kita mesti akan dijawab.
JIDX Contest ini terbahagi kepada dua sesi, iaitu CW dan Phone. CW akan bermula pada 11 - 12 April 2015 dan Phone pula akan bermula pada 14-15 November 2015. Semuanya akan bermula pada pukul 3 petang waktu tempatan. Objektif utama JIDX ini tidak lain tidak bukan adalah untuk memberi peluang kepada semua warga radio amatur dari seluruh dunia untuk contact dengan stesen Jepun dan megumpul sebanyak mana yang mungkin JA prefectures dan JD1 Island.
- Single Operator High Power
AB = SINGLE-OP ALL-BAND HIGH-POWER
28 = SINGLE-OP 28MHz SINGLE-BAND HIGH-POWER
21 = SINGLE-OP 21MHz SINGLE-BAND HIGH-POWER
14 = SINGLE-OP 14MHz SINGLE-BAND HIGH-POWER
7 = SINGLE-OP 7MHz SINGLE-BAND HIGH-POWER
3.5 = SINGLE-OP 3.5MHz SINGLE-BAND HIGH-POWER
1.8 = SINGLE-OP 1.8MHz SINGLE-BAND HIGH-POWER
2. Single Operator Low Power
ABL = SINGLE-OP ALL-BAND LOW-POWER
28L = SINGLE-OP 28MHz SINGLE-BAND LOW-POWER
21L = SINGLE-OP 21MHz SINGLE-BAND LOW-POWER
14L = SINGLE-OP 14MHz SINGLE-BAND LOW-POWER
7L = SINGLE-OP 7MHz SINGLE-BAND LOW-POWER
3.5L = SINGLE-OP 3.5MHz SINGLE-BAND LOW-POWER
1.8L = SINGLE-OP 1.8MHz SINGLE-BAND LOW-POWER
3. Multi Operator
MOP = MULTI-OP (SINGLE-TX ALL-BAND HIGH-POWER)
4. Maritime Mobile
MM = MARITIME-MOBILE
Contest Exchange bagi JIDX ini terbahagi kepada dua, iaitu bagi stesen Jepun, mereka akan memberikan Contest Exchange seperti berikut:
JA : RS(T) + Prefecture number (01 hingga 50)
Manakala bagi DX station pula, mereka akan memberikan Contest Exchange seperti tertera berikut:
Others : RS(T) + CQ Zone Number
sebagai contoh, katakan kawan menyertai contest ini, jadi kawan mesti memberikan contest exchange seperti berikut:
JA1DDD : 9M2ZAK ur 5NN 17
9M2ZAK : JA1DDD ur 5NN 28
Exchange diatas adalah untuk CW, manakala bagi PHONE pula, ianya adalah seperti berikut:
JA1DDD : 9M2ZAK, YOU ARE 59 17
9M2ZAK : JA1DDD, YOU ARE 59 28
Setiap contact yang berjaya dilakukan akan diberikan mata, mata ini pula bergantung kepada band, dimana setiap band telah diperuntukkan nilai mata yang akan diberi oleh pihak penganjur. Contohnya adalah seperti berikut:
- Band 160m : 1.8mhz = 4 mata
- Band 80m : 3.5mhz/3.8mhz = 2 mata
- Band 40m : 7mhz = 1 mata
- Band 20m : 14mhz = 1 mata
- Band 15m : 21mhz = 1 mata
- Band 10m : 28mhz = 2 mata
untuk memudahkan pengiraan mata, kawan cadangkan supaya kita menggunakan perisian N1MM untuk log semua contact yang telah berjaya dilakukan. Dengan menggunakan perisian ini, segala kutipan kita akan dikira secara automatik dan pastinya tiada kesilapan akan berlaku. Bagi yang belum memiliki perisian ini, anda bolehlah google dan dapatkannya segera. Ianya adalah percuma.
| JIDX dalam N1MM |
Setelah selesai contest, anda bolehlah menghantar log anda ke pihak penganjur melalui email berikut,
- cw@jidx.org
- ph@jidx.org
| generate cabrillo |
Plaque akan dianugerahkan kepada setiap pemenang, sudah pastinya akan dihadiahkan kepada stesen yang berjaya mengutip kutipan mata yang tertinggi sekali mengikut kategori masing-masing. Manakala award pula juga akan diberikan. Award akan diberikan kepada stesen yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga mengikut kelas dalam setiap entity. Award ini pula perlu dicetak sendiri oleh pemenangnya jika mahu dibingkaikan.
Apakah sasaran kita pada JIDX 2015 ini? semuanya terpulang kepada kemampuan masing-masing. Ada yang ingin memecah rekod pencapaian mereka pada tahun-tahun lepas, ada juga yang ingin mendapatkan plaque, ada juga yang ingin mencuri peluang ini untuk mengutip semua JA stesen. Ada juga yang ingin mengumpul koleksi Award mengikut band dan ada juga yang ingin menguji antenna mereka, samada berfungsi dengan baik atau tidak. Semuanya terpulang kepada diri sendiri, kerana andalah yang mencorak halatuju anda, bukannya paksaan daripada orang lain. Tidak menyertainya pun tidak mengapa, tetapi jangan membuat onar dengan mengganggu perjalanan contest seperti TUNE antenna dan sebagainya. Tingkahlaku anda di freq itu secara tidak langsung mencerminkan siapa diri anda sebenarnya. Jadi jagalah maruah diri kita masing-masing dan saya percaya, maruah negara juga akan terjaga dengan sendirinya.
Kulaijaya...pada sesi JIDX kali ini sedang berkira-kira untuk masuk dalam kategori apa. Mungkin Single Band atau mungkinkah All Band sekali lagi. Jika mengikut pencapaian kawan :
- Single Band 10m Low (done) tahun 2011 CW
- Single Band 20m Low (done) tahun 2012 PH
- All Band Low (done) tahun 2013 CW as 9M2SD
- Single Band 20m Low (done) tahun 2014 PH
- All Band Low (done) tahun 2014 CW
Memandangkan pada sesi kali ini band 10m-15m-20m membuka dengan cantik, band 15m mungkin menjadi pilihan kawan pada sesi kali ini. Tujuannya adalah satu, untuk melengkapkan koleksi single band. Jadi, ini bermakna 10m-15m-20m sudah disertai. Pada tahun hadapan, jika diizinkan ALLAH SWT, kawan mungkin akan mencuba band 40m - 80m - 160m pula. Kawan memang bercadang untuk mengumpul semua kepingan award ini untuk tatapan masa hari tua nanti dan juga untuk kepuasan diri dalam aktiviti Radio Sport ini. Kita hanya merancang, tuhan juga yang menentukannya.
Semoga kita berjumpa lagi pada post-post yang akan datang, Salam 73 daripada saya di Kulaijaya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Setup KA9Q-Radio radiosonde_auto_rx airspy mini
Setup KA9Q-Radio + radiosonde_auto_rx (Airspy mini + Raspberry Pi + Docker) 1. Objektif Setup Manual ini bertu...
-
Johor : 118.150 Subang : 118.200 Penang : 121.100 Terengganu ...
-
Langkah pertama yang perlu dan wajib anda lakukan adalah dengan mendapatkan DMR ID. DMR ID DMR ID pula lebih tepat dirujuk sebagai penge...
-
Step 1 : Pergi ke github ini, https://github.com/bmorcelli/M5Stick-Launcher/ kemudian klik pada release yang terkini, ada sebelah kanan s...







