Pada 11 April 2015 ini akan berlangsungnya satu lagi contest yang besar iaitu JIDX. Japan International Dx Contest. JIDX ini amat ditunggu-tunggu oleh semua peminat aktiviti radio sport kerana negara Jepun adalah sebuah negara yang begitu aktif serta memiliki pemegang lesen radio amatur yang ramai. Menurut statistik IARU (2000), negara Jepun memiliki 1.3 juta pemegang lesen yang sah. Ini bermakna hampir separuh daripada jumlah pemegang lesen didunia ini adalah datangnya dari negara matahari terbit itu. Kenyataan ini berdasarkan kepada jumlah keseluruhan pemegang lesen di dunia ini adalah 3 juta, sumber IARU 2000. Jadi sudah pastilah JIDX ini akan mendapat sambutan yang besar kerana sebaik sahaja antenna dihalakan ke sana, kawan pasti...panggilan kita mesti akan dijawab.
JIDX Contest ini terbahagi kepada dua sesi, iaitu CW dan Phone. CW akan bermula pada 11 - 12 April 2015 dan Phone pula akan bermula pada 14-15 November 2015. Semuanya akan bermula pada pukul 3 petang waktu tempatan. Objektif utama JIDX ini tidak lain tidak bukan adalah untuk memberi peluang kepada semua warga radio amatur dari seluruh dunia untuk contact dengan stesen Jepun dan megumpul sebanyak mana yang mungkin JA prefectures dan JD1 Island.
- Single Operator High Power
AB = SINGLE-OP ALL-BAND HIGH-POWER 28 = SINGLE-OP 28MHz SINGLE-BAND HIGH-POWER 21 = SINGLE-OP 21MHz SINGLE-BAND HIGH-POWER 14 = SINGLE-OP 14MHz SINGLE-BAND HIGH-POWER 7 = SINGLE-OP 7MHz SINGLE-BAND HIGH-POWER 3.5 = SINGLE-OP 3.5MHz SINGLE-BAND HIGH-POWER 1.8 = SINGLE-OP 1.8MHz SINGLE-BAND HIGH-POWER
2. Single Operator Low Power
ABL = SINGLE-OP ALL-BAND LOW-POWER 28L = SINGLE-OP 28MHz SINGLE-BAND LOW-POWER 21L = SINGLE-OP 21MHz SINGLE-BAND LOW-POWER 14L = SINGLE-OP 14MHz SINGLE-BAND LOW-POWER 7L = SINGLE-OP 7MHz SINGLE-BAND LOW-POWER 3.5L = SINGLE-OP 3.5MHz SINGLE-BAND LOW-POWER 1.8L = SINGLE-OP 1.8MHz SINGLE-BAND LOW-POWER
3. Multi Operator
MOP = MULTI-OP (SINGLE-TX ALL-BAND HIGH-POWER)
4. Maritime Mobile
MM = MARITIME-MOBILE
Contest Exchange bagi JIDX ini terbahagi kepada dua, iaitu bagi stesen Jepun, mereka akan memberikan Contest Exchange seperti berikut:
JA : RS(T) + Prefecture number (01 hingga 50)
Manakala bagi DX station pula, mereka akan memberikan Contest Exchange seperti tertera berikut:
Others : RS(T) + CQ Zone Number
sebagai contoh, katakan kawan menyertai contest ini, jadi kawan mesti memberikan contest exchange seperti berikut:
JA1DDD : 9M2ZAK ur 5NN 17
9M2ZAK : JA1DDD ur 5NN 28
Exchange diatas adalah untuk CW, manakala bagi PHONE pula, ianya adalah seperti berikut:
JA1DDD : 9M2ZAK, YOU ARE 59 17
9M2ZAK : JA1DDD, YOU ARE 59 28
Setiap contact yang berjaya dilakukan akan diberikan mata, mata ini pula bergantung kepada band, dimana setiap band telah diperuntukkan nilai mata yang akan diberi oleh pihak penganjur. Contohnya adalah seperti berikut:
- Band 160m : 1.8mhz = 4 mata
- Band 80m : 3.5mhz/3.8mhz = 2 mata
- Band 40m : 7mhz = 1 mata
- Band 20m : 14mhz = 1 mata
- Band 15m : 21mhz = 1 mata
- Band 10m : 28mhz = 2 mata
untuk memudahkan pengiraan mata, kawan cadangkan supaya kita menggunakan perisian N1MM untuk log semua contact yang telah berjaya dilakukan. Dengan menggunakan perisian ini, segala kutipan kita akan dikira secara automatik dan pastinya tiada kesilapan akan berlaku. Bagi yang belum memiliki perisian ini, anda bolehlah google dan dapatkannya segera. Ianya adalah percuma.
JIDX dalam N1MM |
Setelah selesai contest, anda bolehlah menghantar log anda ke pihak penganjur melalui email berikut,
- cw@jidx.org
- ph@jidx.org
generate cabrillo |
Plaque akan dianugerahkan kepada setiap pemenang, sudah pastinya akan dihadiahkan kepada stesen yang berjaya mengutip kutipan mata yang tertinggi sekali mengikut kategori masing-masing. Manakala award pula juga akan diberikan. Award akan diberikan kepada stesen yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga mengikut kelas dalam setiap entity. Award ini pula perlu dicetak sendiri oleh pemenangnya jika mahu dibingkaikan.
Apakah sasaran kita pada JIDX 2015 ini? semuanya terpulang kepada kemampuan masing-masing. Ada yang ingin memecah rekod pencapaian mereka pada tahun-tahun lepas, ada juga yang ingin mendapatkan plaque, ada juga yang ingin mencuri peluang ini untuk mengutip semua JA stesen. Ada juga yang ingin mengumpul koleksi Award mengikut band dan ada juga yang ingin menguji antenna mereka, samada berfungsi dengan baik atau tidak. Semuanya terpulang kepada diri sendiri, kerana andalah yang mencorak halatuju anda, bukannya paksaan daripada orang lain. Tidak menyertainya pun tidak mengapa, tetapi jangan membuat onar dengan mengganggu perjalanan contest seperti TUNE antenna dan sebagainya. Tingkahlaku anda di freq itu secara tidak langsung mencerminkan siapa diri anda sebenarnya. Jadi jagalah maruah diri kita masing-masing dan saya percaya, maruah negara juga akan terjaga dengan sendirinya.
Kulaijaya...pada sesi JIDX kali ini sedang berkira-kira untuk masuk dalam kategori apa. Mungkin Single Band atau mungkinkah All Band sekali lagi. Jika mengikut pencapaian kawan :
- Single Band 10m Low (done) tahun 2011 CW
- Single Band 20m Low (done) tahun 2012 PH
- All Band Low (done) tahun 2013 CW as 9M2SD
- Single Band 20m Low (done) tahun 2014 PH
- All Band Low (done) tahun 2014 CW
Memandangkan pada sesi kali ini band 10m-15m-20m membuka dengan cantik, band 15m mungkin menjadi pilihan kawan pada sesi kali ini. Tujuannya adalah satu, untuk melengkapkan koleksi single band. Jadi, ini bermakna 10m-15m-20m sudah disertai. Pada tahun hadapan, jika diizinkan ALLAH SWT, kawan mungkin akan mencuba band 40m - 80m - 160m pula. Kawan memang bercadang untuk mengumpul semua kepingan award ini untuk tatapan masa hari tua nanti dan juga untuk kepuasan diri dalam aktiviti Radio Sport ini. Kita hanya merancang, tuhan juga yang menentukannya.
Semoga kita berjumpa lagi pada post-post yang akan datang, Salam 73 daripada saya di Kulaijaya.