Thursday, September 9, 2021

Menerima packet ACARS dari kapal terbang : ACARSD

 

Hari ini saya lepak-lepak di rumah sambil memantau packet dari kapal terbang yang melintas di atas bumbung base saya. Peralatan yang digunakan ialah :

1. SDR RTL dongle (original naa)

2. LNA (1mhz - 3Ghz)

3. Antenna Diamond F23H

Software pula saya gunakan SDR# dan ACARSD 1.65.

Hasil setakat ini saya telah berjaya menangkap banyak jugaklah kapal terbang. Listnya ada dibawah.

dan setakat ini belum lagi mendapat mesej dalam bentuk ayat, semua dalam bentuk data seperti nombor-nombor. Sebelum ini saya pernah juga dapat mesej berbentuk perkataan seperti BYE BYE KL dan juga HAPPY NEW 2014 (pada tahun itu saya main ACARS). Ni saya comeback main semula.


Pemantauan diteruskan, kali ini saya plan untuk pantau 24/7. Untuk melihat apakah ada jackpot atau sebagainya. Hobi ini memang unik. Salam 73 daripada saya Zaki 9m2zak.

Wednesday, September 8, 2021

Homebrew 8 pin mic connector IC-7300 to 4 pin Ibox IC-7000

 

Mic connector adapter ini adalah untuk digunakan pada IC-7300 dengan Ibox yang dibuat untuk IC-7000. Pada asalnya, Ibox tersebut dibuat untuk IC-7000 yang menggunakan RJ45 dan 4 pin female aviation connector.

Namun oleh kerana Ibox yang khas untuk IC-7300 ini tiada, maka adapter untuk membolehkan IC-7300 menggunakan Ibox IC-7000 perlu dibuat. Jadi langkah pertama adalah dengan mendapatkan rajah pinout bagi kedua-dua rig tersebut.

pinout IC-7300

pinout IC-7000

berdasarkan cabel yang sama, saya menggunakan kaedah colour untuk mengenalpasti kedudukan wire pada lokasi di pin RJ45. Jadi ianya akan memudahkan saya untuk membuat wiring bagi ic-7300.

warna wire

Warna ini saya ambil dari RJ45 asal cable IC-7000 dan dipadankan dengan no pin untuk disamakan dengan pin IC-7300.


Maka proses soldering bolehlah dimulakan. Wire yang saya guna adalah wire 4 core yang diambil dari komputer lama. Cable ini dipercayai digunakan untuk jumper led pada depan casing komputer ke motherboard.


Saya memang sudah jadi habit, jika terjumpa saja komputer yg dibuang, saya akan selongkar dan ambil wire dan pelbagai barang seperti skru, kipas, power supply dan sebagainya. Tujuannya untuk perkara-perkara macam inilah.


kemudian proses soldering dilakukan. Untuk memudahkan proses soldering, memandangkan klip buaya saya tidak dapat nganga dengan luas, maka saya cucuk ke dalam pin tersebut dengan dawai enamel yang lebih dan dijadikan sebagai holder, kemudian dikepit oleh klip buaya. maka mudahlah proses soldering itu nanti, ianya tidak akan lari-lari lagi.


Setelah siap sebelah, maka proses yang sama dilakukan pada sebelah lagi dan dihiasi dengan shrinking tube agar ianya kelihatan segar dan bertenaga. Bahasa lain ialah...beri wajah baru.


Maka siaplah sudah cable adapter ini dan boleh digunakan pada ibox IC-7000 untuk rig IC-7300 bersama-sama dengan mic pre amp U-Phoria UM2 serta condenser mic BM-800. Sekian sahaja untuk paparan kali ini, berjumpa lagi kita pada posting yang akan datang.

                                                            73 daripada saya, Zaki 9M2ZAK.

Setup Behringer U-Phoria UM2 + BM-800 Condenser Mic + Ibox Kenwood + Yaesu FT450

 


Hai, berjumpa lagi kita pada posting seterusnya. Pada kali ini saya ingin bercerita mengenai setup audio saya menggunakan U-Phoria UM2 yang digunakan pada transceiver HF Yaesu FT-450. Peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut :

1. Behringer U-Phoria UM2
2. Mic Condenser BM-800
3. Ibox (saya guna ibox untuk rig kenwood)
4. Yaesu FT-450
5. XLR kabel (male to female)
6. USB kabel type B
7. RCA cable
8. PTT foot switch


oleh kerana Ibox saya khas untuk kenwood, tetapi saya ingin gunakan pada Yaesu, maka saya memerlukan adapter untuk membolehkan Ibox tersebut bekerja pada rig icom. Jadi satu adapter (RJ45 ke 8 pin Kenwood TS2000) dibina berdasarkan pin-pin berikut.

FT-450


TS-2000

                                               maka hasilnya akan menjadi seperti berikut.

RJ45 to 8pin male aviation

kemudian adapter tersebut dipasang ke IBOX Kenwood. Maka akan kelihatan seperti berikut.


Seterusnya, Foot PTT dipasang pada Ibox dan ouput pada U-Phoria juga dipasang pasang pada Ibox pada bahagian Mic.


pada bahagian U-Phoria pula, RCA cable kita hanya pasang sebelah sahaja. Ini adalah kerana U=Phoria ini dia hanya akan keluar audio dalam mode mono sahaja, setelah beberapa percubaan maka hasilnya hanya RCA jack warna putih sahaja yang digunakan.


RCA merah kita tidak pakai, maka biarkan begitu sahaja. Disamping itu juga, jangan lupa tolak suis 48v pada tepi U-Phoria untuk menghidupkan BM-800. Sebenarnya ia adalah Phantom Power untuk membolehkan condenser mic BM-800 berfungsi dengan baik.


Cucuk usb kabel ke PC anda dan aktifkan ia sebagai default pada playback dan juga recording di PC anda. Dengan ini, anda juga boleh merakam audio anda dengan menggunakan apa jua software rakaman.

                            Ianya akan muncul sebagai USB audio Codec. Pilih dan aktifkan.


Pastikan LED power dan 48V itu menyala, jika tidak menyala, double cek suis dibelakang U-Phoria tersebut dan ubah kedudukan usb port.


pasang microphone dan cable, dan cuba test audio. jika ok.... led hijau pada SIG ( signal) akan menyala. Itu menyatakan bahawa ada audio masuk. anda boleh adjust level audio anda dengan memusing tombol MIC/LINE GAIN 1 pada bahagian atas.


adjust sehingga led merah (CLIP) tidak menyala. Jika led CLIP menyala, maka itu bermakna audio anda over modulate. Jadi pusing tombol pada ngam-ngam led CLIP itu tidak menyala.


Untuk output audio pula, yang ini penting, tekan direct monitor tu dan adjust volume output pada tombol sambil monitor output power pada radio. Laraskan sehingga anda dapat power output yang anda inginkan, disamping itu juga adjust sama mic gain pada radio. Kombinasi mic gain-output volume yang ngam akan menghasilkan audio yang padu dan kuat. Anda tidak perlu lagi terjerit-jerit di hadapan radio untuk mendapatkan full power output bagi mode LSB atau USB.


dibawah ini adalah contoh audio yang dirakam dengan menggunakan U-Phoria mic pre amp ini. Mantap beb. Objektif saya adalah nak kuatkan saja, bukannya nak bagi sedap macam ESSB tu. Cukup sekadar ada gain dan tak perlu jerit. Itu objektifnya.


                                        Semoga ianya bermanfaat. 73 daripada saya Zaki 9M2ZAK



Flightradar 24 : ADS-B Receiver firmware recovery

 


Bagi mereka yang mengalami masalah receiver FR24 yang tidak berfungsi dengan baik, iaitu led mode-s dan gps menjadi warna merah dan tiada data di server. Maka itu menunjukkan yang receiver tersebut telah mengalami kerosakan pada FWnya. Jadi untuk itu, apa yang diperlukan adalah flash balik dengan FW recovery baru.


buka cover depan, ambik sd kadnya dan format. selepas format masukkan recovery FW ini. Pergi ke link ini untuk mendapatkan FW recovery tersebut.


download dan ekstrak file tersebut. Langkah seterusnya adalah:

1. double klik file step-1-decompress.bat dan tunggu sehingga file image rc2-24-648-128.img keluar.
2. kemudian klik file step-2-write-image.exe dan pilih file image tersebut dan write.

setelah selesai write, masukkan kembali dalam ads-b receiver anda dan on. Biarkan beberapa minit dan lihat hasilnya di website.


Selamat mencuba. 73 9m2zak.




Kisah Aku Membangunkan Aplikasi Tempahan Dewan dan Bilik Mesyuarat

  Bermula dengan urusan harian di sekolah Aku nak kongsikan cerita di sebalik aplikasi tempahan dewan dan bilik mesyuarat SMK Bandar Putra. ...