Saturday, August 14, 2021

Icom IC-2200H no signal repair.

 


Hari ini saya berjaya pula menyelesaikan masalah tiada signal bagi IC-2200H dimana apa awalnya ianya tidak akan menunjukkan apa-apa signal bar, ianya kosong. Kemudian selepas proses trouble shooting dilakukan, didapati ceramic filter wide dan narrow sudah kaput.

Kemudian, selepas dua biji filter ini diganti. Ianya kembali pulih seperti biasa. Saya kini dapat mendengar kembali audio dari KLIA di airband.


Selepas ini saya akan bungkus dan hantar kembali ke tuan punyanya. 73 daripada saya Zaki 9M2ZAK


Friday, August 13, 2021

JIDX 2021 CW Contest Result : 9M2ZAK

 

Syukur kepada ALLAH SWT kerana memberikan result manis ini kepada saya. Tahun 2021 saya masih lagi dapat mengekalkan kejuaraan seperti tahun 2020 dalam kategori single operator low power 20m. Semoga tahun 2022 nanti dapat memberi sinar lagi kepada saya dan seluruh peserta JIDX CW Contest ini. 73 daripada saya Zaki 9M2ZAK.

Thursday, August 12, 2021

Icom IC-2200H no audio repair

 


Icom IC-2200H ini bisu. Semua signal masuk dan ada, Memang ada tertunjuk pada screen dia yang ada signal masuk, tetapi tiada audio yang keluar. Pada mulanya kawan saspek speaker problem. Tetapi apabila ditukar speaker lain, ianya tetap sama. Setelah proses trouble shooting di buat, maka IC audio nya rosak.


Setelah IC audio ditukar, Ic-2200H telah kembali berbunyi seperti biasa. Ianya sudah tidak bisu lagi.


73 daripada saya, de 9m2zak Kulai, Johor.

Wednesday, August 11, 2021

How to setup Hamclock : Raspberry pi 4

 

Bagi yang berminat untuk membinanya sendiri dan meletakkannya di shack anda. Di bawah ini adalah senarai command-nya

sudo apt-get -y install make g++ libx11-dev curl -o ESPHamClock.zip http://www.clearskyinstitute.com/ham/... unzip ESPHamClock.zip cd ESPHamClock sudo make -j 4 hamclock sudo chmod +s hamclock sudo mv hamclock /usr/local/bin/hamclock ln -s /usr/local/bin/hamclock ~/Desktop/hamclock

Kemudian isi maklumat semasa permulaan apps.


Isikan maklumat anda sendiri seperti CALL, Lat dan Long dan Wifi. IP geolocate tak perlu isi dan gspd pun tak perlu. Kemudian klik Page 1.


kemudian pada page 2, isi Cluster, port, map, NTP, Units, Full scrn dan GPIO  seperti dalam gambar dan klik page 2 untuk ke page 3.


Pada page 3 saya tak kacau apa-apa. Tapi jika anda ingin set waktu dia on dan off, dipersilakan. Isilah ikut waktu kegemaran masing-masing. Kemudian tekan Done.


kemudian tunggu atau jika malas nak baca, boleh klik skip dan paparan ini akan kelihatan.


anda boleh ubah warna pada callsign anda dengan klik pada body callsign dan ianya berubah warna, klik lagi dan akan berubah lagi dan klik lah lagi untuk memilih warna kegemaran anda.


Kita sebenarnya boleh ubah atau pilih apa perkara yang ingin dipaparkan. Terdapat 4 ruang di baris atas yang memaparkan pelbagai info mengenai propogation sehinggalah ke beacon dan cluster. Hanya klik pada ruang tersebut dan pilih apa yang hendak dipamerkan. Tetapi jika anda ingin lihat semua, maka pilihlah rotate, nanti dia akan pamerkan semua secara bergilir-gilir.


Klik view untuk ubah paparan mengikut selera anda dan jika anda ingin mendapatkan info terkini mengenai aktiviti hamradio di dunia ini, klik Show RSS. Nanti satu window akan muncul di bawah dengan info terkini aktiviti hamradio di seluruh dunia. 


Kemudian jika anda ingin melihat tracking satelite kegemaran anda, anda boleh melakukannya dengan klik pada perkataan DX yang berwarna hijau itu seperti gambar di bawah. 


dan paparan seperti ini akan mucul dan pilihlah satellite kegemaran anda itu dan klik OK.


Kemudian paparan kedudukan terkini satelite pilihan anda dan lokasinya di pamerkan.


Jika anda ingin keluar dari apps ni, apa yang perlu dilakukan adalah klik dan hold lama-lama pada gambar paddle lock itu. Nanti paparan ini akan muncul dan terpulanglah kepada anda untuk hendak buat apa.


Jika anda ingin buat Hamclock ini autostart. ini command-nya.

cd ~/ESPHamClock
mkdir -p ~/.config/autostart
cp hamclock.desktop ~/.config/autostart

73 de 9m2zak

p/s - bagi pengguna pi3, anda tidak akan menikmati fungsi auto full screen, tetapi masih 
boleh dengan menambah line ini dalam autostart.

Exec=/bin/sh -c 'sleep 2; /usr/local/bin/hamclock'

jika ingin mendapatkan full screen yang penuh seperti gambar dibawah.

 pada terminal, run skrip ini,

xrandr --output HDMI-1 --scale-from 800x480 --display :0

Friday, July 30, 2021

Mencuba HF Amplifier : Mosfet HF Amplifier

 


 Kali ini saya ingin mencuba pula HF Amplifier ini, Peralatan yang saya gunakan ialah FT450, CW Straight Key. Tuner MFJ-962D dan antenna Diamond W8010 . Berikut adalah hasil ujiannya.

Band 40m

  1. 5w drive 18v psu = 140w
  2. 10w drive 18v psu = 250w
  3. 15w drive 18v psu = 320w
  4. 20w drive 18v psu = 430w
  5. 25w drive 18v psu = 540w
  6. 30w drive 18v psu = 620w
  7. 35w drive 18v psu = 730w
  8. 40w drive 18v psu = 820w
  9. 45w drive 18v psu = 940w
  10. 50w drive 18v psu = 1050w     

demikian hasil eksperiment saya. 73 sampai kita jumpa lagi

Saturday, July 24, 2021

Yaesu FTM-300DR C4FM/FM 144/430mhz Dual Band Digital Transceiver

 

Kali ini kita tengok yaesu pula. Model kali ini ialah Yaesu FTM-300DR, dual band radio digital yang menyediakan features yang agak menarik jika hendak dibandingkan dengan model-model lain seumpamanya. Boleh dikatakan fungsinya hampir sama dengan abang sulungnya iaitu model FTM-400DR, tetapi dia ada sikit kelebihan berbanding FTM 400 iaitu dia boleh guna mode digital pada kedua-dua slot dan yang best sekali ianya boleh monitor secara serentak pada dua-dua slot, umpama dua radio duduk dalam. di bawah ini saya tunjukkan videonya.


Tengok tu, kan aku dah kata, memang terbaiklah, bab kata orang putih, ianya Simultaneous reception of two separate freq, on different bands, or within the same band (V+V/U+U). Fungsi inilah yang menarik sebenarnya. Manakala features yang lain ianya tidak banyak beza dengan FTM-400DR. Salam 73 daripada saya Zaki 9M2ZAK.



Setup KA9Q-Radio radiosonde_auto_rx airspy mini

                             Setup KA9Q-Radio + radiosonde_auto_rx  (Airspy mini + Raspberry Pi + Docker) 1. Objektif Setup Manual ini bertu...