Wednesday, August 11, 2021

How to setup Hamclock : Raspberry pi 4

 

Bagi yang berminat untuk membinanya sendiri dan meletakkannya di shack anda. Di bawah ini adalah senarai command-nya

sudo apt-get -y install make g++ libx11-dev curl -o ESPHamClock.zip http://www.clearskyinstitute.com/ham/... unzip ESPHamClock.zip cd ESPHamClock sudo make -j 4 hamclock sudo chmod +s hamclock sudo mv hamclock /usr/local/bin/hamclock ln -s /usr/local/bin/hamclock ~/Desktop/hamclock

Kemudian isi maklumat semasa permulaan apps.


Isikan maklumat anda sendiri seperti CALL, Lat dan Long dan Wifi. IP geolocate tak perlu isi dan gspd pun tak perlu. Kemudian klik Page 1.


kemudian pada page 2, isi Cluster, port, map, NTP, Units, Full scrn dan GPIO  seperti dalam gambar dan klik page 2 untuk ke page 3.


Pada page 3 saya tak kacau apa-apa. Tapi jika anda ingin set waktu dia on dan off, dipersilakan. Isilah ikut waktu kegemaran masing-masing. Kemudian tekan Done.


kemudian tunggu atau jika malas nak baca, boleh klik skip dan paparan ini akan kelihatan.


anda boleh ubah warna pada callsign anda dengan klik pada body callsign dan ianya berubah warna, klik lagi dan akan berubah lagi dan klik lah lagi untuk memilih warna kegemaran anda.


Kita sebenarnya boleh ubah atau pilih apa perkara yang ingin dipaparkan. Terdapat 4 ruang di baris atas yang memaparkan pelbagai info mengenai propogation sehinggalah ke beacon dan cluster. Hanya klik pada ruang tersebut dan pilih apa yang hendak dipamerkan. Tetapi jika anda ingin lihat semua, maka pilihlah rotate, nanti dia akan pamerkan semua secara bergilir-gilir.


Klik view untuk ubah paparan mengikut selera anda dan jika anda ingin mendapatkan info terkini mengenai aktiviti hamradio di dunia ini, klik Show RSS. Nanti satu window akan muncul di bawah dengan info terkini aktiviti hamradio di seluruh dunia. 


Kemudian jika anda ingin melihat tracking satelite kegemaran anda, anda boleh melakukannya dengan klik pada perkataan DX yang berwarna hijau itu seperti gambar di bawah. 


dan paparan seperti ini akan mucul dan pilihlah satellite kegemaran anda itu dan klik OK.


Kemudian paparan kedudukan terkini satelite pilihan anda dan lokasinya di pamerkan.


Jika anda ingin keluar dari apps ni, apa yang perlu dilakukan adalah klik dan hold lama-lama pada gambar paddle lock itu. Nanti paparan ini akan muncul dan terpulanglah kepada anda untuk hendak buat apa.


Jika anda ingin buat Hamclock ini autostart. ini command-nya.

cd ~/ESPHamClock
mkdir -p ~/.config/autostart
cp hamclock.desktop ~/.config/autostart

73 de 9m2zak

p/s - bagi pengguna pi3, anda tidak akan menikmati fungsi auto full screen, tetapi masih 
boleh dengan menambah line ini dalam autostart.

Exec=/bin/sh -c 'sleep 2; /usr/local/bin/hamclock'

jika ingin mendapatkan full screen yang penuh seperti gambar dibawah.

 pada terminal, run skrip ini,

xrandr --output HDMI-1 --scale-from 800x480 --display :0

Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...