Malam ini saya luangkan masa untuk menguji antenna ATAS-120a bersama dengan Yaesu FT-891. Objektif ujikaji ini ialah untuk melihat keberkesanan ATAS-120 seperti yang di war-war di youtube, Facebook dan media sosial yang lain mengenai keupayaan ATAS-120 ini.
Yaesu FT-891 |
Jadi untuk menambahkan lagi kesukaran dan kita susahkan lagi ATAS-120 ini untuk tune, maka saya test hanya dari dalam rumah sahaja dan menggunakan satu sahaja wire counterpoise. sila lihat video di bawah.
test dalam shack
test dalam kereta
Hasilnya memang terbaik. Ianya terbukti dapat tune pada semua band tersebut. ATAS-120 memang boleh dipercayai dan sesuai dipasang pada kereta anda. ATAS-120 ini masih banyak lagi dipasaran. Tiada masalah. Kesimpulan yang dapat saya simpulkan disini ialah ATAS-120a boleh dijadikan antenna HF mobile utama anda. 73 dari saya 9M2ZAK.