Tuesday, March 7, 2023

CI-V Icom Cable : ICOM IC-736

 

Homebrew CI-V Icom Cable

Bahan yang digunakan ialah :

1. FTDI USB to TTL Serial Converter

2. USB 2.0 Mini - A cable

3. 3.5mm mono jack

4. Wire 2 core

5. Breadboard jumper wire male-to-female

Skematik

                         Diagram CI-V Icom

Setting di IC-736

 
IC-736 rosak teruk display

IC-736 ini kelebihannya adalah setting CI-V dalam hidden menunya adalah ON secara default. Jadi jika kita hadapi masalah display seperti ini, macam mana nak ubah ke ON atau nak pastikan yang dia berada dalam keadaan default (CI-V ON ). 

Untuk atasi masalah tersebut, apa yang saya lakukan adalah master reset CPU Microprocessor balik IC-736 ini ke factory default iaitu dengan tekan button CLEAR dan ENT serentak kemudian on radio.

Maka sudah pastilah IC-736 ini berada dalam keadaan factory default sekarang. Jadi buku manual terus dibuka untuk mengetahui apakah nilai baud rate dalam keadaan default. Nilai ini penting semasa kita hendak setting di Hamradio Deluxe.

Muka surat 35 dalam manual IC-735 iaitu perkara 13 dan 14 menyatakan bahawa CI-V baud rate adalah default pada 1200 dan CI-V transceive adalah ON secara default.

m/s 35 IC-736 manual

jadi ingat dan catat maklumat penting ini untuk saya setting pula pada HRD.

Setting di Ham Radio Deluxe


hidupkan HRD, kemudian setkan Company, Radio, COM Port, Speed dan CI-V add seperti gambar di bawah.


nilai CI-V add tu saya peroleh dari list di bawah ini. 


walaupun Baud Rate yang disyorkan dalam rajah di atas adalah 9600 bagi IC-736, namun apakan daya ianya tidak berkemampuan untuk melihat nilai tersebut. Jadi kita cuba dengan nilai default 1200 sahaja. Kita tengok dia jadi macam mana gayanya.

 

setelah button connect di klik, ianya berfungsi dengan baik. IC-736 ini 100% dapat dikawal oleh komputer. Pada kali ini, barulah saya nampak dimana ianya berada sekarang. IC-736 sudah celik dan dapat kehidupan baru.


Sekian sahaja dahulu post untuk kali ini, kita ketemu lagi dalam post-post yang akan datang. Tujuh Tiga dari Nine Mike Two Zulu Alpha Kilo.

Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...