Friday, March 17, 2023

Yaesu FT-857 LCD replacement : Kes Zebra line

 

LCD FT-857 yang rosak

Baru-baru ini saya menggantikan LCD FT-857 yang mengalami masalah sindrom zebra line. Zebra line ini terjadi akibat daripada pendedahan display kepada haba seperti cahaya matahari dan suhu bilik atau kereta atau suhu tempat penyimpanan radio yang tinggi. Untuk elak keadaan ini berlaku, disyorkan simpan di dalam tempat yang sejuk dan gelap. 

Alat ganti display ini anda boleh perolehi daripada ebay. Disini saya beri linknya.   https://www.ebay.com.my/itm/134367110805

proses pemasangan

dalam link tersebut diberikan langkah-langkah untuk pemasangannya. Jadi tak perlulah saya ulang disini. Setelah mengikuti segala step yang diajar dalam website tersebut. hasilnya adalah seperti di bawah.


Kini FT-857 sudah celik dan boleh berfungsi seperti sediakala dan ready untuk ke udara. FT-857 sudah pulih sepenuhnya. 73 de 9M2ZAK ZAKI.



Saturday, March 11, 2023

Menguji antenna Yaesu ATAS 120a bersama Yaesu FT-891

 

Malam ini saya luangkan masa untuk menguji antenna ATAS-120a bersama dengan Yaesu FT-891. Objektif ujikaji ini ialah untuk melihat keberkesanan ATAS-120 seperti yang di war-war di youtube, Facebook dan media sosial yang lain mengenai keupayaan ATAS-120 ini.

Yaesu FT-891
seperti yang kita sedia maklum, ATAS-120 ini adalah yang cover banyak band. Band-band tersebut ialah 40m-20m-15m-10m-6m-2m-70cm. Namun pada posting ini saya akan buat pada band 40m-20m-15m-12m-10m. Boleh dikatakan buat pada band yang biasa digunakanlah.


Jadi untuk menambahkan lagi kesukaran dan kita susahkan lagi ATAS-120 ini untuk tune, maka saya test hanya dari dalam rumah sahaja dan menggunakan satu sahaja wire counterpoise. sila lihat video di bawah.




3 klip buaya ditap pada sehelai wire hijau (20kaki) dan wire tersebut dilepaskan memanjang. Oleh kerana dalam rumah, saya lepaskan saja ke bawah. Hasilnya adalah seperti video di bawah.

test dalam shack

test dalam kereta

Hasilnya memang terbaik. Ianya terbukti dapat tune pada semua band tersebut. ATAS-120 memang boleh dipercayai dan sesuai dipasang pada kereta anda. ATAS-120 ini masih banyak lagi dipasaran. Tiada masalah. Kesimpulan yang dapat saya simpulkan disini ialah ATAS-120a boleh dijadikan antenna HF mobile utama anda. 73 dari saya 9M2ZAK.

Tuesday, March 7, 2023

CI-V Icom Cable : ICOM IC-736

 

Homebrew CI-V Icom Cable

Bahan yang digunakan ialah :

1. FTDI USB to TTL Serial Converter

2. USB 2.0 Mini - A cable

3. 3.5mm mono jack

4. Wire 2 core

5. Breadboard jumper wire male-to-female

Skematik

                         Diagram CI-V Icom

Setting di IC-736

 
IC-736 rosak teruk display

IC-736 ini kelebihannya adalah setting CI-V dalam hidden menunya adalah ON secara default. Jadi jika kita hadapi masalah display seperti ini, macam mana nak ubah ke ON atau nak pastikan yang dia berada dalam keadaan default (CI-V ON ). 

Untuk atasi masalah tersebut, apa yang saya lakukan adalah master reset CPU Microprocessor balik IC-736 ini ke factory default iaitu dengan tekan button CLEAR dan ENT serentak kemudian on radio.

Maka sudah pastilah IC-736 ini berada dalam keadaan factory default sekarang. Jadi buku manual terus dibuka untuk mengetahui apakah nilai baud rate dalam keadaan default. Nilai ini penting semasa kita hendak setting di Hamradio Deluxe.

Muka surat 35 dalam manual IC-735 iaitu perkara 13 dan 14 menyatakan bahawa CI-V baud rate adalah default pada 1200 dan CI-V transceive adalah ON secara default.

m/s 35 IC-736 manual

jadi ingat dan catat maklumat penting ini untuk saya setting pula pada HRD.

Setting di Ham Radio Deluxe


hidupkan HRD, kemudian setkan Company, Radio, COM Port, Speed dan CI-V add seperti gambar di bawah.


nilai CI-V add tu saya peroleh dari list di bawah ini. 


walaupun Baud Rate yang disyorkan dalam rajah di atas adalah 9600 bagi IC-736, namun apakan daya ianya tidak berkemampuan untuk melihat nilai tersebut. Jadi kita cuba dengan nilai default 1200 sahaja. Kita tengok dia jadi macam mana gayanya.

 

setelah button connect di klik, ianya berfungsi dengan baik. IC-736 ini 100% dapat dikawal oleh komputer. Pada kali ini, barulah saya nampak dimana ianya berada sekarang. IC-736 sudah celik dan dapat kehidupan baru.


Sekian sahaja dahulu post untuk kali ini, kita ketemu lagi dalam post-post yang akan datang. Tujuh Tiga dari Nine Mike Two Zulu Alpha Kilo.

Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...