Hari ini aku on pada freq 50.010.00mhz mode CW untuk memantau beacon 6m JA2IGY dari Jepun. Lokasi tepat beacon ini adalah terletak di Gunung Asama, sekitar Ise, locator PM84JL. iaitu di dalam wilayah Mie, Mie ini pula ialah sebuah wilayah di Jepun yang merupakan sebahagian kawasan Kansai di Pulau Honshū. Ibu kotanya ialah bandaraya Tsu.
kawasan lokasi terletaknya beacon 6M JA2IGY |
Beacon JA2IGY ini bukan sahaja pada band 6m (50.010mhz), malah ada juga untuk beberapa freq lain seperti berikut :
- 14.100mhz
- 18.110mhz
- 21.150mhz
- 24.930mhz
- 28.200mhz
- 50.010mhz
- 1294.52mhz
- 2424.82mhz
dimana bagi beacon 6m, ianya menggunakan antenna GP 5/8 dan transmit pada kekuatan 10w. Pada posting kali ini, saya akan fokus kepada 6m sahaja.
Objektif pemantauan beacon ini adalah untuk mengenalpasti waktu yang tepat bilakah band 6m ini membuka dari arah Jepun ke Malaysia, lebih tepat lagi ke negeri Johor dan semestinya ke Bandar Putra, Kulai. Antenna yang saya gunakan untuk operasi kali ini ialah antenna jenis Discone manakala transceiver pula adalah Yaesu FT-450.
jarak dari Kulai |
Jarak beacon JA2IGY ini dari Bandar Putra adalah sekitar 5196.7km pada kedudukan 38.3 NE dari Kulai. Ianya akan memancar pada kekuatan 10w dan signalnya akan tersebar ke serata dunia secara omni directional kerana menggunakan antenna jenis GP.
Saya telah memantau seharian beacon ini bermula jam 7.00 am hinggalah ke saat blog ini ditulis, iaitu sekitar 18 jam. Namun tiada hasil. Maksud tiada hasil ini ialah tidak kedengaran langsung pancaran beacon ini. Jadi ini bermaksud bahawa band 6m tidak membuka ke arah Jepun pada hari ini. Itulah yang saya boleh simpulkan hasil daripada pemantau tersebut. Sebelum ini memang saya pernah menangkapnya dan pernah alami bagaimana bunyi dan keadaannya. Bagi yang tidak pernah mendengarnya, di bawah ini adalah contoh bagaimana rupa bunyi beacon ini jika kita mendengarnya.
Baiklah, disini saya translate-kan kod CW yang dipancarkan oleh beacon ini dalam video youtube tersebut.
VVV DE JA2IGY
Semoga kita berjumpa lagi pada posting yang akan datang. Jaga jarak anda, selalu cuci tangan dan jangan keluar rumah jika tiada urusan penting di luar sana. 73 dari Zaki 9M2ZAK.