Sunday, November 22, 2020

Xiegu X108G HF Transceiver Firmware Problem.

 

Xiegu X108G HF ini jika dilihat kepada spefikasinya, ia adalah sebuah rig yang mantap kerana cover 0.5mhz hingga 30.0mhz. TX power pula boleh mencecah sehingga 20w dan ada mode SSB, CW dan AM. Semasa rx, ianya hanya menggunakan 600mA sahaja dan semasa TX pula jika full power, hanya 7.5A sahaja digunakan. Jadi memang sesuai untuk digunakan aktiviti luar atau outdoor.


Paparan muka hadapannya pula sangat cantik, maka tidak hairanlah jika ianya mendapat perhatian serious bagi penggemar low power transceiver kerana antara muka hadapannya yang nampak cool atau rugged ini.

Namun, pada masa kini, model X108G ini sudah ditarik dari pasaran antarabangsa dan tidak dikeluarkan lagi kerana mengalami banyak masalah terutama sekali berkaitan dengan firmware. 

Walaupun FW dia sudah di update, namun masalah itu tetap ada, iaitu masalah tiada RX dan tiada audio. Namun ada sikit peningkatan sebenarnya sebelum ianya dikemaskini berbanding sebelum. Sebelum kemaskini, signal bar langsung tiada, tetapi selepas update, muncul satu bar semasa RX dan audio pula hanya kedengaran halus sahaja walaupun volume dinaikkan sehingga habis. Dari segi TX pula, ianya tiada masalah, berfungsi dengan baik. Masalah ini hanya pada RX sahaja.


 

Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...