Sunday, November 22, 2020

TYT TH-9800 : Left Vol/SQL knob problem

 

Volume/SQL knob patah
Masalah ini berpunca daripada cara bungkus tidak kemas atau tidak bagus, dimana seller tidak meletakkan stiker fragile pada bungkusan dan akibatnya, bungkusan ini sudah semestinya dicampak-campak sahaja semasa proses loading dan unloading dari gudang ke lori, dari lori ke pusat pengumpulan dan dari pusat pengumpulan ke lori dan seterusnya. Maka hasilnya adalah seperti gambar di atas.

Seller dihubungi untuk menyatakan masalah yang dihadapi, kemudian seller minta untuk dipost semula rig tersebut. Namun oleh kerana kos kurier semula ke China memakan kos yang tinggi, maka seller dengan berbesar hati mengirim alat ganti untuk dibaiki disini. Masalah yang berlaku adalah apabila rig ini dihidupkan, bunyi hissy kuat kedengaran kerana fungsi SQL telah rosak dimana batang dalam VR tersebut telah patah dan menjejaskan fungsinya.

Maka proses menggantikannya dimulakan, apabila semua dibuka. Didapati "mereka" hanya menggunakan enamel copper sahaja. Apakah ini langkah penjimatan? hanya mereka saja yang tahu kebenarannya.



Proses menggantikannya sudah selesai dan kini TH-9800 kembali beraksi seperti sediakala. Bunyi hessy dari kegagalan SQL pun sudah hilang. Dunia kembali aman. 73 Zaki.


Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...