Saturday, January 25, 2020

FT-897 : Display problem


Baru-baru ini, saya menerima sebuah radio model FT-897 keluaran Yaesu. FT-897 ini mengalami masalah display yang kronik. Anda boleh lihat sendiri masalah tersebut pada gambar di atas. Untuk itu, display ganti amat diperlukan. Selepas melakukan carian di google, akhirnya spare-part berjaya diketemukan. urusan pesanan alat ganti tersebut dilaksanakan. Selepas beberapa minggu, akhirnya barang yang di tunggu telah pun sampai. Maka hasilnya seperti gambar di bawah.

Ianya kembali pulih seperti sediakala. Radio ini masih ok sebenarnya. Cuma masalah display sahaja yang menghantui radio tersebut. Kini ianya sudah tiada lagi.

Jika lihat gambar di atas, display tersebut amat teruk sekali kerosakkannya. Alat ganti ini diperoleh daripada negara Belanda. Ianya amat sukar dicari pada masa kini kerana FT-897 ini sudah tidak ada dipasaran. Mujur saya sempat menemukannya sebelum display ini pupus selamanya. 73 Zaki.

Chromebook OS tukar ke Linux/Window OS

Sebelum kita mulakan, pastikan chromebook anda ada tersenarai dalam list ni, jika tiada... sila beli yang ada dalam list tersebut. klik sin...