Yaesu FT-8800 seperti gambar diatas mengalami masalah audio. dimana fungsi dual monitor frequency telah rosak. Audio hanya akan kedengaran pada side Main sahaja, manakala pada side sub, ianya tidak kedengaran. Walaupun sudah dilakukan master reset, namun kegagalan dual monitor tetap berlaku. Maka proses trouble-shooting dilakukan.
Didapati TDA7233D pada kaki #4 Vs hanya ada 3.76 volt. Sedangkan jika mengikut service manual ianya mesti memberi bacaan sekitar 8.85 volt. TDA7233D ini adalah audio amplifier dengan keupayaan untuk external mute atau Power Down.