Saturday, January 25, 2020

Icom IC-756PRO display problem.

IC-756PRO ini mengalami masalah yang serius, iaitu masalah display seperti gambar diatas. Namun masalah ini tidak menjadi masalah kerana display gantian sudah diperolehi.

Walaupun model mereka agak berlainan sedikit, tapi semua kaki dan kedudukan skru dan soket adalah sama. Jadi tidak ada masalah untuk memasangnya. Tanpa berlengah, saya terus memasangnya ke IC-756PRO. Hasilnya adalah seperti gambar dibawah.

Siap, kini IC-756PRO sudah kembali normal dan sejuk mata memandang. 73 dari Zaki 9M2ZAK.

FT-897 : Display problem


Baru-baru ini, saya menerima sebuah radio model FT-897 keluaran Yaesu. FT-897 ini mengalami masalah display yang kronik. Anda boleh lihat sendiri masalah tersebut pada gambar di atas. Untuk itu, display ganti amat diperlukan. Selepas melakukan carian di google, akhirnya spare-part berjaya diketemukan. urusan pesanan alat ganti tersebut dilaksanakan. Selepas beberapa minggu, akhirnya barang yang di tunggu telah pun sampai. Maka hasilnya seperti gambar di bawah.

Ianya kembali pulih seperti sediakala. Radio ini masih ok sebenarnya. Cuma masalah display sahaja yang menghantui radio tersebut. Kini ianya sudah tiada lagi.

Jika lihat gambar di atas, display tersebut amat teruk sekali kerosakkannya. Alat ganti ini diperoleh daripada negara Belanda. Ianya amat sukar dicari pada masa kini kerana FT-897 ini sudah tidak ada dipasaran. Mujur saya sempat menemukannya sebelum display ini pupus selamanya. 73 Zaki.

Yaesu FT-857 : No power output - HF


 Yaesu FT-857 ini mengalami masalah TX output pada HF. Setelah trouble-shoot, didapati 2 biji Mosfet RF Transistor 2SC2782 rosak. Mosfet ini tiada masalah untuk mencarinya. Ianya mudah didapati di internet. Setelah beberapa minggu menunggu, mosfet yang baru dipasang kembali. Akhirnya ianya kembali pulih seperti biasa.

jumpa lagi, 73 daripada saya Zaki 9M2ZAK

FT-8800 : Dual monitor frequencies - audio problem.





 
Yaesu FT-8800 seperti gambar diatas mengalami masalah audio. dimana fungsi dual monitor frequency telah rosak. Audio hanya akan kedengaran pada side Main sahaja, manakala pada side sub, ianya tidak kedengaran. Walaupun sudah dilakukan master reset, namun kegagalan dual monitor tetap berlaku. Maka proses trouble-shooting dilakukan.

Didapati TDA7233D pada kaki #4 Vs hanya ada 3.76 volt. Sedangkan jika mengikut service manual ianya mesti memberi bacaan sekitar 8.85 volt. TDA7233D ini adalah audio amplifier dengan keupayaan untuk external mute atau Power Down.

Barang sudah pun dipesan, jadi kita tunggulah selepas beberapa minggu lagi sebelum ianya sampai ke tanah Kulai. Kita berjumpa lagi pada paparan seterusnya... jumpa lagi pada 3 atau 4 minggu akan datang. 73 Zaki


Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...