Sunday, November 4, 2018

WSJT-X (1.9.1) - Kenwood TS-2000 - BD7JAD EasyLink5 (USB Sound Card / CAT)

BD7JAD EasyLink5 USB Sound Card / CAT
Pertama sekali kita setup di TS-2000 dahulu. Dibawah ini adalah setupnya:

TS-2000

Menu 50 (push sub)
50A (OFF)
50B (9)
50C (9)
50D (9)
50E (Main)
50F (1200bps)

Menu 55 (OFF)
Menu 56 (9600bps)

Computer

Download perisian WSJT-X disini dan setup seperti gambar dibawah



serial port bergantung kepada PC masing-masing



EasyLink5


Pada Link5, sambungan kabel USB dan db9 dibuat seperti biasa iaitu USB akan ke USB port di komputer dan db9 (comp port) akan ke comp port pada belakan transceiver. Manakala SPK iaitu speaker pula akan ke MIC pada bahagian hadapan transceiver. Maknanya audio output dari sound card (Link5) akan masuk ke transeiver ikut depan dan bukannya ikut ACC2. Ini adalah kerana pada software WSJT-X, ianya telah ditetapkan yang audio output akan pergi ke (front/mic). Walaupun ada juga pilihan pada (Transmit Audio Source) untuk ke (Rear/Data) tetapi tidak boleh. Berjam-jam kawan dok adjust supaya function Rear/Data tu hidup, tetapi tidak mahu juga. Jadi terpaksalah ikut arahan software iaitu guna jalan hadapan.



Apabila terpaksa guna jalan hadapan maka kena cari jalan bagaimana nak inject masuk audio ikut port hadapan. Jadi, kawan terpaksa buat satu lagi interface tambahan dimana pada kabel tersebut, hanya mic sahaja digunakan. Kabel tersebut akan disambung ke stereo kabel audio yang mana ianya akan terus ke SPK Link5 itu tadi. Jadi output audio dari Link5 akan masuk ke radio melalui stereo kabel ikut jalan hadapan dan bukannya ikut ACC2 di belakang.

Output audio Link5 masuk ikut hadapan.
Jadi operasi FT8 bagi radio TS-2000 kini boleh dijalankan. Sebelum ini banyak dibincangkan di dalam forum-forum tentang masalah TS-2000 dengan WSJT-X ini. Saya pun pada awalnya juga bingung dengan permasalahan ini. Setelah mencuba - mengkaji - membuat try-and-error - study google - baca dan faham manual. Akhirnya memang susah dan memang tidak boleh, untuk kita jalankan FT8 ikut ACC2 sebab aturan software sudah termaktub. Cara yang ini sajalah yang boleh dilakukan, dan keadaan menjadi bertambah rumit dengan Window 10 dimana win10 tidak dapat detect USB Mic pada Link5. Sebab itu jika anda perhatikan kawan menggunakan Microphone (Realtek) dan bukannya USB mic pada Setting audio di WSJT-X. Sebab inilah...iaitu Win10 dan juga Link5.

guna mic dari komputer
Setelah semuanya selesai, kawan pun mencuba untuk on-air, dan hasilnya ok. Kawan boleh on-air tanpa masalah. 


Baiklah, sampai disini sahaja dahulu post saya kali ini. Semoga paparan kali ini memberi manfaat kepada rakan yang mengalami kesulitan untuk mereka setup FT8 dengan Kenwood TS-2000. 

Selamat Menyambut Hari Depavali kepada semua rakan tidak kira dimana sahaja anda berada. Berhati-hati di jalanraya dan sentiasalah ingat orang yang tersayang. 73 Zaki.

Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...