Wednesday, July 25, 2018

WRTC Germany 2018 : Bahagian ketiga

Upacara cabutan tapak khemah dan pengadil
Selepas sarapan pagi, iaitu telur separuh masak 3 biji + roti + pisang dan satu jag kopi. Kopi depa sedap. Kami terus bergerak ke dewan hotel untuk majlis yang teramat penting. iaitu cabutan tapak dan pengadil. Upacara ini dijalankan oleh DJ3WE Rudolf Schwenger, orang kuat DARC. Dimana beliaulah yang sendiri akan ambil telur kuning di dalam balang kaca tersebut dimana di dalamnya terdapat nama pasukan yang akan pergi ke tapak yang telah ditentukan bersama dengan pengadil. 

Contohnya begini, pertama sekali Rudolf akan cabut nama pengadil dahulu, dimana sampul nama pengadil yang berada didepannya itu akan diambil secara rawak olehnya dibuka dan diumumkan namanya serta kawasan tapak khemahnya. Kemudian dia akan ambil telur dari dalam balang kaca tersebut untuk mengetahui pasukan manakah yang akan ke tapak tersebut bersama pengadil yang dicabut tadi.

kawasan BLW
Rudolf secara rawak telah memilih kawasan BLW sebagai permulaan, dimana dalam kawasan BLW itu akan pecah kepada 4 tapak pula, iaitu BLW1, BLW2, BLW3, dan BLW4. Kawasan BLW ini terletak lebih kurang 79 km dari hotel dan nama tempat BLW ini ialah Moglenz. Kemudian...nak dijadikan cerita, BLW4 ini dapat kepada pasukan AS#5, iaitu pasukan kita. Fuhhh...tidak menunggu lama rupanya kami dan pengadilnya pula ialah Igor Syerikof UT7QF. Berikut adalah sedikit info latarbelakang mengenai Igor UT7QF pengadil kami.

Berumur 53 tahun, beliau lulus ujian Morse code pada umur 14 tahun dan mendapat lesen pada tahun 1981. Beliau adalah Champion dalam Ukraine HF Radio dan memegang gelaran "International Master of Sports Of Ukraine".... fuhhhhh!!!. dan beliau pernah menjadi pengadil dalam WRTC 2010 dan WRTC 2014. Sememangnya beliau layak untuk tugasan ini.

UT7QF
Jika dilihat melalui google map, kawasan BLW4 terletak di tengah kawasan ladang, ladang apa saya pun tidak pasti. Tapi nampaknya kawasan tapak tersebut baru sahaja lepas menuai. Namun apa yang pasti ialah...kawasan tersebut tidak terlindung dengan bukit atau gunung dan ianya adalah kawasan rata. itu yang paling penting sekali. Kawasan tanahnya lapang dan rata. 

tapak BLW4
Sejurus nama peserta dan nama pengadil dan nama kawasan itu diperolehi, kami terus dibawa oleh pegawai yang bertugas ke bilik media untuk sesi bergambar dan kami diperkenalkan kepada pegawai pengangkutan kami. Kami perlu bergerak ke tapak BLW4 pada masa itu jugak kerana ianya terletak 79 km dari hotel. Pada hari tersebut, kami perlu setup station kami untuk bertarung pada keesokkan harinya. Sebelum bertolak kami perlu sain beberapa borang seperti insuran dan beberapa lagi borang berkaitan dengan keselamatan. Yelah...kami akan bergerak jauh dan akan berada ditempat yang terasing, jadi sudah tentulah semua perkara yang berkaitan dengan kelamatan perlu dititikberatkan. 


Sebelum bertolak, kami naik ke atas hotel untuk mengambil segala kelengkapan seperti pakaian dan keperluan harian serta peralatan untuk dibawa ke tapak BLW4. Kami diberi masa 10 minit untuk berbuat demikian. Namun sebenarnya, semua perkara tersebut telah disiapkan awal-awal lagi kerana sebelum ini pihak penganjur ada memberitahu kepada semua peserta untuk bersedia dengan segalanya pada pagi tersebut. Semasa berjalan melintasi dewan hotel, suasana masih meriah dengan sesi cabutan tapak dan pengadil.

menunggu ketibaan kenderaan
Kami dibawa ke kawasan BLW4 dengan menggunakan kereta, manakala peralatan kami pula dibawa oleh Ralf dan Benji dengan menggunakan kenderaan lain dan mereka akan ikut dari belakang. Di dalam kereta, hanya dibenarkan naik 4 orang sahaja iaitu pemandu, pengadil dan dua orang peserta. Penyokong tidak dibenarkan ke tempat pertandingan samada menumpang kami atau dengan kenderaan sendiri. Jika ada penyokong, markah akan dipotong. 

ok go
Perjalanan menuju ke BLW4 ini mengambil masa kira-kira satu jam setengah kerana pegawai pengangkutan ini mengatakan bahawa dia akan memandu sekitar 60km ke 80km sejam kerana ingin mengurangkan gegaran. Jika bawa laju, peralatan akan bergegar dan dikhuatiri akan rosak pada sepanjang perjalanan tersebut. Difahamkan juga, kami akan melalui jalan biasa dan bukannya highway. Perlahan-lahan kami bergerak ke lokasi sambil diikuti oleh RV yang dipandu oleh Ralf dan Benji di belakang. Walaupun di jalan raya Germany tidak mempunyai had laju, namun rata-rata mereka kelihatan memandu dengan berhemah sekali. Nak hidup lama katanyer.

RV Ralf dan Benji


Selepas mengharungi perjalanan yang begitu mengasyikkan sambil melayan lagu country blues, kebetulan dia pun minat blues, menikmati pemandangan sekitar perkampungan dan kawasan perladangan disini. Kami pun akhirnya sampai ke kawasan BLW4. Kawasan ini sungguh lapang dan luas. Tapak kami berada ditengah ladang  yang telah dituai. Angin pula bertiup agak kencang manakala suhu pula sejuk walaupun matahari memancar. Fahamlah saya kenapa kawasan ini begitu banyak kincir angin, berangin rupanya sini. sejuk. Tanpa membuang masa kami terus melakukan setup station untuk team AS#5.

khemah AS #5


Ralf memasang bendera Thailand dan Malaysia
Untuk station AS #5 di kawasan BLW4 ini, kami menggunakan senarai peralatan seperti dibawah. Peralatan ini dibawa oleh RV yang mengekori kami tadi.


  1. Icom IC-7851
  2. Icom IC-7610
  3. Microham Microkeyer II
  4. Six Pax (2x6 switch) Array Solutions

Icom 7610 dgn logging system N1MM plus

Manakala untuk filtering, Ralf dan Champ ada membawa band pass filter untuk band 80m, band 40m, band 20m, band 15m dan 10m dan digabungkan dengan LBS Triplexer. 

Triplexer dan BPF
Pihak WRTC ada menyediakan beberapa peralatan tambahan untuk kami iaitu :

Rotator Yaesu G1000 Controler
Yaesu G1000 Rotator Motor
Dimana Yaesu G1000 DXC rotator ini akan digunakan untuk memutar antenna Spiderbeam. Plate untuk pegang motor rotator ini direka khas oleh Uli, DM5EE. Antenna Spiderbeam ini adalah jenis light-weight dan mempunyai 3 element beam untuk band 10m-15m-20m. Spiderbeam ini disokong oleh sebatang teleskopik jenis aluminium yang panjangnya lebih kurang 14.5m, dimana batang ini boleh berputar 360 darjah. Konsep antenna Spiderbeam ini dari segi sejarahnya diadaptasi daripada yagi oleh G4ZU, dimana menurut cerita, beliau telah membengkokkan element yagi dan dinamakan Bird-Yagi. Kemudian...selepas itu terhasillah spiderbeam ini dengan kualiti yang lebih baik dan ringan dari segi binaannya.

spiderbeam
Spiderbeam ini disokong oleh guying antenna berjenama MASTRANT. Untuk coax pula,  50m coax jenis Ultraflex 7 (Messi & Paoloni) digunakan. Manakala bagi ant dipole 40m/80m, kami menggunakan dipole Kelemen-Dipole dengan balun 1:1 dimana ianya dipasang secara inverted V dengan loading koil-nya berkeupayaan 1000watt maximum bagi mode CW dan SSB. Bagi band 80m, terutama untuk mode CW, antenna dipole ini akan dipanjang dengan menggunakan connector jenis PowerPole.

CW section bagi 80m disambung dgn PowerPole

80m cw yang sudah disambung

Guy cable
OK, habis pada bahagian luar khemah. Jom kita masuk ke khemah semula untuk melihat barang-barang yang WRTC sediakan lagi untuk kami. Untuk logging system, WRTC ada menyediakan dan membangunkan satu system yang dinamakan Score Collection Computer SCC.

SCC
SCC ini sebenarnya adalah sebuah RaspberryPi yang tugasnya adalah pungut data log daripada laptop peserta dan terus menghantarnya ke HQ dengan menggunakan talian telefon secara SMS. disamping itu juga, pengadil jugak akan turut sms mata terkini bagi setiap sejam untuk backup SCC jika SCC mengalami kegagalan. Peralatan yang bersama dengan SCC ini ialah USB cellular modem ( Telekom LTE V) dan internet switch. Mengapa guna SMS? sebab didalam khemah ini, internet diharamkan.

Power Monitoring System

Kotak kecil di atas controller rotator itu adalah power monitoring System, ianya akan memantau kuasa pemancaran. Jika kuasa pemancaran melebihi 100w led berwarna merah akan berkelip dan menyala, dan jika berwarna kuning, itu bermakna kuasa 100w digunakan, manakala jika kurang, atau bawah 100w, led warna hijau akan menyala. PMS ini akan berada betul-betul dihadapan pengadil. Pengadil akan monitor PMS ini sambil mendengar audio dari kedua-dua peserta. Saya menggunakan Icom 7610, jadi tiada masalah. Manakala Champ guna Icom 7851, so ianya perlu dipantau kerana boleh pi ke 200w.

Audio recording
Pengadil akan mendengar 24 jam audio sepanjang perjalanan contest, dimana beliau akan duduk ditengah - tengah antara kami berdua. Untuk membolehkan pengadil mendengar audio kami, Sony audio recorder di sambung ke mini amp untuk merakam segala apa yang berlaku didalam radio A dan Radio B di dalam khemah tersebut. Kira macam black box lah.Untuk rujukan masa hadapan jikalau berlaku apa-apa masalah. Pengadil mempunyai 3 pilihan, iaitu dia boleh pilih untuk dengar station A atau Station B atau kedua-duanya sekali.


Heil Pro7 dari Bintong, Perlis
Terima kasih diucapkan kepada 9M2PUL kerana loan-sponsor HEIL Pro7 ini. Saya akan menggunakan sepenuhnya HEIL Pro 7 ini dalam aktiviti ini. Pro7 ini datang dari Bintong, Perlis menuju ke Kulai, dan terus ke Germany. Jangan risau Saiful, saya akan jaga Pro7 ini macam saya jaga hati bini saya. Saya akan belai pro7 ini macam saya belai anak-anak saya dan saya akan guna pro7 ini macam saya guna radio saya. Sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih di atas loan-sponsor alat mendengar yang terbaik didunia ini. Insyallah...balik nanti cepat-cepat saya akan pulangkan ke Bintong sebab saya tau, Bintong amat merinduinya.

Generator Honda EU20i
Untuk bekalan kuasa ditengah ladang yang berangin dan sejuk ini. WRTC ada menyediakan generator yang berkuasa 2000W. Generator ini sponsor oleh Honda, dan Honda bermurah hati menyediakan generator keluaran mereka iaitu Model Honda EU20i. Generator ini akan beroperasi selama 24jam selepas ini. Diharapkan agar genset ini berjalan dengan baik seadanya.

Radio B : AS#5 9M2ZAK
Baiklah, semuanya sudah ready. Pertandingan WRTC 2018 ini akan dimulakan pada jam 2.00 petang waktu germany dan bersamaan jam 8.00 malam waktu Malaysia. Pada jam 1.30 petang, kami sudah pun bersedia didalam khemah. Kemudian pengadil mengeluarkan satu sampul daripada peti yang dibawanya dan dihadapan kami berdua, callsign Y86P dikeluarkan. Maka tahulah kami apa callsign WRTC 2018 kami. Tidak membuang masa, kami terus melakukan setup pada N1MMplus untuk callsign yang dinanti-nanti tersebut. Tepat jam 2.00 pertandingan dimulakan.

Y86P callsign WRTC untuk AS #5
Selepas ini telefon bimbit akan diambil dan dimatikan oleh pengadil dan disimpan didalam peti dan dikunci. Maka tiadalah gambar-gambar semasa pertandingan berlangsung daripada camera peserta, cuma gambar daripada pegawai yang bertugas sahaja yang mungkin saya akan perolehi kelak. Jadi post yang seterusnya akan ada satu dua gambar sahajalah dan saya akan jelaskan secara terperinci mengenai apa yang berlaku semasa contest tersebut. Tujuannya untuk rujukan dan panduan serta pedoman jika ada wakil dari asia tenggara nanti untuk WRTC yang seterusnya. 

20 minit sebelum pertandingan.
                                                                                                                          Bersambung....

Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...