Thursday, July 26, 2018

WRTC Germany 2018 : Bahagian keempat

Pertandingan dimulakan pada pukul 2.00 petang waktu Germany. Pada ketika cuaca amat cerah dan berangin manakala suhu pula tidak beberapa panas dan dingin sekali. Berapa bacaan suhu pada ketika itu saya tidak pasti kerana tiada termometer di dalam khemah. Pada ketika itu suasana sekitar tapak perkhemahan begitu sunyi sekali. RV Ralf dan Benji sudah pun bergerak keluar dari tapak khemah setengah jam yang lalu. Kini yang tinggal di tapak khemah BLW4 adalah kami bertiga dan 3 orang pegawai Volunteer WRTC yang bertugas menjaga hal-hal kebajikan kami seperti makan dan minum serta sebagainya.



Pada ketika itu, Champ CQ di band 20m dan saya pula di band 15m. Kami tidak menunggu lama, tidak sampai 2 minit, Y86P terus dilanda pileup. Kebanyakkan pile-up datangnya dari segenap pelusuk eropah. Pada ketika itu, kami bekerja pada mode CW pada kelajuan sekitar 35wpm. Kelihatan Igor si pengadil begitu tekun mendengar dan enjoy melayan pile-up dari kami berdua sambil tersenyum dan menunjukkan tanda bagus. Beliau berselang seli menukar suis pada mini mixer dan kadangkala beliau moni pada kedua-dua radio. Saya tak pasti bagaimana beliau mendengar secara sekaligus radio A dan radio B tetapi pada hakikatnya itulah yang beliau lakukan. Memang terbaiklah Igor nih.

Champ terus berada di band 20m kerana pada masa itu band tersebut open dengan baik sekali. Manakala saya pula melayan pileup di band 15m. Kami kadangkala keluar dari CQ freq sekejap dan merayau sekejap di sekitar band untuk mencari dan check in ke dalam multiply station dan apabila dapat, cepat-cepat kembali ke CQ freq. Kadangkala semasa kami keluar merayau mencari multiply, dan kembali ke CQ freq, freq tersebut telah diduduki oleh station yang lain. Proses tersebut berulang-ulang pada setiap 30 ke 45 minit sekali atau pada ketika keadaan pileup sudah menjadi semakin reda.

Kemudian band 15m tetiba senyap, pada log n1mm kelihatan Champ sedang rancak melayan pileup di 20m. Manakala di band 15m pula tetiba menjadi senyap dan kadangkala muncul. Rasa pelik terlintas di hati saya, takkan band close kut. Kemudian saya memandang ke kiri, kelihatan Igor begitu asyik melayan pileup daripada band 20m yang begitu rancak pada ketika itu. Bacaan SWR pula kelihatan tinggi, dan kemudian Champ bangun daripada kerusi dan menjenguk ke luar. Pada waktu itu baru pukul 5 petang lebih, kemudian Champ berkata kepada saya, pse stop CQ. We are having big problem, high SWR. Rupa-rupanya band 20m pun sama, SWR tinggi terus, fahamlah saya kenapa pada awal tadi band 15m tidak elok sekejap ada dan sekejap tiada. Rupanya ant problem. Champ terus memaklumkan kepada Igor dan Igor terus menelefon HQ dengan menggunakan telefon Nokia yang digunakan untuk back up sms log ke HQ. Igor memohon HQ untuk menghantar ant team ke tapak perkhemahan kami. Pada masa itu, kami sudah pun berhenti CQ dan aku hanya termenung sambil merenung jauh melihat kincir angin berpusing melalui jendela khemah. 

Team ant sedang baiki ant kami yang rosak.
Igor terus bangun dari kerusi dan keluar menuju keluar ke arah antenna spiderbeam sambil cekak pinggang. Dia menyeluk pokek seluarnya dan kelihatan dia membuat beberapa panggilan telefon lagi. Agak lama selepas itu, kelihatan RV Ralf muncul dari ufuk ladang bergerak laju ke arah kami. Beliau kelihatan bercakap-cakap dengan Igor dan kembali ke RVnya dan membawa segulung wayar dan beberapa peralatan lagi. Rupa-rupanya dia hendak memasang ant G5RV sebagai ant ganti sementara menunggu pasukan ant tiba. Ralf hanya berada 5km sahaja daripada kami, sebab itulah beliau sampai dahulu.

Suasana petang itu sungguh sunyi dan sejuk sekali, Champ kelihatan asyik menggelengkan kepala dan mendengus kecil. Air mukanya pula sudah lain macam. Pada ketika itu, Ralf dan Benji sedang sibuk memasang antenna G5RV dan Igor pula ke hulu ke hilir memegang sambil telefon melekat di telinga. Pada ketika itu, Ulf (pasukan Volunteer) datang ke khemah dan membawa roti dan sardin ikan kepada saya. Beliau berkata, better u take ur dinner first. Champ kelihatan hanya minum sahaja, mungkin selera makan dia sudah hilang dengan kejadian ini. Manakala saya pula sibuk maka roti dengan sardin. Air minuman pula secawan kopi panas sambil memandang keluar jendela tingkap memerhati Igor dan pasukan ant menurunkan antenna. 

pasukan ant bertungkus lumus membaiki ant
Dalam hati saya, habislah ranking kami. Dalam WRTC ini, kami target untuk dapat ranking dalam 35 daripada 63 team. Iaitu separuh. Tapi memandang perkara ini sudah terjadi. Maka hasrat tesebut terpaksalah dilupakan. Sambil termenung jauh memikirkan kampung halaman dan char keow teow serta teh tarik mamak, tiba-tiba Ralf muncul di celah jendela dan menyuruh aku mengambil sesuatu dari bawah khemah. Rupanya ant G5RV sudah pun siap. Ralf menyuruh champ run dahulu guna ant G5RV yang dipasang pada bumbung RV pada ketinggian 10 ke 12 kaki sahaja dari tanah. Pada masa itu, moral kami sudah agak down dan semangat boleh dikatakan sudah jauh dibawa angin kencang yang bertiup pada ketika itu. Pada masa itu hanya satu radio sahaja yang boleh run, maka Champ pun run band 40m kadangkala dia lompat ke band 80m. Yang sedihnya... pada kedua-dua band tersebut, champ hanya check in CQ orang sahaja. Sayang sejuta kali sayang, sebenarnya semasa kejadian itu, band 15m dan 20m buka dengan baik sekali.

Kami terpaksa tinggalkan keadaan pile-up dan beralih ke low band. Jika mengikut keadaan, sebenarnya masih terlalu awal lagi untuk ke low band. Tapi apakan daya, nasib tidak menyokong kami. no luck kata Igor. Saya masih melayan roti dengan sardin diselangi dengan hirupan kopi mocha yang sudah sejuk itu. Dalam hati saya ada berkata, cepat benar kopi ni dah sejuk. Kemudian kelihatan Champ bangun dan ambil beberapa makanan dan makan sambil merayau-rayau sekitar band check-in CQ rakan yang lain.

Begitulah keadaan kami ketika antenna diturunkan dan dibaiki itu. Saya kadangkala bangun dan keluar bakar sebatang dua tembakau sambil memandang kincir angin yang tidak jemu berpusing itu. Maafkan kami rakyat Thailand dan Malaysia, Hari semakin gelap, cuaca pula semakin sejuk. Kelihatan radio A sedang CQ pula, nampak gayanya sudah habis lah tu Multiply station dikutipnya.

Kemudian kelihatan mereka team antenna menaikkan ant itu semula, namun ant spiderbeam masih belum boleh digunakan. Kemudian dari tengah padang itu, Ralf menjerit. Pse run 40m/80m first. Fahamlah saya mereka naikkan dahulu dipole dual band tu. Ralf berlari kembali khemah dan menukar G5RV ke dipole 40m/80m. Saya pula kembali ke kerusi dan begitu juga dengan Igor. Pada waktu itu, saya run di 40m dan champ run di 80m.
Kami terus CQ untuk mengejar kembali mata yang kami ketinggalan beberapa jam dibelakang. Untuk pengetahuan semua, antenna 40/80 itu dipasang secara inverted V dan menumpang pada pole spiderbeam. Jadi, apabila Spiderbeam terpaksa diturunkan...maka habislah low band.

Suasana kembali menjadi pileup, pada pukul 6.28 petang kami kembali ke udara sepenuhnya pada band 40m dan 80m. Sebelum ini hanya station A sahaja yang run dengan menggunakan G5RV. Kali ini dua-dua station kembali ke udara. Pada masa itu, perancangan kami hanyalah untuk membaiki kedudukan sahaja agar tidak berada di bawah sekali, sebab jika dilihat dengan situasi kami sekarang yang ketinggalan beberapa jam dibelakang. Potensi untuk cium lantai ranking adalah tinggi.

Band 40m dan 80m agak rancak ketika itu, kami saling silih berganti log callsign yang rata-ratanya datang dari seluruh pelusuk eropah. Fahamlah saya kenapa log orang eropah ini kaya pada low band. Memang low band mereka begitu aktif, penuh dengan station local eropah. Tiba-tiba lampu dan radio terpadam, dan keadaan menjadi senyap sunyi. Rupanya genset telah mati, Igor terus bangun dari kerusi dan menjerit ke arah kem volunteer, no power! no power! Kelihatan salah seorang daripada mereka bergegas berlari ke generator dan cuba menghidupkan kembali. Agak lama juga mereka ambil masa untuk hidupkan kembali generator tersebut. Tiba-tiba radio dan lampu kembali menerangi khemah kami. Namun terpaksa tunggu lagi beberapa minit lagi untuk hidupkan laptop - hidupkan n1mm dan cek kembali system online n1mm- check kembali log - buat synchro log - agar sama - cek semula power monitoring system - cek semula online score board. Semua perkara tersebut telah menelan masa sebanyak 10 - 13 minit. Kedengaran masing-masing mendengus panjang. Untuk pengetahuan semua, generator mati sebanyak 5 kali. Jadi jika dicampur jumlah masa, kami kerugian lebih kuang 1 jam CQ untuk masalah kuasa sahaja. 

Kami sambung semula CQ, pada masa itu antenna spiderbeam telah pun siap, namun semua itu tiada gunanya kerana pada ketika itu band 40m dan 80m sedang membuka cantik. Dikala high band buka cantik, kami hanya menggigit jari sahaja, rugi amat banyak ketika band tersebut buka pada awal CQ tadi. Pada waktu malam ini, kami akan CQ pada band 40m dan 80m dan dalam pada waktu yang sama akan lompat ke band-band lain jugak untuk mencari multiply station.

Cuaca semakin sejuk, keadaan persekitaran jugak sudah gelap dan angin pula bertiup sepoi-sepoi bahasa. Apabila angin sejuk itu masuk melalui tingkap di hadapan dan tepi khemah, kesejukkannya amat terasa sekali. Kemudian saya bingkas bangun dan mengambil baju lengan panjang. Terasa selesa sikit...berbanding tadi. Kelihatan Champ pun turut menukar dan memakai baju lengan panjang. Sejuknya kata aku dari dalam hati. Kemudian kami sambung lagi CQ. Band 40m dan 80m masih unggul. Suhu pula semakin sejuk selari dengan malam yang semakin dalam.

Saya bangun lagi daripada kerusi, kali ini saya pakai sweater brand Cheetah yang dibeli di Jusco, Kulai. Apabila kembali ke kerusi, saya duduk pun terasa sejuk lagi kerana kerusi itu sudah sejuk semasa saya bangun tadi, tiada perpindahan haba. Disitu sudah rugi beberapa minit dalam proses mencari dan memakai baju. Kelihatan Champ pun sama berbuat demikian. Tetapi kami lihat Igor tenang dan relaks sahaja. Memanglah dia relaks, sebab dia dah 55 tahun menghadapi cuaca sebegini, kami ni pula baru pertama kali. Saya sebenarnya pertama kali datang ke eropah, begitu jugak dengan Champ. Jadi sudah tentulah cuaca di waktu malam ditengah-tengah ladang ini badan kami tidak biasa menghadapinya. Saya menarik nafas..terasa angin sejuk masuk ke dalam hidung dan mengeringkan hingus di dalamnya. Akibatnya... hidung saya tersumbat. Begitu sukar sekali cabaran cuaca yang dihadapi pada malam tersebut.

Kami sudah hilang fokus pada malam itu, masing-masing sibuk membetulkan diri untuk memanaskan diri. Iambik pun terasa sejuk tatkala tersentuh bodynya. Begitu juga dengan radio. Kerusi pun sama. Tangan sebelah kiri saya menyeluk didalam pokek jaket sebelah kiri, manakala tangan kanan pula digunakan untuk key in log, guna mouse dan paddle. Sudah pastilah keadaan ini menjadi sukar dan lambat. Ada ketika ketika tiada orang masuk CQ, kedua-dua tangan saya masukkan ke dalam poket kanan dan kiri jaket. Pada masa itu saya sudah pakai 4 lapis baju, 2 tshirt-1 lengan panjang - 1 jaket. 

Rasanya Igor nampak akan masalah kami, iaitu kesejukkan. Dia terus memanggil pegawai volunteer dan bercakap sesuatu kepadanya dalam bahasa Russia. Lupa saya nak beritahu, Kawasan BLW4 ini adalah kawasan timur jerman, jadi kebanyakkan penduduk sini boleh berbahasa Russia kerana system pendidikan mereka sebelum mereka bersatu adalah system pendidikan Russia. Jadi mereka belajar bahasa russia disekolah.

Beberapa minit kemudian, mereka datang kembali. Kali ini mereka membawa 2 kain selimut rasanya. Kain tersebut amat tebal sekali. Tujuannya adalah untuk balut kami yang kesejukkan itu. Akhirnya kami dibalut dengan kain selimut berwarna putih. Keadaan rupa kami tidak ubah seperti lepat pisang. Tapi jika dibalut sedemikian, sukarlah untuk kami CQ dan menjalankan aktiviti contest, mana nak key-in log, mana nak main paddle. Tapi apakan daya, rasa sejuk itu membatasi semuanya. Aktiviti CQ menjadi slow dan agak terbatas.

Kemudian datang lagi pegawai Volunteer, kali ini dia kata akan buatkan kopi panas katanya. Sebelum itu, mereka ada offer kami wiski dan beer Germany. Katanya bagus untuk memanaskan badan dan ianya amat cepat. Namun saya mengatakan yang saya ini muslim dan tidak minum alkohol. Jadi dia pun faham, kemudian dia tanya, adakah Champ muslim jugak? saya jawab tak.. so dia pun terus tawarkan kepada Champ. Dalam hati saya, jika Champ ambik wiski tersebut, mungkin Champ akan pulih daripada kesejukan. Namun dia mengatakan yang dia tidak minum arak. Oh fahamlah saya yang Champ ni tidak minum rupanya. Jadi, pada malam yang sejuk itu, kami CQ dalam keadaan menggigil.

Kenapa kami kesejukkan? kami sejuk kerana khemah kami betul betul berada di tengah ladang dan berada di laluan angin. Sebab itu kelihatan Kincir angin dihadapan dan di belakang kami. Pada bulan Julai, sebenarnya baru permulaan musim panas. Cuaca masih tidak beberapa panas dan elok lagi. Ada hari hujan dan mendung. Manakala di dalam khemah pula tidak ada alat pemanas. Malah unggun api pun tiada. Yelah...takkan nak buat unggun api di dalam khemah kan. 

Kesilapan kami team asia pula ialah kami tidak bersedia untuk menghadapi malam yang sejuk itu. Ini adalah kerana berdasarkan laporan cuaca, Wittenberg akan menghadapi cuaca yang baik. Itu memang betul, tapi betul untuk di Wittenberg sahaja dan kawasan Wittenberg bukanlah kawasan berangin. Kami berada 79km dari Wittenberg dan kawasan kami adalah kawasan berangin dan sejuk. Perkara tersebut terlepas pandang oleh kami. Tidak semua tempat keadaannya sama. Sepatutnya kami membawa dan memakai, sarung kepala, mafla, sarung tangan, stokin, seluar dua lapis dan jaket tebal. Tetapi semua itu tidak kami tidak sediakan dan bersedia. Bertabahlah.

Tiba-tiba pasukan Volunteer masuk ke dalam khemah sambil membawa 2 mug kopi panas. Namun panasnya hanya sekejap sahaja...dalam masa tidak sampai 10 minit, kopi tersebut telah menjadi sejuk. Badan kami kembali sejuk dan kami terus CQ dalam keadaan kesejukkan. Kami terus berkeadaan sejuk dan menggigil demikian selama lebih kurang 10 jam, pada pukul 5 pagi lebih, matahari sudah pun kelihatan dan suasana menjadi kurang sedikit selepas matahari meninggi.

Band pula bertukar, kali ini kami kembali ke high band. Radio A CQ di band 20m manakala radio B di band 15m. Manakala masa pula tinggal hanya lapan jam sahaja lagi. Kami perlu bekerja keras, mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan sebanyak mungkin station dalam masa yang singkat itu. Ant spiderbeam pula sudah pulih seperti biasa. Terima kasih diucapkan kepada pasukan antenna kerana bertungkus-lumus menyiapkan ant semalam. Hidup mesti diteruskan, aktiviti CQ diteruskan dan kami sekali lagi mendapat pileup di kedua-dua band. Seperti biasa, kebanyakkan station yang masuk itu datangnya dari eropah, kadangkala terselit juga station dari Amerika Utara. Champ ada mengatakan yang dia ada bekerja dengan station dari Thailand. Manakala saya pula belum dapat lagi station dari asia tenggara. Nampak macam band 15m tidak membuka ke arah sana.

 Kami terus berada di 20m dan 15m hinggalah masa contest WRTC tamat iaitu pukul 2.00 petang waktu Germany. Pada waktu itu, kami berdua kelihatan amat lesu dan letih sekali. Lesu kerana tidak tidur selama 24 jam dan letih kerana pada malam tadi kami bertarung dengan cuaca sejuk yang berangin ditengah ladang. Kelihatan Igor sedang copy log kami dari kedua-dua laptop dan juga copy audio rakaman ke dalam pendrive. Selesai sahaja urusan copy log dan audio, Igor terus bergerak ke HQ di Wittenberg kerana log tersebut adalah sulit sekali. Ianya mesti dibawa ke HQ sejurus selepas habis contest untuk mengelakkan penipuan. Tidak sampai 5 minit, kelihatan pegawai pengangkutan yang membawa kami semalam muncul di pintu khemah dan mengatakan kepada Igor. Are u ready?

Igor bersama log terus bergerak ke HQ. Sempat lagi Igor berseloroh, i can sleep in the car. So bagaimana pula dengan kami? Kami akan pulang ke hotel dengan menaiki RV yang akan dipandu oleh Ralf. Kemudian tidak lama selepas itu, kami pun mengemas pakaian dan barang-barang peribadi dan menuju ke HQ Hotel. Masing-masing diam seribu bahasa sebab keletihan. Sebelum balik, saya sempat text bini saya dihotel agar cepat-cepat membeli kebab di kedai pak arab berdekatan hotel kerana kedai tersebut akan katup pada pukul 6.00 petang. Takut nanti apabila sampai, kedai sudah pun tutup. Sebenarnya saya amat keletihan dan lapar, seharian tadi hanya makan sandwich ikan tuna sahaja dan pisang serta banyak minum kopi. Efek kafein pun sudah tidak terasa lagi. Jika badan dah mengantuk, dia akan tetap mengantuk.

Sampai sahaja hotel iaitu lebih kurang pukul 5.45 petang. Kelihatan persekitaran hotel begitu riuh rendah sekali. Masing-masing pulang dengan muka dan keadaan yang tidak terurus dan keletihan jelas kelihatan pada raut wajah masing-masing. Kedengaran juga ada yang menjerit kegembiraan dengan menyatakan.. yahoo.. its over !

Saya dan Champ terus melangkah ke lift dan kami terus ke bilik masing-masing. Sampai sahaja ke bilik, perkara pertama sekali yang saya lakukan adalah...kebab mana kebab...lapaq nih.

Selepas selesai menjamah kebab bersaiz mega, kebab sana murah, hanya euro 3.00 sahaja. Saiznya pula sangat besar. 3 kali ganda dengan kebab sini dan dagingnya pula padu dan banyak. Selepas pekena kebab. saya pun mandi dan tidur. Sleep like a baby..... 

Pengajaran disini ialah...
1. Perlu bersedia dengan ant back-up jika ant utama alami masalah. 
2. Perlu bersedia dengan pakaian untuk hadapi cuaca sejuk
3. Perlu guna termos untuk minum kopi panas atau air panas
4. Perlu pakai sarung tangan pada waktu malam
5. Perlu pakai kain selendang untuk tutup leher pada waktu malam
6. Perlu tutup kepala pada waktu malam samada dengan snow cap dan sebagainya
7. Perlu pakai stokin 2-3 lapis
8. Yang penting sekali, perlu biasakan diri dengan cuaca sejuk di eropah.
9. Perlu bawa makanan yang boleh panaskan badan seperti daging. bukan ikan tuna.

Suri-hotel saya mengatakan yang saya tidur selama 12 jam. dari pukul 8.00 mlm hinggalah saya bangun pukul 8.00 pagi keesokkan harinya. fuhhhhhhhh.

bersambung.......

Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...