Icom IC-756PRO memang sangat terkenal semasa zaman kegemilangannya. IC-756PRO terkenal dengan keupayaan filternya yang sangat bagus serta kualiti rx audio yang amat menyenagkan. Di tambah pula dengan user friendly setupnya. Hampir semua fungsinya adalah direct, tidak perlu masuk ke dalam untuk setting, semua tombol pelbagai function ada di hadapan kita.
Tetapi, itulah...rata-rata pemilik IC-756PRO ini mengalami masalah yang sama, iaitu masalah display. Menurut ICOM, TFT display ini akan buat hal selepas 50000 jam penggunaannya. Ini bermakna, Display IC-756PRO ini ada limitnya dan bukan tahan selamanya. Mencari barang ganti pula adalah sangat susah kerana model ini sudah tiada dan ditarik balik dari pasaran. Maka segala alat ganti berkaitan 756PRO ini akan menjadi sangat sukar dan terlalu sukar. Jika bernasib baik...kita akan jumpa, tetapi harganya...melambung tinggi kerana permintaan yang amat tinggi. Jadi...apa yang harus dilakukan? caranya ialah sambung kepada HRD atau mana-mana rig control software atau simpan saja dalam shack buat pameran atau masuk bawah katil. 73 zaki.