Wednesday, June 7, 2017

Reverse Beacon Network (RBN) : Setup with RTL-SDR + HDSDR + CW SKIMMER + RBN AGGREGATOR


Pada post kali ini, kita akan berbincang mengenai satu lagi kaedah untuk kita feed data ke RBN Server. Pada kali ini, saya akan menggunakan RTL-SDR dongle. Menggunakan RTL-SDR dongle ini amat menjimatkan ruang dan tenaga sebenarnya disamping keberkesanannya yang tinggi.

Untuk itu, kita perlukan bahan-bahannya terlebih dahulu. Antara yang diperlukan ialah :
  1.  RTL-SDR dongle
  2.  Software HDSDR
  3.  Software Virtual Audio
  4.  Software Virtual Port
  5.  Software CW Skimmer
  6.  Software RBN Aggregator
Step 1
Pertama sekali kita memerlukan Software Virtual Port. Tujuannya adalah untuk menghubungkan antara Dongle dengan HSDR serta CW Skimmer. Untuk itu, saya menggunakan perisian VSP Manager. Perisian ini adalah percuma tetapi ianya perlu email dahulu kepada penciptanya iaitu Steve K5FR, alamat email Steve boleh didapati dari QRZ.com. Nanti Steve akan berikan link untuk download VSP Manager ini. Sebaik sahaja selesai download dan install. Kini masa untuk setup, disini saya cadangkan agar kita buat port yang jauh sikit dari port yang lain agar tidak bertindih, jadi saya buatkan port 10 dan port 11. dan klik Create Pair. Maka siaplah. Lihat gambar di bawah.


Step 2
Kemudian kita perlu download pula software Virtual Audio, virtual audio amat diperlukan untuk salurkan audio dari dongle ke HDSDR. Ini adalah kerana pada dongle tersebut tidak terdapat sebarang audio port. Jadi kita tidak dapat salurkan audio dari dongle ke komputer secara normal, iaitu menggunakan kabel audio dengan stereo jack, audio digital tersebut perlu di salurkan secara virtual ke HDSR. Untuk itu Virtual Audio software yang saya gunakan ialah Virtual Audio Cable. Sila klik pada link ini untuk mendapatkannya. http://software.muzychenko.net/eng/vac.htm

VAC
Sebaik sahaja anda selesai install, anda boleh terus pergi ke Virtual Audio Cable Control Panel, apa yang perlu dilakukan adalah pada Driver parameters, setkan 2 Cables dan klik butang Set, Bahagian Cable parameters tidak perlu ubah apa-apa, klik restart dan klik exit. Maka siap sudah Virtual audio cable.
RTL-SDR Dongle
Step 3
Sekarang mari kita hidupkan dongle RTL-SDR ini pula....untuk membolehkan dongle ini berfungsi. Maka kita memerlukan suatu software yang boleh mengawal dan menguruskan dongle ini. Untuk itu, saya menggunakan HDSDR. Pertama sekali, kita perlu download HDSDR. sila download sini. http://www.hdsdr.de/  Kemudian setelah selesai. Open HDSDR anda itu. Kita setting satu per satu. Kita buatkan mengikut turutan.

a) Klik Soundcard [F5], kemudian pilih Line 2 (Virtual Audio Cable) dan klik ok.


b) Klik Bandwith [F6], kemudian pilih Output audio 48000 dan input 96000

c) Klik Options [F7], Dalam options ini, sila buat seperti di bawah.

 1) klik Select Input dan pilih Generic RTL2832U OEM 

 2) klik Output Channel Mode for RX dan pilih  IF as I (Left) / Q (Right)

 3) klik CAT to HDSDR dan pilih Port ( pilih port 10 ), pilih Baudrate (bps) 9600, dan tick activated



Maka siap sudah pada bahagian setup HDSDR, sebelum hidupkan ia, sila semak dulu setup dongle kita, untuk itu klik butang ExtIO, dan paparan ini akan muncul. Sila ikut sahaja setting dalam paparan tersebut.

saya ubah Sample Rate ke 960 ksps

klik X dan siaplah HDSDR anda, kecilkan dahulu window HDSDR anda itu kerana selepas ini kita akan setup CW SKIMMER pula.

Step 4
Download CW Skimmer pada link ini. http://www.dxatlas.com/cwskimmer/ sebaik sahaja selesai. Mari kita setup CW Skimmer, open cw skimmer dan klik Setting, paparan ini akan muncul dan sila ikut setup dalam gambar di bawah.

1. Radio

2. Audio

3. CAT >>> klik configure, pada RIG 1, sila ikut setup dibawah. dan klik ok.

4. Misc. >>> pada bahagian ini, tidak ubah apa-apa, biarkan standard.

5.. Operator >>> Isikan setiap butiran tersebut mengikut station masing-masing seperti Callsign, First Name, QTH dan Grid Square.

6. Telnet >>> tick enable Telnet Server dan setkan port 7300. Bahagian lain biarkan sahaja.

7. Calls >>>> pada bahagian Callsign Validation, tick Normal. Manakala pada Callsign Colors Reflect, tick Validation Result.

Maka siaplah setting CW Skimmer. Ok sekarang kita setup RBN Aggerator pula.

Step 5

Pertama sekali kita perlu ke laman web RBN, iaitu http://www.reversebeacon.net/ klik link yang saya bagi tersebut. Kemudian terus ke downloads dan di bawah downloads akan nampak 3 bahagian iaitu 
Aggregator, patt3ch.lst dan running multiple skimmers.

          Download aggregator dan patt3ch.lst
  1. Bagi patt3ch.lst, ianya lain sedikit, apabila kita klik download ianya akan muncul pada website dan bukannya turun seketul dalam bentuk file. Jadi apa yang kita perlu lakukan adalah copy semua data patt3h.lst itu dan letak pada note pad dan save atau rename sebagai patt3ch.lst. Buatkan satu file dan namakan file tersebut dan letakkan patt3ch.lst di dalamnya.
  2. Buka aggregator dan setup mengikut gambar dibawah. Anda hanya perlu tukar callsign sahaja. yang yang lain sila ikut. Kita hanya setup pada bahagian Connection dan Patt3CH.lst sahaja, yang lain abaikan.
          a)   Conections

                
      
           b)  Patt3CH.lst

                      

Bagi file Patt3CH.lst, klik browse dan cari balik file Patt3CH.lst yang kita buat pada awal tadi dan selepas itu klik Check For New Patt3CH.lst

maka siaplah semua kelengkapan kita untuk menangkap signal beacon dan di masukkan ke dalam server RBN. Jika kita berjaya connect dengan server, callsign kita akan kelihatan pada website RBN, lihat gambar bawah.


dan pada aggregator pula, jika cw skimmer kita bekerja dengan baik. Maka ia akan muncul pada Skimmer Traffic. Pada Skimmer Traffic, setiap signal yang berjaya dicopy sempurna akan dihantar terus ke server RBN dan di paparkan dalam website RBN.

skimmer traffic
Data dari Skimmer Traffic di Website RBN
OK, jadi bagaimana saya nak mulakan operasi tangkap beacon ini selepas semuanya berjaya disiapkan. Cara ialah :
  1. Hidupkan HDSDR dengan tekan start F2, setkan freq beacon, boleh baca post semalam untuk tahu senarai freq beacon, saya pilih band 20m, 14100mhz.
  2. Hidupkan CW Skimmer dengan tekan start ( butang bawah File)
  3. Hidupkan RBN Aggregator, tekan butang conect
  4. Pada HDSDR, setkan freq 14100.00 mode CW. Jika anda nak setkan freq lain pun ok. Saya suka 14100mhz. Jangan lupa pasang ant pada dongle. dan tunggu.
Untuk memudahkan pemantaun, saya susun ketiga-tiganya itu seperti gambar dibawah supaya memudahkan pemantauan.

susun sebaris senag tengok
Sebenarnya...selain daripada spot beacon, tujuan sebenarnya RBN ini adalah untuk spot rakan-rakan, cuma saya sahaja yang gunakan untuk spot beacon sebab sekarang ini saya sedang mengkaji propogation dan cuba memahami perangainya. Anda juga boleh gunakan untuk spot rakan-rakan semasa cq dx, semasa contest malah semasa event besar-besar. Banyak kegunaan RBN ini sebenarnya. Terpulang kepada kita untuk mencorak dan menggunakannya. 

Semoga paparan kali ini memberi manfaat kepada kita semua. Selamat berpuasa, Zaki 9M2ZAK 73.


Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...