Semalam saya cuba untuk menerima signal dari satelite CO-65, ini adalah percubaan yang pertama. Jika mengikut spesifikasinya, saya dijangkakan akan menerima CW beacon signal. Jadi untuk itu, saya telah siapkan HDSDR+CWskimmer
Untuk receiver, saya gunakan RTL SDR RTL2832U DVB-T Tuner Dongles tanpa gunakan LNA dan FM Notch. Dibawah ini adakah rakaman lintasan tersebut.
HDSDR ini telah dihubungkan dengan CWskimmer dengan menggunakan CAT tujuannya adalah supaya freq dan mode dari HDSDR itu dapat dibaca dan sama dengan CWskimmer, CWskimmer untuk decode CW tersebut supaya rakan-rakan yang kurang mahir dalam CW dapat juga mengerti apakah maklumat yang dihantarnya.
Untuk receiver, saya gunakan RTL SDR RTL2832U DVB-T Tuner Dongles tanpa gunakan LNA dan FM Notch. Dibawah ini adakah rakaman lintasan tersebut.
Selepas ini, saya akan gunakan LNA serta DDE untuk doppler effect. Tapi itu untuk percubaan yang kedua nanti. Percubaan ketiga pula, LNA+FM Notch+DDE. Nantikan bahagian seterusnya dalam post yang akan mendatang. 73.