Team 9M2M : 30 May 2015 |
Perjalanan sejauh 800km lebih merentasi semenanjung Malaysia tidak begitu dirasakan kerana hati ini begitu teruja untuk menyertai rakan-rakan seperjuangan dalam menghadapi cabaran contest yang hanya berlangsung setahun sekali sahaja. Kami berkumpul di Ara Boys Contest Station yang terletak di Arau, Bandar Diraja Negeri Perlis. CQWPX CW 2015 akan berlangsung pada Sabtu 30 May jam 8.00 pagi hingga 1 Jun jam 7.59 pagi. Ini bermakna kami berlima akan bertungkus - lumus selama 48 jam CQ di udara mencari dan mengutip mata demi negara Malaysia tercinta. Dalam cabaran contest kali ini, kami mempertaruhkan 5 station untuk beraksi bersama. Antaranya ialah, berdasarkan gambar di atas, dari kiri Salehan 9W2SBD, Hairi 9M2GET, Zaki 9M2ZAK, Prof Noh 9W2MNW dan Syed 9M2SYA. Semua station ini selamat tiba di Ara Boys Contest Station pada jam 8.00 malam pada hari Jumaat 29 May 2015.
4O3A High Power Band Pass Filter |
Semua radas tersebut perlu disiapkan pada malam tersebut juga. Ujian band pass filter juga dijalankan pada malam tersebut bagi memastikan tiada langsung kebocoran atau interferen bagi setiap band. BPF yang digunakan ialah BPF band 10m, 15m, 20m dan 40m. Semuanya adalah daripada 4O3A. Syukur alhamdulillah, apa yang dirancang, semuanya berjalan mengikut perancangan. BPF tersebut berfungsi dengan baik. Tiada langsung kebocoran walaupun dengan pancaran kuasa 400watt.
band 15m dan 20m |
Menjelang tengahari, asakan dari Jepun semakin berkurangan. Kedengaran pula stesen dari Eropah sayup sayup cuba mengatasi kekuatan Jepun. Maka, antenna Quad dikerahkan untuk menangkap Eropah pula. Band 20m di tugaskan untuk melayan Jepun manakala band 15m ditugaskan untuk menangkap Eropah. Bertali arus stesen dari EU beratur masuk ke dalam CQ kami. Dalam pada itu juga, terdapat juga beberapa stesen dari kawasan timur tengah dan asia barat yang masuk. Ini menunjukkan band membuka dengan luas tanpa mengira sempadan.
Pile-up ini berlarutan sehingga petang. Namun aktiviti CQ terpaksa dihentikan seketika kerana cuaca semakin buruk. Kilat dan guruh kedengaran dan bersahutan di Arau pada ketika itu. Maka langkah pencegahan dan keselamatan diambil. Coax dipisahkan dari BPF dan diletakkan pada tempat yang selamat dan dinyahcaskan agar statik yang terhasil semasa aktiviti kilat tadi tidak mencium radas-radas kami yang begitu sensitif dengan cas statik Awan hitam tadi berlaku tidaklah lama, hanya dalam 45 minit sahaja, kemudian keadaan kembali tenang. Maka aktiviti contest disambung seperti sediakala. 9M2M kembali pileup di udara.
9W2SBD in action |
pukul 1:30 petang di Arau |
pukul 7.00 petang di Arau |
Apabila keadaan kembali tenang. Masing-masing pun bangun dari mimpi indah masing-masing. Sebelum aktiviti disambung. Sekali lagi peralatan disetup semula sebab semasa keadaan hujan tadi. Semua coax dan wayar dicabut dari system. Amplifier dimasak semula agar kembali panas dan sedia untuk beraksi. Pada malam tersebut, kami mulakan dengan band 40m. pada awalnya band 40m membuka dengan cantik. Namun selepas 30 minit beraksi. Band tersebut tiba-tiba mengganas. Signal Noise tiba-tiba mencanak naik sehingga mencecah S-7. Riak wajah hampa jelas terpapar pada wajah kami sekeluarga. Ini adalah kerana semasa di 40m tadi, banyak stesen Amerika Utara malah stesen dari Brazil dan Chile juga kami berjaya kutip pada band 40m. Kehampaan terpampang kerana pada masa itu, stesen dari Amerika Utara dan Selatan itu senang-senang menghadiahkan kami 6 mata bagi setiap QSO. Namun apa boleh buat, kita hanya merancang Allah SWT juga yang menentukannya.
9M2GET |
Jam di dinding menunjukkan pukul 9 malam. Selepas meneliti freq di band 20m. Ternyata band ini sedang menggila. Stesen-stesen dari eropah sana jelas kedengaran pancaran mereka. Tanpa melengahkan masa, kami terus CQ dan CQ. Kemudian...kami terus menerima asakan bertali arus dari stesen eropah sehingga jam 3 pagi. Seperti ada seseorang yang mengunci band. Tepat jam 3 pagi, tiba-tiba band 20m terus senyap. Pile-up dari eropah tadi terus senyap dan keadaan menjadi tenang seperti tidak ada apa-apa yang berlaku sebelum ini. Maka maklumlah kami bahawa band tersebut telah tutup. Pancaran dari eropah sudah tidak kedengaran lagi. Kemudian kami beralih pula ke band 40m. Boleh tahan jugak band ini, stesen eropah kuat kedengaran disini.
9m2sya |
Perlis Harumanis Manggo |
Tuntasnya, 9M2M berjaya mengutip :
QSOs = 1600
WPX = 697
Point = 2 597 719