|
FT-450 in box |
Kesempatan cuti persekolahan selama dua minggu ini membolehkan kawan meneroka kehebatan FT-450. FT-450 adalah satu lagi produk keluaran syarikat Yaesu Musen Co.LTD yang berpengkalan di Shinagawa-ku, Tokyo, Japan. Selain di Jepun, Yaesu juga ada cawangannya di California - USA, Hamsphire - UK dan di Kowloon - Hong Kong. Di kawasan Asia Tenggara, radio ini boleh didapati di Kuala Lumpur atau di Singapore pada harga yang sangat berpatutan dengan prestasinya. Dengan berat sekitar 3.6 kilogram atau 7.9 lb, sudah pasti ianya tidak menjadi masalah untuk dibawa ke sana kemari atau dihantar ke seluruh dunia dengan menggunakan khidmat kurier service.
Dalam blog ini, kawan akan cuba menerangkan sedikit sebanyak beberapa features yang kawan telah analisis dan yang menarik perhatian kawan. Walaupun ada banyak lagi, tapi kawan fokus kepada feature yang menarik dan berkelebihan sahaja.
Dua IF DSP :
FT-450 dibina dengan dengan dua Interference Filtertering (IF) dimana ianya berfungsi untuk menghilangkan atau mengurangkan noise pada band untuk menghasilkan audio yang jelas dan berkualiti. Ianya boleh dilaksanakan dengan mengaktifkan DSP dengan menekan butang DSP dan aktifkan fungsi Contour-Notch-DNR-IF Width mengikut selera telinga masing-masing sehingga audio stesen yang kita kejar itu jelas kedengaran. Contohnya, untuk mengurangkan interference, kita hanya aktifkan SHIFT dan adjust sehingga interference itu hilang, manakala untuk mendapatkan audio yang jelas, fungsi CONTOUR pula diaktifkan. Selepas itu, jika masih kedengaran interference, fungsi NOTCH pula diaktifkan. Apabila semua interference sudah tiada, barulah DNR ( Digital Noise Reduction) dihidupkan untuk mengurangkan signal noise yang tersedia ada pada band jika keadaan band kurang menguntungkan. Akhirnya untuk mendapatkan lagi kejelasan audio, IF Width pula digunakan untuk mengurangkan lagi QRM yang ada pada band tersebut.
|
DSP FT-450 |
Selepas semua setting DSP digunakan untuk mendapatkan kejelasan audio stesen yang sedang DX. Kini tibalah masa untuk kita TX atau transmit pula bagi mendapatkan stesen tersebut. Untuk itu, FT-450 ada menyediakan fungsi Digital Microphone Equalizer (DME). DME ini berfungsi meningkatkan kualiti tone audio anda agar power yang keluar itu adalah maksimun tanpa bersusah payah menjerit atau mengubah cara kita bercakap. Semuanya boleh dilaraskan pada DME dan akan menghasilkan kualiti audio pemancaran yang padu dan berkesan.
|
MH-67 A8J |
Auto-CQ
MH-67 A8J microphone ini disertakan sekali bersama pembelian FT-450. Stock mic ini saiznya agak besar sikit berbanding dengan jenama lain di pasaran. Sehingga kini kawan belum faham kenapa Yaesu menghasilkan mic yang saiznya gemuk sedikit. Tetapi sedap dipegang, dimana ianya memberi genggaman yang selesa dan mic-nya pula adalah jenis condenser mic. Tetapi jika anda malas untuk menekan PTT pada mic yang gemuk ini. Anda jangan risau, FT-450 ada menyediakan fungsi Auto-CQ. Satu kelebihan besar yang tiada pada jenama-jenama lain yang setaraf dengannya. dengan auto-cq, anda boleh menjimatkan tenaga anda apabila beraksi di udara dan membolehkan anda terus parking pada sesuatu freq tanpa rasa risau kerana anda akan terus memanggil tanpa henti walaupun sedang minum kopi atau makan kuaci.
|
port CW yang berada didepan |
CW
Bagi peminat mode CW pula, sudah semestinya FT-450 adalah ada menyediakan ruang untuk mereka. Apakah yang FT-450 sediakan untuk peminat tegar CW? untuk itu, FT-450 mengandungi :
- Keyer Elektronik - kita boleh sambungkan key CW atau Lambic dan berlatih TX dengannya.
- Kelajuan WPM yang boleh diubah-ubah dari 4WPM hinggalah ke 60WPM.
- Boleh juga digunakan sebagai Beacon dengan 3 memory.
- Pitch CW yang boleh diubah bermula dari 400hz hingga 800hz, bergantung kepada telinga anda.
- Ada function Zero Beat, boleh dapatkan frequency tepat dimana rakan kita CQ
- Boleh beroperasi CW walaupun dalam mode SSB
- Ini kawan suka, ada function CW Training yang boleh menghantar Morse Code secara rawak kerana didalamnya sudah terbina Sidetone Generator.
Transmit Power
FT-450 boleh transmit sehingga 100watt maksimun. 100 watt pada 13.8volt. Apa yang menariknya, kotak hitam kecil ini juga boleh mengeluarkan kuasa 100watt juga pada 12 volt. Ini bermakna ianya boleh dibuat sebagai portable rig atau mobile rig dimana kita boleh menggunakan kuasa bateri atau solar untuk menghidupkan dan transmit full power dengannya. Berbeza sekali dengan jenama lain, maaf disini saya terpaksa sebut apa jenamanya. Jenama seperti ICOM tidak mampu untuk keluarkan full-power dengan kuasa bateri berbanding dengan FT-450 ini. Teringat pula pada abang kandungnya, FT-857/897. ianya juga sama dengan FT450, boleh tx full power pada voltan rendah dari sumber yang terhad seperti bateri atau solar panel. Ini bermakna, Final Stage FT-450 adalah sama dengan FT857/897. Legasi ini diteruskan oleh Yaesu. Syabas!!!
TCXO
Satu lagi kelebihan FT-450, TXCO iaitu ( Temperature Compensated Crystal Oscillators). TXCO ini berfungsi untuk menstabilkan freq semasa RX. Dimana fenomena freq drift tidak akan berlaku, jadi kita boleh tx pada freq yang sama dengan rakan yang sedang DX dan sudah pastinya audio kita tidak akan kedengaran seperti itik atau orang yang hidungnya tersumbat. Maka callsign kita pasti akan dicopy sepenuhnya oleh DX Chaser ataupun rakan taulan kita.
|
CAT System ( D-sub 9 pin) dan Data Jack |
Digital Operation
Bagi peminat operasi Digital seperti RTTY-PSK31-SSTV dan sebagainya. Ianya amat mudah sekali dengan FT-450 kerana Yaesu ada menyediakan Data Jack pada FT-450. Jadi apa yang perlu dilakukan oleh Digital Dxer ini ialah sambungkan sahaja kepada interface yang berlambak dipasaran seperti Link2 atau homebrew dan sebagainya. Begitu juga dengan sambungan ke komputer. FT-450 juga boleh dikawal melalui komputer dengan menggunakan perisian HRD atau N1MM atau beberapa perisian yang serasinya dengannya dengan menyambungkannya kepada komputer atau laptop dari port CAT ini. Maka proses logging - contesting-Rig controlling akan menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa dengan keupayaan CAT ini. Sungguh beruntung sekali bagi sesiapa yang memiliki rig ini. Banyak sungguh kelebihannya.
9W2WWW Azam berkata... " Antara rig utama 9M2SE iota as-046 Pulau Tioman baru-baru ini. voice recordernya amat membantu. Mempunyai DSP and filter yang bagus. Saiz dan paparan yang mudah di operasikan. Cuma tombol VFOnya agak kecil bagi peminat tombol besar spt saya tetapi ia bukanlah kekurangan. Terbaik"
Kesimpulannya disini ialah FT-450 adalah sebuah HF transceiver mampu milik yang mempunyai banyak fungsi tersedia tanpa "optional" yang patut dimiliki oleh warga radio amatur yang mahu berjinak-jinak dengan dunia HF. Dimana kita boleh menghubungi dengan semua rakan dari seluruh dunia jika keadaan band mengizinkan serta boleh "on the go" jika berlaku sebarang bencana dan musibah kerana ianya boleh beroperasi walaupun pada voltan rendah. Tambahan pula, semua fungsi tersebut adalah user friendly. Mudah untuk dioperasikan walaupun pertama kali menyentuhnya. 73 Zaki 9M2ZAK