Sunday, September 14, 2014

Operation Kanggaroo

Semalam 14 haribulan September 2014, sempena cuti sekolah selama seminggu ini. Kawan bercadang untuk meneroka disebelah selatan bumi kita ini. Memandangkan sebelah utara dan barat sudah boleh dikatakan tepu. Maka keputusan besar ini kawan ambil untuk meluaskan lagi kawasan jajahan kawan.

Seperti yang kita sedia maklum, apabila kita beam ke arah Australia iaitu 134 darjah. Station yang dijangka masuk adalah stesen dari Australia VK, New Zealand ZL dan kepulauan - kepulauan sekitarnya iaitu :
1. Willis Island VKZ, 
2. Chesterfield Is FK/C, 
3. VK9L Lord Howe Is,
4. VK9N Norfolk Is
5. ZL8 Kermadec Is
6. 3D2 Conway Is - Fiji - Rotuma Is
7. FK New Celedonia Is
8. YJ Vanuatu Is
9. VK9M Mellish Is
10. H40 Temotu Is
11. H44 Solomon Is
12. FW Wallis, Futuna Is

dan banyak lagi pulau-pulau sekitarnya hingga membawa ke kepulauan Hawaii, USA. Namun target utama kawan adalah untuk meneroka Australia. Kerana cabarannya... Kedudukan Australia yang berada di kawasan Skip zone ini amat mencabar keupayaan kita untuk cuba mendaratkan signal kita disana.

Apa yang sering terjadi adalah signal kawan akan selalu terbabas masuk ke Eropah sana. Dalam kejadian malam semalam, iaitu semasa kawan DX dan beam ke VK. Banyak stesen eropah yang masuk. Manakala target station iaitu VK stesen hanya dapat dua sahaja iaitu VK5PO dan VK2OT. Manakala selebihnya adalah stesen dari Eropah.

VK5PO
Manakala jika diperhatikan pada taburan band, band 17m dan 20m membuka agak baik pada malam semalam. Signal noise bagi kedua-dua band tersebut mencatatkan kadar yang paling minimun iaitu stabil pada S-0 dan kadangkala S-1, perlu diingatkan bahawa, bacaan ini kawan peroleh dari QTH kawan iaitu Kulaijaya, Jadi jangan dijadikan sebagai rujukan untuk rakan-rakan sekelian. Lain tempat lain belalangnya.

Band 17m amat cantik sekali. Walaupun kawan datang dari Long Path, iaitu melintas Benua Australia dan melalui Greenland. Signal kawan yang diterima di Eropah sana begitu kuat. Catatan yang paling tinggi yang direkodkan adalah 43dB. Dan bacaan signal ini direkodkan di Germany oleh skimmer DL1EMY. Ini bermakna segala butiran dit dan dah callsign kawan dapat didengar dengan jelas tanpa sebarang masalah. Oleh kerana itu, baru kawan faham kenapa stesen Eropah banyak masuk ke dalam CQ kawan. Rupa-rupanya mereka dapat menerima dengan baik dan jelas di sana.

Hari ini kawan akan sambung lagi eksperiment kawan iaitu meneroka disebelah Selatan Dunia ini dan melihat stesen mana yang akan check in nanti. Operasi Kanggaroo diteruskan lagi...Semoga kita berjumpa lagi, 

73 de 9M2ZAK

Connect a GPS module to a Raspberry Pi 4

  To connect a GPS module with four wires (RST, TX, VCC, and GND) to a Raspberry Pi 4, follow these steps:  Materials Needed: 1. GPS module ...